/akn/my/act/act/1957/430

*AKTA SYILING (IMPORT DAN EKSPORT) 1957

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1957
Sections
10
Languages
EN · MS

Quick answer

About this act

*AKTA SYILING (IMPORT DAN EKSPORT) 1957 is Malaysia Act, cited as Act 430 1957, currently marked in force and first recorded in 1957.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengawal selia import dan eksport syiling ke dalam dan dari Malaysia. [15 Ogos 1957] Tajuk ringkas dan pemakaian

Seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“jurubank” ertinya mana-mana perbadanan yang menjalankan urusan jurubank atau ejen kewangan di Malaysia;

“penukar wang” ertinya seseorang yang menjalankan urusan penukaran wang sebagai urusan utamanya.

Seksyen 3

Larangan pengimportan dan pengeksportan atau pengedaran

Open as pageSuggest a correction

(1)

Menteri Kewangan boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta melarang─

(a)

pengimportan ke dalam Malaysia akan syiling tertentu, sama ada wang sah di dalam Malaysia atau bukan, sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu;

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 430

Suggest a correction

(b)

pengeksportan dari Malaysia akan syiling tertentu, yang adalah wang sah di dalam Malaysia, sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu;

Suggest a correction

(c)

pengedaran dalam Malaysia akan syiling tertentu asing, yang bukannya wang sah di dalam

Malaysia, sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Menteri Kewangan boleh melalui perintah yang disiarkan dalam

Warta mengecualikan mana-mana negara daripada penguatkuasaan apa-apa perintah yang melarang pengimportan ke dalam atau pengeksportan dari Malaysia syiling tertentu sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

Suggest a correction

(3)

Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)

tidak boleh dipeluaskan kepada pengimportan atau pengeksportan oleh mana-mana orang akan apa-apa syiling tembaga atau gangsa yang nilai nominal agregatnya adalah kurang daripada lima ringgit atau apa-apa syiling perak yang nilai nominal agregatnya adalah kurang daripada dua puluh lima ringgit.

Penalti bagi mengimport atau mengeksport syiling larangan

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam mana-mana kes yang telah dibuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa syiling telah dieksport dengan melanggar mana-mana perintah sedemikian, mahkamah tersebut boleh mengenakan sebagai tambahan kepada denda yang dibenarkan oleh seksyen ini suatu penalti tambahan yang tidak melebihi amaun atau nilai syiling yang didapati telah dieksport itu.

Syiling (Import dan Eksport) 7

Suggest a correction

(3)

Seksyen ini tidaklah terpakai bagi mana-mana syiling yang telah diimport atau dieksport menurut sesuatu lesen bertulis yang ditandatangani oleh Menteri Kewangan atau mana-mana pegawai yang dilantik bagi maksud itu oleh Menteri Kewangan. Tiap-tiap lesen tersebut hendaklah menyatakan terma-terma yang menurutnya syiling itu boleh diimport atau dieksport, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang mengimport atau mengeksport syiling menurut mana-mana lesen itu adalah terikat untuk mematuhi terma yang dinyatakan dalam lesen itu, dan mana-mana orang yang mengimport atau mengeksport syiling dengan melanggar terma lesen itu boleh apabila disabitkan di hadapan Mahkamah Majistret boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit, dan apa-apa syiling yang telah diimport dan dieksport dengan melanggar terma lesen itu hendaklah dirampas. Subseksyen (2) hendaklah terpakai dalam hal apa-apa syiling yang telah dieksport dengan melanggar terma mana-mana lesen itu.

Suggest a correction

(5)

Jika mana-mana orang dengan melanggar apa-apa perintah itu mengedar atau cuba mengedar apa-apa syiling yang dinyatakan dalam perintah sedemikian, maka dia boleh didenda tidak melebihi lima puluh ringgit, dan syiling itu hendaklah dirampas.

Suggest a correction

(6)

Bagi maksud seksyen ini seseorang tidaklah dianggap mengedarkan syiling jika dia memberi syiling itu kepada jurubank atau penukar wang sebagai pertukaran bagi syiling lain atau bagi wang kertas.

Perampasan syiling larangan

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

Jika mana-mana syiling yang pengedarannya dalam Malaysia dilarang melalui mana-mana perintah yang dibuat di bawah Akta ini adalah dijumpai di dalam Malaysia selain dalam milikan jurubank atau penukar wang selepas habis tempoh tiga puluh hari dari penyiaran perintah itu, maka syiling itu boleh dirampas, dan ia boleh disita tanpa waran oleh mana-mana pegawai polis dan ditahan sementara menanti pengisytiharan seorang Majistret Kelas Pertama mengenai perampasan syiling itu.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 430

Seksyen 6

Waran geledah

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana Majistret yang berpuas hati dengan maklumat bersumpah secara bertulis bahawa terdapat sebab baik untuk mempercayai bahawa mana-mana syiling dengan nilai nominal lima puluh ringgit atau ke atas telah diimport atau sedang diimport atau dieksport dengan melanggar mana-mana perintah sedemikian seperti yang disebut terdahulu kemungkinan terdapat di mana-mana tempat, boleh dengan waran yang ditandatanganinya mengarahkan mana-mana pegawai awam yang dinamakan atau dinyatakan di dalamnya untuk memasuki tempat itu dan menggeledahnya dan menyita semua syiling atau syiling yang terdapat di dalamnya yang pengimportan atau pengeskportannya adalah pada masa ini dilarang seperti yang disebut terdahulu, dan menahannya sementara menanti pengisytiharan seorang

Majistret

Kelas

Pertama mengenai perampasan syiling itu.

Seksyen 7

Polis boleh menangkap tanpa waran

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang semunasabahnya disyaki melakukan apa-apa pelanggaran terhadap Akta ini boleh ditangkap oleh mana-mana pegawai polis tanpa waran.

Seksyen 8

Pengisytiharan perampasan

Open as pageSuggest a correction

(1)

Perampasan syiling di bawah Akta ini boleh diisytiharkan oleh seorang Majistret Kelas Pertama dalam semua kes jika seseorang disabitkan dengan sesuatu kesalahan terhadap Akta ini berkenaan dengannya, apabila orang itu disabitkan, atau jika tiada seorang pun disabitkan, dalam masa tiga bulan daripada penyitaan syiling itu.

Suggest a correction

(2)

Suatu rayuan kepada Mahkamah Tinggi atas kehendak mana-mana orang yang berkepentingan boleh dibuat daripada sesuatu pengisytiharan perampasan syiling. Notis rayuan hendaklah diberi dalam masa satu bulan daripada pengumuman pengisytiharan perampasan itu.

Syiling (Import dan Eksport) 9

Hadiah kepada pemberi maklumat

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

Majistret yang mensabitkan boleh mengarahkan apa-apa denda atau apa-apa bahagian daripada denda yang telah dikenakan dan dilevikan di bawah Akta ini supaya dibayar kepada pemberi maklumat atau pemberi-pemberi maklumat.

Seksyen 10

Penerusan larangan yang sedia ada

Open as pageSuggest a correction

Segala perintah dan pemberitahuan yang disiarkan atau kuat kuasanya diteruskan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini yang berkuat kuasa sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah perintah atau pemberitahuan itu adalah perintah yang dibuat dan disiarkan di bawah Akta ini.

10

AKTA 430

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

P.U 332/58

Perintah Perlembagaan Persekutuan

(Ubahsuaian Undang-Undang) (Ordinan dan Proklamasi) 1965

13-11-1958

Akta 160

Akta Matawang Malaysia (Ringgit)

1975

29-08-1975

Akta A996

Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 24-07-1997

11

AKTA 430

SENARAI PINDAAN

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

3

P.U. 332/1958

Akta 160

Akta A996

13-11-1958 29-08-1975 24-07-1997 4

P.U 332/1958

Akta 160 13-11-1958 29-08-1975

6

Akta 160 29-08-1975

Common questions

What is AKTA SYILING (IMPORT DAN EKSPORT) 1957?
*AKTA SYILING (IMPORT DAN EKSPORT) 1957 is Malaysia Act, cited as Act 430 1957, currently marked in force and first recorded in 1957.
Is AKTA SYILING (IMPORT DAN EKSPORT) 1957 still in force?
Yes — AKTA SYILING (IMPORT DAN EKSPORT) 1957 is currently in force.
When did AKTA SYILING (IMPORT DAN EKSPORT) 1957 take effect?
AKTA SYILING (IMPORT DAN EKSPORT) 1957 was first recorded in 1957.
How many sections does AKTA SYILING (IMPORT DAN EKSPORT) 1957 have?
AKTA SYILING (IMPORT DAN EKSPORT) 1957 contains 10 sections.
Where can I read the official version of AKTA SYILING (IMPORT DAN EKSPORT) 1957?
The official text of AKTA SYILING (IMPORT DAN EKSPORT) 1957 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA SYILING (IMPORT DAN EKSPORT) 1957 (No. 430) | mylaw.my