Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Banci 1960.
/akn/my/act/act/1960/16
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA BANCI 1960 is Malaysia Act, cited as Act 16 1960, currently marked in force and first recorded in 1960.
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Banci 1960.
Tafsiran
“ditetapkan” ertinya ditetapkan di bawah Akta ini;
“jadual” ertinya suatu jadual dalam borang yang ditetapkan yang di dalamnya dicatatkan atau akan dicatatkan butir-butir yang ditetapkan yang dikehendaki bagi maksud suatu banci;
“pegawai banci” ertinya mana-mana orang yang dilantik di bawah
Akta ini sebagai Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya, Penolong
Pesuruhjaya, Penguasa Daerah, Penyelia, penombor rumah atau pembanci, yang menjalankan tugas dalam lingkungan tempatan mana-mana kawasan yang baginya dia mungkin telah dilantik sedemikian;
“Pesuruhjaya” termasuk Timbalan Pesuruhjaya.
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 16
Kuasa untuk mengarahkan pembancian
Warta, dari semasa ke semasa mengarahkan supaya banci dibuat di seluruh Malaysia atau di mana-mana kawasan dalam Malaysia yang ditentukan mengenai penduduk, pertanian (termasuk penternakan), perdagangan, buruh, perindustrian, komersial, anak yatim, balu, buta atau kelemahan, penyakit atau penderitaan lain, atau apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkannya perlu atau wajar untuk menentukan keadaan sosial, awam atau ekonomi atau keadaan kesihatan penduduk Malaysia, dan boleh melalui pemberitahuan itu atau pemberitahuan yang lain melantik seorang Pesuruhjaya untuk menyelia pembancian itu.
Pelantikan pegawai
Pesuruhjaya, mana-mana Penolong Pesuruhjaya, Penguasa
Daerah, dan pegawai banci yang diberi kuasa oleh Pesuruhjaya bagi maksud itu, boleh dengan surat yang ditandatangani olehnya melantik mana-mana orang sebagai penyelia, penombor rumah atau pembanci untuk menyelia atau mengambil atau membantu sesuatu pembancian dalam sesuatu kawasan yang ditentukan.
Tiap-tiap pegawai banci hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
Banci 7
Pegawai banci hendaklah membawa bukti pelantikan
Tiap-tiap pegawai banci yang dilantik melalui pemberitahuan dalam Warta hendaklah, apabila menjalankan tugas banci, sentiasa membawa bersamanya suatu salinan pemberitahuan dalam Warta yang melantiknya sebagai pegawai banci.
Peraturan-peraturan
Menteri boleh dari semasa ke semasa membuat peraturan untuk menguatkuasakan Akta ini dan, tanpa menyentuh keluasan kuasa itu, peraturan-peraturan itu boleh membuat peruntukan bagi—
butir-butir yang mengenainya, orang yang daripadanya, dan cara bagaimana maklumat akan didapati bagi maksud apa-apa banci;
bentuk permintaan yang akan dialamatkan kepada majikan buruh di bawah seksyen 12;
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 16
apa-apa perkara lain sebagaimana yang dikehendaki untuk ditetapkan.
Penghuni hendaklah memberi akses dan membenarkan penampalan nombor
Tiap-tiap orang yang menghuni mana-mana tanah, rumah, kepungan, vesel atau tempat lain hendaklah membenarkan mana-mana pegawai banci akses ke dalamnya bagi maksud banci itu, iaitu, dengan mengambil perhatian mengenai adat negeri ini, sebagaimana yang munasabah dan hendaklah membenarkan dia mengecat, menandakan, atau menampalkan di atas atau pada harta yang dihuni oleh orang itu, apa-apa huruf, tanda atau nombor yang difikirkan perlu oleh Pesuruhjaya bagi maksud banci.
Soalan oleh pegawai banci
Tiap-tiap pegawai banci boleh menanyakan apa-apa soalan yang perlu bagi mendapatkan maklumat yang dikehendaki bagi maksud banci kepada semua orang dalam lingkungan kawasan yang baginya dia dilantik, dan tiap-tiap orang yang ditanyakan soalan itu adalah terikat menjawab soalan itu dengan benar sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya.
Menyerahkan dan mengisi jadual
Penghuni itu hendaklah, dalam masa yang disebut di dalam jadual itu, mengisi jadual itu, atau menyebabkannya diisi, mengikut cara yang ditetapkan dan kemudiannya hendaklah menyerahkan jadual yang diisi itu kepada pembanci atau penyelia yang dilantik
Banci 9
bagi kawasan tempat rumah kediaman itu terletak atau kepada mana-mana orang lain sebagaimana yang diarahkan oleh Penolong
Pesuruhjaya atau Penguasa Daerah.
Jika penghuni itu tidak berupaya mengisi jadual itu mengikut cara yang ditetapkan atau menyebabkan orang lain mengisinya, dia hendaklah memelihara jadual itu seperti dalam keadaan dia menerimanya dan hendaklah menyerahkannya kepada pembanci, penyelia atau orang lain sebagaimana yang tersebut dahulu yang hendaklah kemudiannya menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya oleh seksyen 8 dan hendaklah mengisi jadual itu mengikut cara yang ditetapkan.
Pada bila-bila masa sebelum atau dalam masa dua belas bulan
(atau dalam tempoh yang lebih lama sebagaimana yang ditetapkan)
selepas tarikh yang diarahkan bagi pembancian itu mana-mana pegawai banci boleh, jika diarahkan oleh mana-mana Penolong
Pesuruhjaya atau Penguasa Daerah supaya berbuat demikian, melawat mana-mana rumah kediaman dalam kawasan yang baginya dia dilantik bagi maksud menyemak apa-apa maklumat yang didapati atau bagi maksud mendapatkan maklumat selanjutnya bagi maksud banci itu, dalam hal yang sedemikian, selepas menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya oleh seksyen 8, dia hendaklah—
jika berpuas hati bahawa sesuatu jadual yang berhubungan dengan mana-mana rumah kediaman mengandungi nama mana-mana orang yang tidak berada dalam rumah kediaman itu pada masa pembancian itu, memotong nama, dan semua butir-butir yang berhubungan dengan, orang itu dari jadual itu;
jika berpuas hati bahawa mana-mana orang berada di dalam mana-mana rumah kediaman pada masa pembancian itu tetapi namanya tidak tertulis dalam jadual yang berhubungan dengan rumah kediaman itu, memasukkan nama, dan semua butir-butir yang berhubungan dengan, orang itu ke dalam jadual itu atau dalam suatu jadual yang berasingan, sebagaimana yang diarahkan oleh Pesuruhjaya; dan 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 16
jika berpuas hati bahawa apa-apa jadual tidak betul mengenai apa-apa butir material lain, membuat apa-apa pembetulan yang perlu padanya.
Jadual kolektif hendaklah diisi oleh orang yang menjaga institusi, dll.
orang yang menjaga mana-mana hospital mental, hospital, rumah kerja, tempat tahanan, penjara, balai polis, tempat pemulihan akhlak atau lokap, atau mana-mana ladang
Kerajaan, ladang kerjasama, lading kolektif atau ladang kabilah atau mana-mana institusi atau organisasi khairat, agama, pendidikan atau institusi atau organisasi lain sama ada awam atau persendirian; atau kepada
penjaga, setiausaha atau pengurus atau orang lain yang menjaga mana-mana hotel, rumah tumpangan, rumah penginapan, kelab atau tempat kediaman lain, suatu jadual dalam borang yang ditetapkan untuk diisi berkenaan dengan premis itu.
Orang yang kepadanya mana-mana jadual itu diserahkan sedemikian hendaklah mengisinya atau menyebabkannya diisi sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, dengan butir-butir yang ditetapkan berkenaan dengan premis itu pada masa yang tersebut dahulu, dan hendaklah menandatangani jadual itu dan, apabila dikehendaki sedemikian, hendaklah menyerahkan jadual yang diisi dan ditandatangani itu kepada pembanci atau penyelia yang dilantik bagi kawasan tempat terletaknya premis itu atau kepada mana-mana orang lain sebagaimana yang diarahkan oleh Penolong Pesuruhjaya atau Penguasa Daerah.
Banci 11
Pembancian angkatan tentera laut, darat dan udara dan pengembara
Pesuruhjaya hendaklah mendapatkan, dengan apa-apa cara yang sah yang didapatinya paling sesuai bagi maksud itu, butir-butir yang ditetapkan berkenaan dengan—
mana-mana angkatan tentera darat atau udara atau mana-mana kumpulan orang yang menjadi anggota sesuatu vesel perang; dan
semua orang yang pada waktu pembancian sedang mengembara, atau berada di kapal, atau yang kerana apa-apa sebab lain tidak tinggal di mana-mana premis yang akan diambil kira dalam banci itu, dan hendaklah termasuk maklumat dalam ringkasan yang hendaklah dibuat olehnya sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 15.
Majikan buruh boleh dikehendaki menjadi pembanci
bagi sepuluh orang buruh atau lebih yang tinggal di mana-mana ladang pertanian atau harta lombong, atau dalam mana-mana kilang atau woksyop; atau
bagi apa-apa kelas atau jenis buruh lain sebagaimana yang ditetapkan, apabila menerima suatu permintaan bertulis bagi maksud itu dalam borang yang ditetapkan yang ditandatangani oleh seseorang Penolong
Pesuruhjaya atau Penguasa Daerah, hendaklah bertindak atau melantik seorang ejen untuk bertindak sebagai pembanci berkenaan dengan semua orang yang bekerja atau tinggal di ladang, harta lombong, kilang atau woksyop itu.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 16
Tiap-tiap majikan atau ejen itu hendaklah mencatatkan atau menyebabkan supaya dicatatkan, dalam jadual yang diserahkan kepadanya bagi maksud itu, butiran yang ditetapkan berkenaan dengan semua orang yang disebut dalam subseksyen (1) dan hendaklah menyerahkan jadual, yang diisi sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, kepada pembanci atau penyelia yang dilantik bagi kawasan tempat terletaknya ladang, harta lombong, kilang atau woksyop itu atau kepada mana-mana orang lain sebagaimana yang diarahkan oleh Penolong Pesuruhjaya atau Penguasa Daerah.
Pekhidmat Kerajaan hendaklah membantu pembancian
Tiap-tiap majikan—
Semua pekhidmat Kerajaan hendaklah membantu kerja pembancian, jika dan apabila dikehendaki berbuat demikian oleh
Pesuruhjaya, Penolong Pesuruhjaya atau Penguasa Daerah.
Penyerahan jadual dan penyata
Tiap-tiap pembanci hendaklah menyerahkan kepada penyelia kawasan yang baginya dia dilantik semua jadual, dan segala penyata sebagaimana yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya, pada hari yang hendaklah ditetapkan bagi maksud itu oleh Penolong Pesuruhjaya atau Penguasa Daerah bagi kawasan itu, dan penyelia itu hendaklah dengan segera menentusahkan jadual dan penyata itu dan menghantarnya, bersama dengan apa-apa jadual dan penyata lain yang ada dalam jagaannya, kepada Penolong Pesuruhjaya atau
Penguasa Daerah yang hendaklah dengan segera mengemukakannya kepada Pesuruhjaya, atau kepada mana-mana orang lain sebagaimana yang diarahkan oleh Pesuruhjaya.
Ringkasan hendaklah dibuat dan disiarkan
Dalam mana-mana ringkasan yang disediakan di bawah subseksyen (1) dengan merujuk kepada apa-apa perdagangan atau perindustrian, butir-butir dan maklumat yang terkandung dalam ringkasan itu tidak boleh disusun mengikut apa-apa cara yang akan membolehkan mana-mana orang mengenali apa-apa butir atau maklumat yang disiarkan sedemikian sebagai butir-butir atau maklumat yang berhubungan dengan mana-mana orang perseorangan atau mana-mana perniagaan.
Kesalahan oleh pegawai banci
tanpa sebab yang cukup, enggan atau abai mematuhi apa-apa arahan atau permintaan yang dialamatkan kepadanya oleh Pesuruhjaya, Penolong Pesuruhjaya atau
Penguasa Daerah, atau tidak menjalankan usaha yang munasabah dalam melaksanakan apa-apa tugas yang dikenakan ke atasnya;
dengan sengaja mengemukakan sesuatu soalan yang menyakitkan hati atau yang tidak patut;
meminta, menerima atau mengambil daripada mana-mana orang, selain pegawai Kerajaan yang diberi kuasa, apa-apa bayaran atau hadiah, adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 16
Mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa yang dilantik di bawah subseksyen 4(1), mana-mana pegawai banci dan mana-mana orang yang diambil kerja bagi menyediakan ringkasan yang dikehendaki dibuat di bawah seksyen 15 yang mendedahkan atau menggunakan, kecuali bagi maksud Akta ini, apa-apa maklumat yang telah diketahuinya dalam masa menjalankan tugasnya sedemikian adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Kesalahan lain
enggan menjawab dengan benar, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, apa-apa soalan yang ditanyakan kepadanya oleh seseorang pegawai banci yang dia terikat di sisi undang-undang untuk menjawabnya atau dengan sengaja memberikan suatu jawapan palsu baginya;
membuat, menandatangani, menyerahkan atau menyebabkan dibuat, ditandatangani, atau diserahkan apa-apa jadual, pernyataan atau penyata yang sengaja dibuat secara palsu atau dengan tidak betul;
enggan membenarkan seseorang pegawai banci akses yang munasabah ke dalam mana-mana rumah, tanah, kepungan, vesel, atau tempat lain yang dia dikehendaki oleh Akta ini supaya membenarkannya;
membuang, memadamkan, mengubah atau merosakkan, sebelum habis tempoh dua belas bulan dari tarikh pembancian, apa-apa huruf, tanda atau nombor yang telah dicatkan, ditandakan atau ditampalkan bagi maksud banci; atau
Banci 15
enggan atau abai untuk mematuhi mana-mana peruntukan
Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini, adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya.
Mana-mana orang yang menyamar sebagai pegawai banci adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Tiada pendakwaan tanpa sanksi Pendakwa Raya
Mana-mana orang yang—
Tiada pendakwaan boleh dimulakan di bawah Akta ini tanpa terlebih dahulu mendapat sanksi bertulis Pendakwa Raya.
Penyata individu tidak boleh didedahkan
Dalam membuat peraturan dan menetapkan borang di bawah seksyen 6 perhatian yang sewajarnya hendaklah diberikan kepada hal keadaan berbagai-bagai perdagangan dan perindustrian, dan khususnya kepada mustahaknya dielakkan pendedahan dalam apa-apa penyata mengenai apa-apa rahsia perdagangan atau keuntungan perdagangan, atau apa-apa butir atau maklumat lain yang
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 16
pendedahannya mungkin akan mendatangkan mudarat kepada orang yang memberikan penyata itu.
Rekod banci adalah rahsia dan tidak boleh diterima sebagai keterangan
Tiada catatan dalam mana-mana buku, daftar, atau rekod yang dibuat oleh seseorang pegawai banci atau oleh mana-mana orang pada menjalankan tugasnya di bawah Akta ini boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah, kecuali dan melainkan pendakwaan yang dimulakan di bawah Akta ini berkenaan dengan sesuatu catatan terhadap orang yang membuat, menandatangani atau menyerahkannya, atau yang telah menyebabkannya dibuat, ditandatangani, atau diserahkan.
17
Akta 16
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
P.U. (A) 519/1969
Perintah pengubahsuaian Undang-
19-12-1969
Undang (Banci) (Pengubahsuaian dan Peluasan Ke Malaysia Timur)
1969
Akta 160
Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit)
29-08-1975
1975
18
Akta 16
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
16
Akta 160 29-08-1975
17
Akta 160 29-08-1975