Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA SYILING (IMPORT DAN EKSPORT) 1957

Seksyen 8

Pengisytiharan perampasan

(1)

Perampasan syiling di bawah Akta ini boleh diisytiharkan oleh seorang Majistret Kelas Pertama dalam semua kes jika seseorang disabitkan dengan sesuatu kesalahan terhadap Akta ini berkenaan dengannya, apabila orang itu disabitkan, atau jika tiada seorang pun disabitkan, dalam masa tiga bulan daripada penyitaan syiling itu.

(2)

Suatu rayuan kepada Mahkamah Tinggi atas kehendak mana-mana orang yang berkepentingan boleh dibuat daripada sesuatu pengisytiharan perampasan syiling. Notis rayuan hendaklah diberi dalam masa satu bulan daripada pengumuman pengisytiharan perampasan itu.

Syiling (Import dan Eksport) 9

Hadiah kepada pemberi maklumat