Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
(a)
enggan menjawab dengan benar, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, apa-apa soalan yang ditanyakan kepadanya oleh seseorang pegawai banci yang dia terikat di sisi undang-undang untuk menjawabnya atau dengan sengaja memberikan suatu jawapan palsu baginya;
(b)
membuat, menandatangani, menyerahkan atau menyebabkan dibuat, ditandatangani, atau diserahkan apa-apa jadual, pernyataan atau penyata yang sengaja dibuat secara palsu atau dengan tidak betul;
(c)
enggan membenarkan seseorang pegawai banci akses yang munasabah ke dalam mana-mana rumah, tanah, kepungan, vesel, atau tempat lain yang dia dikehendaki oleh Akta ini supaya membenarkannya;
(d)
membuang, memadamkan, mengubah atau merosakkan, sebelum habis tempoh dua belas bulan dari tarikh pembancian, apa-apa huruf, tanda atau nombor yang telah dicatkan, ditandakan atau ditampalkan bagi maksud banci; atau
Banci 15
(e)
enggan atau abai untuk mematuhi mana-mana peruntukan
Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini, adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya.
(2)
Mana-mana orang yang menyamar sebagai pegawai banci adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Tiada pendakwaan tanpa sanksi Pendakwa Raya