Malaysia legislation

Section 7

of *AKTA BANCI 1960

Seksyen 7

Tiap-tiap orang yang menghuni mana-mana tanah, rumah, kepungan, vesel atau tempat lain hendaklah membenarkan mana-mana pegawai banci akses ke dalamnya bagi maksud banci itu, iaitu, dengan mengambil perhatian mengenai adat negeri ini, sebagaimana yang munasabah dan hendaklah membenarkan dia mengecat, menandakan, atau menampalkan di atas atau pada harta yang dihuni oleh orang itu, apa-apa huruf, tanda atau nombor yang difikirkan perlu oleh Pesuruhjaya bagi maksud banci.