Malaysia legislation

Section 10

of Akta 210

Seksyen 10

Selain kewajipan-kewajipan yang dikenakan dan kuasakuasa yang terletak hak pada Lembaga menurut Akta ini, Lembaga boleh menjalankan apa-apa fungsi lain, menjalankan apa-apa kuasa lain dan mentadbirkan dan membelanjakan apa-apa wang lain bagi apa-apa maksud yang boleh diuntukkan atau diberikan kepadanya oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan dalam melakukan yang demikian Lembaga hendaklah disifatkan menunaikan maksud Akta ini dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi Lembaga berkenaan dengan fungsifungsi itu dan berkenaan dengan pentadbiran dan pembelanjaan wang itu:

Dengan syarat bahawa akaun bagi wang itu hendaklah disimpan berasingan dan berlainan daripada akaun Kumpulan Wang.