Malaysia legislation
Section 2
of *AKTA PEGAWAI-PEGAWAI DIPLOMAT DAN KONSUL (SUMPAH DAN FEE) 1959
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain —
“afidavit” termasuklah suatu ikrar, akuan berkanun atau akuan lain, akuan terima, pemeriksaan, dan pengakusaksian atau pengakusahan kesungguhan;
“bersumpah” termasuklah ikrar, akuan dan akusah;
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 348
“pegawai diplomat” termasuklah seorang duta, pesuruhjaya tinggi, menteri, charge d’affaires, timbalan pesuruhjaya tinggi, setiausaha dan atasye suatu perutusan diplomat Malaysia, termasuklah suatu suruhanjaya tinggi;
“pegawai konsul” termasuklah seorang konsul besar, konsul, naib konsul, pro konsul dan agen konsular Malaysia.