Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA SYILING (IMPORT DAN EKSPORT) 1957

Seksyen 3

Larangan pengimportan dan pengeksportan atau pengedaran

(1)

Menteri Kewangan boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta melarang─

(a)

pengimportan ke dalam Malaysia akan syiling tertentu, sama ada wang sah di dalam Malaysia atau bukan, sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu;

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 430

(b)

pengeksportan dari Malaysia akan syiling tertentu, yang adalah wang sah di dalam Malaysia, sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu;

(c)

pengedaran dalam Malaysia akan syiling tertentu asing, yang bukannya wang sah di dalam

Malaysia, sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

(2)

Menteri Kewangan boleh melalui perintah yang disiarkan dalam

Warta mengecualikan mana-mana negara daripada penguatkuasaan apa-apa perintah yang melarang pengimportan ke dalam atau pengeksportan dari Malaysia syiling tertentu sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

(3)

Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)

tidak boleh dipeluaskan kepada pengimportan atau pengeksportan oleh mana-mana orang akan apa-apa syiling tembaga atau gangsa yang nilai nominal agregatnya adalah kurang daripada lima ringgit atau apa-apa syiling perak yang nilai nominal agregatnya adalah kurang daripada dua puluh lima ringgit.

Penalti bagi mengimport atau mengeksport syiling larangan