Malaysia legislation

Section 6

of *AKTA BANCI 1960

Seksyen 6

Menteri boleh dari semasa ke semasa membuat peraturan untuk menguatkuasakan Akta ini dan, tanpa menyentuh keluasan kuasa itu, peraturan-peraturan itu boleh membuat peruntukan bagi—

(a)

tugas pegawai banci;

(b)

fungsi mana-mana jawatankuasa yang dilantik di bawah subseksyen 4(1);

(c)

butir-butir yang mengenainya, orang yang daripadanya, dan cara bagaimana maklumat akan didapati bagi maksud apa-apa banci;

(d)

borang jadual yang akan digunakan bagi mendapatkan butir-butir itu;

(e)

bentuk permintaan yang akan dialamatkan kepada majikan buruh di bawah seksyen 12;

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 16

(f)

apa-apa perkara lain sebagaimana yang dikehendaki untuk ditetapkan.

Penghuni hendaklah memberi akses dan membenarkan penampalan nombor

Section 6 — CENSUS ACT 1960 | mylaw.my