/akn/my/act/act/1959/348
*AKTA PEGAWAI-PEGAWAI DIPLOMAT DAN KONSUL (SUMPAH DAN FEE) 1959
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
- Type
- Act
- Status
- In force
- Enacted
- 1959
- Sections
- 9
- Languages
- EN · MS
Quick answer
About this act
*AKTA PEGAWAI-PEGAWAI DIPLOMAT DAN KONSUL (SUMPAH DAN FEE) 1959 is Malaysia Act, cited as Act 348 1959, currently marked in force and first recorded in 1959.
Opening note
Preamble
- Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan mengenai pengendalian sumpah dan pelevian fi oleh pegawai diplomat dan konsul. [Semenanjung Malaysia—31 Disember 1959; Sabah dan Sarawak—25 November 1965, L.N. 441/1965] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut: Tajuk ringkas dan pemakaian
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain —
“afidavit” termasuklah suatu ikrar, akuan berkanun atau akuan lain, akuan terima, pemeriksaan, dan pengakusaksian atau pengakusahan kesungguhan;
“bersumpah” termasuklah ikrar, akuan dan akusah;
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 348
“pegawai diplomat” termasuklah seorang duta, pesuruhjaya tinggi, menteri, charge d’affaires, timbalan pesuruhjaya tinggi, setiausaha dan atasye suatu perutusan diplomat Malaysia, termasuklah suatu suruhanjaya tinggi;
“pegawai konsul” termasuklah seorang konsul besar, konsul, naib konsul, pro konsul dan agen konsular Malaysia.
Seksyen 3
Kuasa mengenai sumpah dan perbuatan notarial di luar negeri
(2)
Apa-apa dokumen yang didakwa sebagai telah dicap, ditera atau diturunkan di atasnya atau padanya meterai dan tandatangan seseorang yang diberi kuasa oleh seksyen ini untuk mengendalikan sesuatu sumpah atau ikrar sebagai perisytiharan kepada sesuatu sumpah, ikrar, afidavit atau perbuatan yang dikendalikan, dibuat atau yang dilakukan oleh atau di hadapannya, hendaklah diterima sebagai keterangan tanpa bukti bahawa meterai atau tandatangan itu adalah meterai atau tandatangan orang itu atau atas sifat rasmi orang tersebut.
(3)
Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui perintah mengarahkan setakat mana subseksyen (2) hendaklah terpakai mengenai pembuktian perbuatan notarial yang dilakukan di mana-mana negara atau tempat di luar Malaysia oleh pegawai diplomat dan konsul
Malaysia berhubung dengan perbuatan notarial yang dilakukan oleh mana-mana orang yang dinyatakan di dalam perintah itu, yang
Pegawai-Pegawai Diplomat dan Konsul (Sumpah dan Fi) 7
merupakan orang yang berkhidmat dalam perkhidmatan diplomatik, konsular atau perkhidmatan lain luar negeri atas sesuatu Kuasa yang, melalui persetujuan dengan Yang di-Pertuan Agong, telah mengaku janji untuk mewakili kepentingan Malaysia dalam mana-mana negara atau tempat di mana Malaysia pada masa itu tidak mempunyai wakil diplomat atau konsul.
(4)
Bagi maksud seksyen ini “sumpah” termasuklah apa-apa sumpah yang dikehendaki diangkat bagi maksud Perlembagaan dengan syarat bahawa sumpah itu diangkat di hadapan seorang pegawai diplomat atau konsul yang dia sendiri adalah seorang warganegara Malaysia.
Kuasa untuk menetapkan fi
Seksyen 4
(2)
Semua fi tersebut hendaklah dilevi, dijelaskan dan digunakan, dan bolehlah diremitkan, menurut peraturan yang dikeluarkan oleh
Yang di-Pertuan Agong.
Mempamerkan jadual fi
Seksyen 5
Tiap-tiap pegawai konsul dan pegawai diplomat yang diamanahkan dengan tugas konsul hendaklah mempamerkan apa-apa perintah yang ada di bawah subseksyen 4(1) secara mudah dilihat dalam pejabatnya, dan hendaklah membenarkan perintah itu diperiksa oleh sesiapa yang ingin berbuat demikian pada bila-bila masa yang munasabah.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 348
Seksyen 6
Penalti bagi fi berlebihan
Seorang pegawai konsul atau seorang pegawai diplomat yang diamanahkan dengan tugas konsul hendaklah jangan, meminta atau mengambil apa-apa fi atau hadiah bagi atau atas apa-apa perbuatan, perkara atau perkhidmatan yang telah dilakukan, dilaksanakan atau diberikan olehnya di dalam perlaksanaan jawatannya, kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam mana-mana perintah atau peraturan di bawah seksyen 4, dan jika dia berbuat demikian dia boleh, tanpa menyentuh apa-apa liabiliti lain, dikenakan denda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap kesalahan.
Seksyen 7
Kesalahan dan penalti
(a)
bersumpah secara palsu dalam mana-mana sumpah atau afidavit yang diangkat atau dibuat menurut Akta ini; atau
(b)
memalsukan atau dengan cara menipu, mengubah meterai atau tandatangan seseorang yang diberi kuasa oleh atau di bawah Akta ini untuk mengendalikan suatu sumpah; atau
(c)
memberi sebagai keterangan ataupun menggunakan apa-apa afidavit yang mempunyai apa-apa meterai atau tandatangan yang dipalsukan atau dilancungkan atau diubah dengan cara menipu, dengan mengetahui keterangan atau afidavit itu dipalsukan, dilancungkan atau diubah dengan cara menipu, boleh dikenakan penjara untuk suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.
Pegawai-Pegawai Diplomat dan Konsul (Sumpah dan Fi) 9
Perbicaraan kesalahan
Seksyen 8
Apa-apa kesalahan di bawah Akta ini boleh, tertakluk kepada seksyen 9, disiasat, diambil tindakan, dibicara dan dihukum di mana-mana Negeri dalam Malaysia yang mana orang yang dituduh dengan kesalahan itu berada atau diberkas atau berada dalam jagaan, mengikut cara yang sama dan tahap yang sama seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan dalam Negeri di mana dia berada atau diberkas atau berada dalam jagaan.
Seksyen 9
Sanksi untuk pendakwaan
Tiada apa-apa pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini tanpa sanksi bertulis daripada
Pendakwa Raya.
10
Akta 348
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
L.N. 441/65
Perintah
Pengubahsuaian
Undang-Undang, (Pegawai-Pegawai Diplomat dan
Konsul)
(Sumpah dan
Fi)
(Perluasan) 1965
25-11-1965
Akta 160
Akta Matawang Malaysia (Ringgit)
1975
29-08-1975
P.U. (A) 470/1988
Perintah
Penyemakan
Undang-Undang (Pegawai-Pegawai Diplomat
Dan Konsul (Sumpah Dan Fi)) 1988
29-09-1988
11
Akta 348
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
6
Akta 160 29-08-1975
7
Akta 160 29-08-1975
Common questions
- What is DIPLOMATIC AND CONSULAR OFFICERS (OATHS AND FEES) ACT 1959?
- *AKTA PEGAWAI-PEGAWAI DIPLOMAT DAN KONSUL (SUMPAH DAN FEE) 1959 is Malaysia Act, cited as Act 348 1959, currently marked in force and first recorded in 1959.
- Is DIPLOMATIC AND CONSULAR OFFICERS (OATHS AND FEES) ACT 1959 still in force?
- Yes — DIPLOMATIC AND CONSULAR OFFICERS (OATHS AND FEES) ACT 1959 is currently in force.
- When did DIPLOMATIC AND CONSULAR OFFICERS (OATHS AND FEES) ACT 1959 take effect?
- DIPLOMATIC AND CONSULAR OFFICERS (OATHS AND FEES) ACT 1959 was first recorded in 1959.
- How many sections does DIPLOMATIC AND CONSULAR OFFICERS (OATHS AND FEES) ACT 1959 have?
- DIPLOMATIC AND CONSULAR OFFICERS (OATHS AND FEES) ACT 1959 contains 9 sections.
- Where can I read the official version of DIPLOMATIC AND CONSULAR OFFICERS (OATHS AND FEES) ACT 1959?
- The official text of DIPLOMATIC AND CONSULAR OFFICERS (OATHS AND FEES) ACT 1959 is published at lom.agc.gov.my.