Malaysia legislation

Section 9

of *AKTA BANCI 1960

Seksyen 9

Menyerahkan dan mengisi jadual

(2)

Penghuni itu hendaklah, dalam masa yang disebut di dalam jadual itu, mengisi jadual itu, atau menyebabkannya diisi, mengikut cara yang ditetapkan dan kemudiannya hendaklah menyerahkan jadual yang diisi itu kepada pembanci atau penyelia yang dilantik

Banci 9

bagi kawasan tempat rumah kediaman itu terletak atau kepada mana-mana orang lain sebagaimana yang diarahkan oleh Penolong

Pesuruhjaya atau Penguasa Daerah.

(3)

Jika penghuni itu tidak berupaya mengisi jadual itu mengikut cara yang ditetapkan atau menyebabkan orang lain mengisinya, dia hendaklah memelihara jadual itu seperti dalam keadaan dia menerimanya dan hendaklah menyerahkannya kepada pembanci, penyelia atau orang lain sebagaimana yang tersebut dahulu yang hendaklah kemudiannya menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya oleh seksyen 8 dan hendaklah mengisi jadual itu mengikut cara yang ditetapkan.

(4)

Pada bila-bila masa sebelum atau dalam masa dua belas bulan

(atau dalam tempoh yang lebih lama sebagaimana yang ditetapkan)

selepas tarikh yang diarahkan bagi pembancian itu mana-mana pegawai banci boleh, jika diarahkan oleh mana-mana Penolong

Pesuruhjaya atau Penguasa Daerah supaya berbuat demikian, melawat mana-mana rumah kediaman dalam kawasan yang baginya dia dilantik bagi maksud menyemak apa-apa maklumat yang didapati atau bagi maksud mendapatkan maklumat selanjutnya bagi maksud banci itu, dalam hal yang sedemikian, selepas menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya oleh seksyen 8, dia hendaklah—

(a)

jika berpuas hati bahawa sesuatu jadual yang berhubungan dengan mana-mana rumah kediaman mengandungi nama mana-mana orang yang tidak berada dalam rumah kediaman itu pada masa pembancian itu, memotong nama, dan semua butir-butir yang berhubungan dengan, orang itu dari jadual itu;

(b)

jika berpuas hati bahawa mana-mana orang berada di dalam mana-mana rumah kediaman pada masa pembancian itu tetapi namanya tidak tertulis dalam jadual yang berhubungan dengan rumah kediaman itu, memasukkan nama, dan semua butir-butir yang berhubungan dengan, orang itu ke dalam jadual itu atau dalam suatu jadual yang berasingan, sebagaimana yang diarahkan oleh Pesuruhjaya; dan 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 16

(c)

jika berpuas hati bahawa apa-apa jadual tidak betul mengenai apa-apa butir material lain, membuat apa-apa pembetulan yang perlu padanya.

Jadual kolektif hendaklah diisi oleh orang yang menjaga institusi, dll.