Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
(a)
tanpa sebab yang cukup, enggan atau abai mematuhi apa-apa arahan atau permintaan yang dialamatkan kepadanya oleh Pesuruhjaya, Penolong Pesuruhjaya atau
Penguasa Daerah, atau tidak menjalankan usaha yang munasabah dalam melaksanakan apa-apa tugas yang dikenakan ke atasnya;
(b)
dengan sengaja mengemukakan sesuatu soalan yang menyakitkan hati atau yang tidak patut;
(c)
dengan disedarinya membuat apa-apa penyata palsu; atau
(d)
meminta, menerima atau mengambil daripada mana-mana orang, selain pegawai Kerajaan yang diberi kuasa, apa-apa bayaran atau hadiah, adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 16
(2)
Mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa yang dilantik di bawah subseksyen 4(1), mana-mana pegawai banci dan mana-mana orang yang diambil kerja bagi menyediakan ringkasan yang dikehendaki dibuat di bawah seksyen 15 yang mendedahkan atau menggunakan, kecuali bagi maksud Akta ini, apa-apa maklumat yang telah diketahuinya dalam masa menjalankan tugasnya sedemikian adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Kesalahan lain