Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA BANCI 1960

Seksyen 2

Tafsiran

“ditetapkan” ertinya ditetapkan di bawah Akta ini;

“jadual” ertinya suatu jadual dalam borang yang ditetapkan yang di dalamnya dicatatkan atau akan dicatatkan butir-butir yang ditetapkan yang dikehendaki bagi maksud suatu banci;

“pegawai banci” ertinya mana-mana orang yang dilantik di bawah

Akta ini sebagai Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya, Penolong

Pesuruhjaya, Penguasa Daerah, Penyelia, penombor rumah atau pembanci, yang menjalankan tugas dalam lingkungan tempatan mana-mana kawasan yang baginya dia mungkin telah dilantik sedemikian;

“Pesuruhjaya” termasuk Timbalan Pesuruhjaya.

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 16