Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
(a)
orang yang menjaga mana-mana hospital mental, hospital, rumah kerja, tempat tahanan, penjara, balai polis, tempat pemulihan akhlak atau lokap, atau mana-mana ladang
Kerajaan, ladang kerjasama, lading kolektif atau ladang kabilah atau mana-mana institusi atau organisasi khairat, agama, pendidikan atau institusi atau organisasi lain sama ada awam atau persendirian; atau kepada
(b)
penjaga, setiausaha atau pengurus atau orang lain yang menjaga mana-mana hotel, rumah tumpangan, rumah penginapan, kelab atau tempat kediaman lain, suatu jadual dalam borang yang ditetapkan untuk diisi berkenaan dengan premis itu.
(2)
Orang yang kepadanya mana-mana jadual itu diserahkan sedemikian hendaklah mengisinya atau menyebabkannya diisi sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, dengan butir-butir yang ditetapkan berkenaan dengan premis itu pada masa yang tersebut dahulu, dan hendaklah menandatangani jadual itu dan, apabila dikehendaki sedemikian, hendaklah menyerahkan jadual yang diisi dan ditandatangani itu kepada pembanci atau penyelia yang dilantik bagi kawasan tempat terletaknya premis itu atau kepada mana-mana orang lain sebagaimana yang diarahkan oleh Penolong Pesuruhjaya atau Penguasa Daerah.
Banci 11
Pembancian angkatan tentera laut, darat dan udara dan pengembara