Malaysia legislation

Section 6

of *AKTA SYILING (IMPORT DAN EKSPORT) 1957

Seksyen 6

Waran geledah

Mana-mana Majistret yang berpuas hati dengan maklumat bersumpah secara bertulis bahawa terdapat sebab baik untuk mempercayai bahawa mana-mana syiling dengan nilai nominal lima puluh ringgit atau ke atas telah diimport atau sedang diimport atau dieksport dengan melanggar mana-mana perintah sedemikian seperti yang disebut terdahulu kemungkinan terdapat di mana-mana tempat, boleh dengan waran yang ditandatanganinya mengarahkan mana-mana pegawai awam yang dinamakan atau dinyatakan di dalamnya untuk memasuki tempat itu dan menggeledahnya dan menyita semua syiling atau syiling yang terdapat di dalamnya yang pengimportan atau pengeskportannya adalah pada masa ini dilarang seperti yang disebut terdahulu, dan menahannya sementara menanti pengisytiharan seorang

Majistret

Kelas

Pertama mengenai perampasan syiling itu.