/akn/my/act/act/1963/210

Akta 210

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
Repealed
Enacted
1963
Sections
43
Languages
EN · MS

Quick answer

About this act

Akta 210 is Malaysia Act, cited as Act 210 1963, currently marked repealed and first recorded in 1963.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta bagi memperbadankan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah dan untuk mengadakan peruntukan berkenaan dengan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya. [1hb Mei 1973, P.U.(B) 159/73] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah 1973 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Seksyen 2

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

"Bahagian" ertinya Bahagian yang ditubuhkan di bawah seksyen 14;

"Kawasan Terengganu Tengah" ertinya mana-mana kawasan yang ditetapkan oleh Menteri menurut seksyen 9;

"Kumpulan Wang" ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 17;

"Lembaga" ertinya Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

"Negeri" ertinya Negeri Terengganu;

"pegawai perakaunan" termasuklah tiap-tiap pegawai dan penjawat yang dipertanggungkan dengan kewajipan memungut, menerima, atau mengakaunkan, atau yang sebenarnya memungut, menerima atau mengakaunkan, apa-apa wang dalam Kumpulan Wang, atau yang dipertanggungkan dengan kewajipan membayar, atau yang sebenarnya membayar, apa-apa wang, dan tiap-tiap pegawai dan penjawat yang dipertanggungkan dengan penerimaan, penjagaan atau pelupusan, atau pengakaunan, apa-apa barang simpanan dan harta Lembaga atau yang sebenarnya menerima, memegang atau melupuskan barang simpanan dan harta itu;

"Pengarah" ertinya Pengarah sesuatu Bahagian yang ditetapkan di bawah seksyen 14;

"Pengerusi"ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5;

"Pengurus Besar" ertinya Pengurus Besar yang dilantik di bawah seksyen 13;

"perbadanan" ertinya perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28;

"syarikat" mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada "perbadanan" di bawah seksyen 4(1) Akta Syarikat 1965 [Akta 125]; dan

"Timbalan Pengerusi" ertinya Timbalan Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5.

[Pin. Akta A967.]

Bahagian II

BAHAGIAN II

LEMBAGA

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama "Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah" yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh mendakwa dan didakwa atas namanya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak, dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan cara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Lembaga mengikut apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya patut.

Seksyen 4

Fungsi Lembaga

Open as pageSuggest a correction

(a)

memajukan, menggalakkan, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Kawasan Terengganu Tengah;

Suggest a correction

(b)

memajukan, menggalakkan, membantu dan mengusahakan pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan komersial dalam Kawasan Terengganu Tengah; dan

Suggest a correction

(c)

mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan kegiatankegiatan yang disebut terdahulu dalam Kawasan Terengganu Tengah.

Suggest a correction

(2)

Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau semunasabahnya perlu atau yang bersampingan dengan penjalanan fungsi-fungsinya, dan khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan kuasa yang disebut terdahulu—

(a)

menjalankan segala kegiatan khususnya dalam perusahaan komersial dan perindustrian, yang penjalanannya difikirkan dikehendaki, berfaedah atau mudah untuk atau berkenaan dengan penjalanan fungsi-fungsi yang tersebut itu, termasuk membuat, memasang, memproses, membungkus, memeringkatkan dan memasarkan keluarankeluaran, penyelidikan dan latihan;

Suggest a correction

(b)

memulakan kajian permulaan tentang kawasan-kawasan pembangunan dan pembangunan semula yang mungkin dan membuat rancangan-rancangan permulaan yang menerangkan secara kasar kegiatan-kegiatan pembangunan atau pembangunan semula dan tinjauan permulaan untuk menentukan sama ada projek pembangunan atau projek pembangunan semula mungkin boleh dijalankan dan dilaksanakan;

Suggest a correction

(c)

bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat, mana-mana perbadanan, manamana badan atau mana-mana orang atau bertindak sebagai ejen atau ejen pengurus baginya atau dengan cara lain bertindak bersama dengannya atau bagi pihaknya;

Suggest a correction

(d)

memajukan dan menyelaraskan penjalanan kegiatankegiatan itu oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat, perbadanan, atau badan atau orang lain;

Suggest a correction

(e)

menubuhkan atau memperbesar, atau memajukan penubuhan atau pembesaran syarikat, perbadanan atau badan lain untuk menjalankan mana-mana kegiatan itu sama ada kesemua atau sebahagiannya di bawah kawalan Lembaga atau secara bebas;

Suggest a correction

(f)

memberikan bantuan kepada mana-mana pihak berkuasa awam, syarikat, perbadanan atau mana-mana badan atau orang lain yang, pada pendapat Lembaga mempunyai kemudahan-kemudahan untuk menjalankan mana-mana kegiatan itu, termasuk bantuan kewangan dengan mengambil syer atau modal pinjamannya atau dengan memberikan pinjaman atau dengan cara lain;

Suggest a correction

(g)

membeli, menanggung beli atau dengan cara lain memperoleh apa-apa saham dan syer dalam mana-mana syarikat awam atau persendirian, dan melupuskannya atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;

Suggest a correction

(h)

menghendaki jabatan-jabatan, dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang menjalankan atau bercadang hendak menjalankan pembangunan dalam Kawasan Terengganu Tengah supaya mengemukakan laporan yang mengandungi butir-butir dan maklumat yang dinyatakan oleh Lembaga berkenaan dengan kegiatan-kegiatannya atau kegiatan-kegiatan yang dicadangkan olehnya;

Suggest a correction

(i)

melantik ejen atau menubuhkan badan-badan lain yang difikirkan patut olehnya bagi maksud menjalankan fungsi-fungsinya;

Suggest a correction

(j)

mengenakan bayaran atau apa-apa caj lain sebagaimana yang difikirkan patut olehnya bagi melaksanakan manamana kuasa atau fungsinya;

Suggest a correction

(k)

menerima apa-apa komisen atau bayaran sebagaimana yang dipersetujui sebagai balasan bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang telah diberikan olehnya;

Suggest a correction

(l)

mengadakan peraturan mengenai pembangunan dalam Kawasan Terengganu Tengah; dan

Suggest a correction

(m)

melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan patut bagi menjalankan fungsi-fungsi dan kuasa-kuasanya dengan berkesan.

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(3)

Tertakluk kepada seksyen 8, adalah menjadi tanggungjawab Lembaga dalam menjalankan fungsi-fungsinya di bawah Akta ini untuk memastikan fungsi-fungsi itu dilaksanakan secara yang sejajar dengan dasar Kerajaan yang berkuat kuasa pada masa ini dan khususnya dasar yang berhubungan dengan pembentukan semula masyarakat.

Keanggotaan Lembaga

(e)

tiga orang yang mempunyai kedudukan profesional yang berkaitan; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Tertakluk kepada seksyen (3) dan (4), peruntukan peruntukan Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi anggota Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Perenggan 1,2,3, dan 7 Jadual Pertama tidak terpakai bagi Pengurus Besar.

Suggest a correction

(4)

Pengurus Besar tidak mempunyai hak untuk mengundi dalam mana-mana mesyuarat Lembaga.

Suggest a correction

(5)

Apabila jawatan Pengurus Besar kosong, subseksyen (1) hendaklah dibaca seolah-olah perenggan (f) telah dipotong.

Perlindungan Pihak Berkuasa Awam

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau terhadap mana-mana anggota, pegawai, penjawat atau ejen Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifatnya yang demikian itu.

Seksyen 7

Penjawat awam

Open as pageSuggest a correction

Semua anggota, pegawai dan penjawat Lembaga, semasa mereka menjalankan kewajipan sebagai anggota, pegawai dan penjawat, hendaklah disifatkan sebagai penjawat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

Seksyen 8

Kuasa Menteri untuk memberikan arahan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menyentuh keluasan makna subseksyen (1), dan tertakluk kepada perundingan dengan Lembaga, kuasa Menteri untuk memberikan arahan adalah termasuk memberikan arahanarahan kepada Lembaga—

(b)

tentang penggunaan hasil daripada aset modal yang dilupuskan itu, walaupun arahan itu mengenai sesuatu yang tertentu:

Dengan syarat bahawa, selagi apa-apa wang yang dipinjam oleh Lembaga mengikut peruntukan Akta ini masih belum dijelaskan, tiada apa-apa arahan itu boleh diberikan.

Kawasan Terengganu Tengah

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, adalah menjadi tanggungjawab Lembaga menjalankan fungsi-fungsi yang diperuntukkan oleh Akta ini dalam Kawasan Terengganu Tengah.

Fungsi tambahan bagi Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

Selain kewajipan-kewajipan yang dikenakan dan kuasakuasa yang terletak hak pada Lembaga menurut Akta ini, Lembaga boleh menjalankan apa-apa fungsi lain, menjalankan apa-apa kuasa lain dan mentadbirkan dan membelanjakan apa-apa wang lain bagi apa-apa maksud yang boleh diuntukkan atau diberikan kepadanya oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan dalam melakukan yang demikian Lembaga hendaklah disifatkan menunaikan maksud Akta ini dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi Lembaga berkenaan dengan fungsifungsi itu dan berkenaan dengan pentadbiran dan pembelanjaan wang itu:

Dengan syarat bahawa akaun bagi wang itu hendaklah disimpan berasingan dan berlainan daripada akaun Kumpulan Wang.

Seksyen 11

Penyata, laporan, akaun dan maklumat

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dengan tidak menyentuh keluasan makna peruntukan subseksyen (1), Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, selepas berakhir setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Menteri dan, jika diarahkan sedemikian oleh Menteri, kepada Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa awam lain, suatu laporan berkenaan dengan kegiatan-kegiatan Lembaga dalam masa tahun kewangan yang sebelumnya dan mengikut apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosidng dan dasar

Lembaga sebagaimana yang dinyatakan dari semasa ke semasa oleh Menteri.

Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III BAHAGIAN, PEGAWAI DAN PENJAWAT

Pengerusi hendaklah menjadi ketua pegawai pengurus

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(2)

Semua pegawai dan penjawat Lembaga adalah terletak di bawah kawalan am Pengerusi.

Suggest a correction

(3)

Pengerusi hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain atau tambahan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

Suggest a correction

(4)

Jika Pengerusi tidak ada dalam Malaysia buat sementara atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang cukup untuk melaksanakan kewajipannya, Timbalan Pengerusi hendaklah melaksanakan kewajipan Pengerusi itu dalam masa dia tidak ada buat sementara atau tidak berupaya kerana apa-apa sebab lain itu.

Pengurus Besar

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pengurus Besar hendaklah bertanggungjawab bagi menjalankan segala program, skim atau projek, bagi melaksanakan keputusan-keputusan Lembaga dan arahan-arahan Pengerusi.

Suggest a correction

(3)

Pengurus Besar adalah bertanggungjawab kepada Pengerusi.

Suggest a correction

(4)

Tertakluk kepada arahan Pengerusi, Pengurus Besar hendaklah mempunyai kawalan pentadbiran ke atas pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat Lembaga.

Suggest a correction

(5)

Pengurus Besar hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain atau tambahan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga atau Menteri dari semasa ke semasa, atau sebagaimana yang diarahkan oleh Pengerusi dari semasa ke semasa.

Suggest a correction

(6)

Jika Pengurus Besar tidak ada dalam Malaysia buat sementara atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang cukup untuk melaksanakan kewajipannya, Lembaga boleh mengarahkan mana-mana anggota atau pegawai atau penjawat Lembaga supaya melaksanakan kewajipan Pengurus Besar itu dalam masa dia tidak ada buat sementara atau tidak berupaya kerana apa-apa sebab lain itu.

Suggest a correction

(7)

Tertakluk kepada apa-apa syarat, had atau sekatan yang difikirkannya patut, Lembaga boleh mengarahkan supaya manamana atau segala kuasa, kewajipan atau fungsi yang terletak hak atau yang dikenakan pada Pengurus Besar menurut Akta ini dijalankan atau dilaksanakan oleh mana-mana pegawai atau penjawat Lembaga dan selepas itu Pengurus Besar itu tidak boleh lagi menjalankan atau melaksanakan kuasa, kewajipan atau fungsi itu.

Penyusunan Lembaga kepada Bahagian-Bahagian

Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pengarah bagi setiap Bahagian hendaklah dilantik oleh Pengerusi dengan kelulusan Menteri.

Suggest a correction

(3)

Adalah menjadi tanggungjawab Pengarah Bahagian yang berkenaan untuk melaksanakan dan menjalankan keputusan Lembaga mengenai perkara-perkara berkaitan dengan Bahagiannya, untuk menghantar syor-syor mengenai dasar untuk pertimbangan Lembaga, untuk mengambil bahagian, tanpa hak mengundi, dalam mana-mana mesyuarat Lembaga apabila perkara-perkara berkaitan dengan Bahagiannya dipertimbangkan dalam mesyuarat itu dan juga untuk menjalankan segala kuasa yang diwakilkan kepadanya oleh Lembaga.

Pelantikan pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat lain

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada seorang pun yang mempunyai secara langsung atau secara tidak langsung sama ada sendiri atau melalui pekongsinya, sesuatu syer atau kepentingan dalam sesuatu kontrak atau sesuatu kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Lembaga layak diambil bekerja sebagai pegawai atau penjawat Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Seseorang pegawai atau penjawat Lembaga yang mempunyai atau memperoleh sesuatu syer atau kepentingan tersebut boleh, menurut budi bicara Lembaga, dibuang kerja terus tanpa notis.

Peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat-syarat perkhidmatan bagi pegawai dan penjawat

Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(2)

Melainkan jika diperuntukkan selainnya, sebutan mengenai seseorang pegawai Lembaga dalam Akta ini hendaklah termasuk sebutan mengenai Pengurus Besar dan Pengarah.

Jawatankuasa tatatertib

Suggest a correction

Seksyen 16A

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

maka hendaklah ditubuhkan jawatankuasa tatatertib Lembaga berkenaan dengan Pengurus Besar yang terdiri daripada—

Suggest a correction

(i)

Ketua Setiausaha Kementerian, yang hendaklah menjadi pengerusi jawatankuasa itu; dan

(ii)

dua orang anggota Lembaga yang hendaklah dilantik oleh Lembaga; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

Lembaga boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan jawatankuasa tatatertib yang berlainan bagi kategori berlainan pegawai atau penjawat Lembaga.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Yang berikut hendaklah terpakai bagi mana-mana jawatankuasa tatatertib yang ditubuhkan menurut subseksyen (2)(b):

(a)

jawatankuasa itu hendaklah terdiri daripada apa-apa bilangan anggota Lembaga, selain Pengerusi Lembaga, atau pegawai Lembaga, atau apa-apa kombinasi anggota dan pegawai itu; dan

Suggest a correction

(b)

seseorang pegawai yang menjadi anggota sesuatu jawatankuasa tatatertib tidaklah boleh lebih rendah pangkatnya daripada mana-mana pegawai atau penjawat yang ke atasnya jawatankuasa yang dia menjadi anggota mempunyai kuasa tatatertib.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (2)(b) hendaklah menjalankan kuasanya dalam segala perkara yang berhubungan dengan tatatertib pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat yang diletakkan di bawah bidang kuasanya.

Suggest a correction

(5)

Pada menjalankan fungsi dan kuasa tatatertibnya, sesuatu jawatankuasa tatatertib yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib atau apa-apa kombinasi dua hukuman tatatertib atau lebih sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 16c.

[Mas. Akta A967.]

Rayuan terhadap keputusan jawatankuasa tatatertib

Suggest a correction

Seksyen 16B

Open as pageSuggest a correction

(2)

Keputusan mana-mana jawatankuasa tatatertib di bawah seksyen 16A(2)(b) bolehlah dirayu kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib yang hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Pengerusi Lembaga, yang hendaklah menjadi pengerusi Jawatankuasa Rayuan Tatatertib dan mempunyai undi pemutus; dan

Suggest a correction

(b)

tiga orang anggota Lembaga, yang bukan anggota jawatankuasa tatatertib yang keputusannya adalah hal perkara rayuan itu, yang hendaklah dilantik oleh pengerusi Jawatankuasa Rayuan Tatatertib dengan kelulusan Lembaga bagi maksud rayuan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Menteri atau Jawatankuasa Rayuan Tatatertib, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan jawatankuasa tatatertib.

Suggest a correction

(4)

Apabila Jawatankuasa Rayuan Tatatertib menimbangkan sesuatu rayuan di bawah subseksyen (2), seorang anggota jawatankuasa tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat yang juga anggota Lembaga tidak boleh hadir pada atau dengan apa-apa cara mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding yang berhubungan dengan rayuan itu.

Suggest a correction

(5)

Keputusan Menteri atau Jawatankuasa Rayuan Tatatertib di bawah subseksyen (3) adalah muktamad dan konklusif.

[ Mas. Akta A967.]

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan tatatertib

(b)

boleh mengadakan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman itu boleh meliputi amaran, denda, pelucuthakan emolumen, penangguhan pergerakan gaji, pengurangan gaji, pernurunan pangkat dan buang kerja;

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 16c

Open as pageSuggest a correction

(2)

Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini—

(c)

hendaklah memberikan orang yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil peluang untuk membuat representasi terhadap pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadapnya sebelum keputusan dicapai oleh jawatankuasa tatatertib itu kecuali dalam hal-hal yang berikut:

Suggest a correction

(i)

jika seseorang pegawai atau penjawat Lembaga dibuang kerja atau diturunkan pangkat atas alasan kelakuan yang berkenaan dengannya suatu pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadapnya;

(ii)

jika Lembaga, atas syor Menteri yang dipertanggungkan dengan hal ehwal dalam negeri, berpuas hati bahawa demi kepentingan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya adalah tidak suai manfaat untuk menjalankan kehendak perenggan ini; atau

Suggest a correction

(iii)

jika telah dibuat terhadap seseorang pegawai atau penjawat Lembaga apa-apa perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau deportasi, atau jika telah dikenakan terhadap pegawai atau penjawat Lembaga apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan dengan bon atau selainnya, di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya, pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresen, atau perlindungan wanita dan gadis;

Suggest a correction
Suggest a correction

(d)

boleh mengadakan peruntukan bagi penahanan kerja dengan pengurangan emolumen pegawai atau penjawat Lembaga sementara menanti selesainya prosiding jenayah terhadapnya atau prosiding tatatertib terhadapnya dengan tujuan membuang kerja atau menurunkan pangkatnya; dan

Suggest a correction

(e)

boleh mengadakan peruntukan bagi penggantungan tanpa emolumen seseorang pegawai atau penjawat Lembaga jika pegawai atau penjawat itu telah disabitkan oleh mana-mana mahkamah jenayah atau jika suatu perintah tahanan atau sekatan telah dibuat berkenaan dengan atau dikenakan terhadap pegawai atau penjawat itu.

[ Mas. Akta A967.]

Pengenaan surcaj

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 16D

Open as pageSuggest a correction

(a)

tidak memungut apa-apa wang yang terhutang kepada Lembaga yang pemungutannya menjadi tanggungjawabnya;

Suggest a correction

(b)

adalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang daripada Lembaga yang tidak sepatutnya dibuat atau bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskan dengan sewajarnya;

Suggest a correction

(c)

adalah atau telah bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagi pemusnahan, apa-apa wang, barang simpanan atau harta lain Lembaga;

Suggest a correction

(d)

sebagai atau semasa menjadi pegawai perakaunan, tidak menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau

Suggest a correction

(e)

tidak membuat apa-apa pembayaran, atau adalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kelewatan dalam pembayaran wang daripada Lembaga kepada manamana orang yang kepadanya pembayaran itu kena dibuat di bawah mana-mana undang-undang atau di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan Lembaga.

Suggest a correction

(2)

Lembaga hendaklah, sebelum orang itu disurcaj, menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut disurcaj.

(a)

dalam hal subseksyen (1)(a), (b) dan (c), mensurcaj terhadap orang itu sejumlah wang yang tidak melebihi amaun yang tidak dipungut, atau apa-apa bayaran yang tidak sepatutnya dibuat, atau kekurangan dalam, atau pemusnahan harta yang dilakukan; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Jika penjelasan yang memuaskan hati tidak diterima dalam masa empat belas hari dari tarikh penyampaian notis yang disebut terdahulu, Lembaga boleh—

(b)

dalam hal subseksyen (1)(d) dan (e) mensurcaj terhadap orang itu apa-apa jumlah wang sebagaimana yang difikirkannya patut.

[ Mas. Akta A967.]

Pemberitahuan surcaj

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 16E

Open as pageSuggest a correction

Lembaga hendaklah memberitahu orang yang disurcaj berkenaan dengan surcaj yang dikenakan di bawah seksyen 16D(3).

[Mas. Akta A967.]

Seksyen 16F

Penarikan balik surcaj

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun seksyen 16D(3) dan 16E, Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan hati telah diterima atau jika ternyata selainnya bahawa tiada surcaj sepatutnya dibuat, dan Lembaga hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang yang disurcaj itu akan penarikan balik itu.

[Mas. Akta A967.]

Seksyen 16G

Mendapatkan surcaj

Open as pageSuggest a correction

Amaun apa-apa surcaj yang dikenakan di bawah seksyen 16D(3) dan tidak ditarik balik di bawah seksyen 16F hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Lembaga daripada orang yang terhadapnya surcaj itu dikenakan dan boleh dibawa guaman dan didapatkan dalam mana-mana mahkamah atas guaman Lembaga dan boleh juga, jika diarahkan sedemikian oleh Lembaga, didapatkan melalui potongan—

(b)

daripada pencen orang yang disurcaj, dengan ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu.

[ Mas. Akta A967.]

Keanggotaan Lembaga dalam kes khas

Suggest a correction

Seksyen 16H

Open as pageSuggest a correction

Dalam apa-apa tindakan bagi surcaj terhadap Pengurus Besar, keanggotaan Lembaga bagi maksud seksyen 16D dan 16G tidaklah termasuk Pengurus Besar.

[ Mas. Akta A967.]

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kumpulan Wang hendaklah mengandungi—

(a)

apa-apa wang sebagaimana yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud itu oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri;

Suggest a correction

(b)

apa-apa wang sebagaimana yang diuntukkan dari semasa ke semasa kepada Lembaga daripada wang pinjaman;

Suggest a correction

(c)

wang yang didapati daripada menjalankan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang;

Suggest a correction

(d)

wang yang didapati atau yang terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;

Suggest a correction

(e)

apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;

Suggest a correction

(f)

wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud menjelaskan mana-mana daripada obligasinya atau menjalankan mana-mana daripada kewajipannya; dan

Suggest a correction

(g)

segala wang atau harta lain yang boleh dengan apa-apa cara kena dibayar kepada, atau terletak hak pada, Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan kewajipannya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Dalam seksyen ini ungkapan "wang pinjaman" ertinya apa-apa wang sebagaimana yang dapat diadakan dari semasa ke semasa bagi Kerajaan Persekutuan atau Negeri sebagai pinjaman.

Pengimbangan akaun hasil

Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

Maka adalah menjadi kewajipan Lembaga untuk memelihara Kumpulan Wang dengan menjalankan dan menyempurnakan kuasa-kuasa, fungsi-fungsi dan kewajipan-kewajipannya di bawah Akta ini supaya jumlah hasil Lembaga, tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Menteri di bawah seksyen 8, cukup untuk membayar semua wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun hasilnya, termasuk, dengan tidak menyentuh keluasan makna ungkapan itu, peruntukan berkenaan dengan obligasinya di bawah seksyen 17 dan 19 dan kesusutan dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.

Seksyen 19

Kumpulan wang rizab

Open as pageSuggest a correction

Lembaga hendaklah menubuhkan dan menguruskan suatu kumpulan wang rizab dalam Kumpulan Wang itu.

Seksyen 20

Perbelanjaan hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang

Open as pageSuggest a correction

(a)

membayar segala perbelanjaan yang dilakukan di bawah seksyen 25;

Suggest a correction

(c)

membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Lembaga, termasuk bayaran ukur, guaman dan bayaran serta kos lain, dan saraan bagi pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat yang dilantik dan diambil bekerja oleh Lembaga, termasuk elaun persaraan, pencen atau ganjaran;

Suggest a correction

(d)

membayar apa-apa perbelanjaan atau kos lain yang dilakukan atau disetujui terima dengan sepatutnya oleh Lembaga dalam melaksanakan kewajipannya atau menjalankan fungsinya di bawah seksyen 4;

Suggest a correction

(e)

membeli atau menyewa loji, kelengkapan, jentera, barang-barang dan apa-apa bahan lain dan memperoleh tanah dan mendirikan bangunan-bangunan dan menjalankan apa-apa kerja dan usaha lain dalam melaksanakan kewajipannya atau menjalankan fungsinya di bawah seksyen 4;

Suggest a correction

(f)

membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah Akta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya; dan

Suggest a correction

(g)

pada amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Perbelanjaan dan penyediaan Anggaran

Suggest a correction

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sebelum permulaan bulan September setiap tahun, Lembaga hendaklah menghantar kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi projek-projek pembangunan) bagi tahun yang berikutnya mengikut apa-apa bentuk dan dengan mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri; dan sebelum permulaan tahun yang berikutnya itu Menteri hendaklah memberitahu Lembaga jumlah wang yang dibenarkan untuk perbelanjaan amnya atau jumlah wang yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan.

Suggest a correction

(3)

Lembaga boleh, pada bila-bila masa, menghantar kepada Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang dimasukkan dalam anggaran tambahan itu.

Suggest a correction

(4)

Menteri boleh mengarahkan Lembaga supaya menghantar salinan anggaran atau anggaran tambahan itu, mengikut manamana yang berkenaan, kepada Kerajaan Negeri atau kepada manamana orang lain sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu.

Akaun dan audit

Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akaun Lembaga hendaklah diaudit tiap-tiap tahun oleh Ketua Audit Negara atau juruaudit lain yang dilantik oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.

Suggest a correction

(3)

Selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, dan selepas sahaja akaun-akaun Lembaga diaudit, Lembaga hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan penyata akaun itu dihantar kepada Menteri atau, apabila diarahkan demikian oleh Menteri, kepada Kerajaan Negeri atau mana-mana orang lain, bersama dengan suatu salinan apa-apa pandangan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara atau juruaudit lain yang dilantik di bawah subseksyen (2) mengenai mana-mana penyata atau mengenai akaun-akaun Lembaga.

Suggest a correction

(4)

Menteri hendaklah menyebabkan dibentangkan suatu salinan tiap-tiap penyata dan pandangan itu di hadapan Dewan Rakyat.

Suggest a correction

Bahagian V

BAHAGIAN V

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dengan tidak menyentuh keluasan makna subseksyen (1), Lembaga boleh mewakilkan kuasa kepada Pengerusi, Pengurus Besar, mana-mana daripada anggotanya yang lain atau manamana orang untuk membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang atau mana-mana wang lain di bawah kawalan Lembaga hingga setakat yang dinyatakan oleh Lembaga dalam hal itu.

Kuasa untuk meminjam

Suggest a correction

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

(2)

Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri serta persetujuan Menteri Kewangan, meminjam wang dengan mengeluarkan bon, debentur atau saham debentur, atau mendapatkan modal dengan mengeluarkan syer atau saham daripada apa-apa kelas dan nilai dan atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya suai manfaat bagi segala atau mana-mana daripada maksud yang berikut:

(b)

menunaikan kewajipan-kewajipan Lembaga di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(c)

menunaikan apa-apa fungsi tambahan sebagaimana yang dijalankan oleh Lembaga di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(d)

menebus apa-apa syer atau saham yang ia dikehendaki atau berhak menebusnya; dan

Suggest a correction

(e)

apa-apa perbelanjaan lain yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun modal.

Pelaburan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

Aset Lembaga, setakat yang tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Lembaga di bawah Akta ini, hendaklah dilaburkan mengikut cara yang diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan.

Kuasa untuk mengambil kerja ejen

Seksyen 26

Kuasa untuk memberikan pinjaman

Open as pageSuggest a correction

Lembaga boleh mengambil kerja dan membayar ejen dan penasihat-penasihat teknik termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham, juruukur atau penilai atau orangorang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki diuruskan atau dilakukan dalam melaksanakan kewajipan-kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud-maksud Akta ini dengan cara yang lebih baik.

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

Pada melaksanakan kewajipannya atau pada menjalankan fungsinya Lembaga boleh memberikan pinjaman, dan pinjaman itu boleh diberikan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan oleh Lembaga patut dikenakan dalam hal-hal tertentu.

Seksyen 28

Kuasa untuk menubuhkan perbadanan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi perbadanan yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subseksyen (1).

Pengambilan tanah dengan paksa

Suggest a correction

Seksyen 29

Open as pageSuggest a correction

(2)

Perbelanjaan dan pampasan berkenaan dengan mana-mana harta tak alih yang diperoleh di bawah seksyen ini hendaklah dibayar oleh Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Apabila apa-apa harta tak alih telah diperoleh di bawah seksyen ini, Lembaga hendaklah mengambil cabutan suratan hakmilik yang perlu berkenaan dengan harta itu dan hendaklah membayar apa-apa cukai yang mungkin dikenakan atas harta itu.

Suggest a correction

Bahagian VI

BAHAGIAN VI

AM

Seksyen 31

Obligasi kerahsiaan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang yang melanggar peruntukan subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya.

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

Suggest a correction

Seksyen 32

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dengan tidak menyentuh subseksyen (1), peraturan peraturan di bawah subseksyen itu boleh dibuat bagi—

(a)

menetapkan cara bagaimana suratan,cek dan surat cara daripada apa-apa jenis akan ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Lembaga;

Suggest a correction

(b)

menetapkan tanggungjawab dan kawalan bagi pegawai dan penjawat Lembaga;

Suggest a correction

(c)

mengenakan bayaran dalam hal-hal yang ditentukan oleh Lembaga;

Suggest a correction

(d)

mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara berkaitan dengan syer, saham, bon, debentur atau saham debentur yang dikeluarkan di bawah Akta ini sebagaimana yang pada pendapat Lembaga perlu atau suai manfaat, dan khususnya, bagi mengadakan peraturan mengenai cara mengeluarkan, memindahkan hakmilik, menebus, atau urusan lain mengenai syer, saham, bon, debentur atau saham debentur itu;

Suggest a correction

(e)

menetapkan cara dan terma-terma dan syarat-syarat yang berdasarkannya pinjaman boleh diberikan oleh Lembaga di bawah seksyen 27; dan

Suggest a correction

(f)

mengadakan peruntukan secara am bagi menjalankan kuasa dan kewajipannya di bawah peruntukan peruntukan Akta ini.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Peraturan-peraturan itu boleh—

(a)

menetapkan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar peruntukan mana-mana peraturan adalah menjadi suatu kesalahan; dan

Suggest a correction

(b)

mengadakan peruntukan bagi mengenakan penalti kerana kesalahan-kesalahan itu, dan penalti-penalti itu tidak boleh lebih daripada satu ribu ringgit.

Perkara-perkara yang dilakukan dengan menjangkakan Akta ini akan diisytiharkan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 33

Open as pageSuggest a correction

Segala perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa bagi pihak Lembaga pada dan bagi menyediakan pelaksanaan yang sepatutnya mengenai mana-mana peruntukan Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan yang berhubungan dengannya dengan menjangkakan bahawa Akta ini akan diisytiharkan hendaklah disifatkan telah diberi kuasa oleh Akta ini; dan segala hak dan obligasi yang diperoleh atau dikenakan bagi pihak Lembaga daripada apa-apa perkara atau apa-apa perbelanjaan yang dilakukan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai hak dan obligasi Lembaga apabila Akta ini mula berkuat kuasa.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL PERTAMA

[Seksyen 5(2)]

Terma-terma dan syarat-syarat pelantikan, pembatalan dan peletakan jawatan

1. (1) Seseorang anggota Lembaga hendaklah memegang jawatan selama sesuatu tempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dalam surat cara pelantikannya.

(2)

Pelantikan seseorang anggota boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri tanpa memberikan apa-apa sebab baginya.

(3)

Seseorang anggota boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan mengutuskan surat yang dialamatkan kepada Menteri.

(4)

Seseorang anggota hendaklah menumpukan seberapa banyak masa yang perlu bagi menjalankan kewajipan-kewajipannya terhadap urusan Lembaga.

Jawatan disifatkan telah dikosongkan

2. (1) Jawatan seseorang anggota Lembaga hendaklah dikosongkan—

(a)

jika dia mati;

(b)

jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan mengenai—

(i)

kesalahan berkenaan dengan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (hukuman pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;

(c)

jika dia menjadi bankrap;

(d)

jika dia tidak sempurna akal atau kerana apa-apa sebab lain tidak berupaya menjalankan kewajipannya;

(e)

jika dia tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Lembaga;

(f)

sekiranya peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau

(g)

jika pelantikannya dibatalkan.

(2)

Jika seseorang anggota itu terhenti menjadi anggota oleh sebab manamana peruntukan Akta ini, seorang lain hendaklah dilantik untuk menggantikannya mengikut peruntukan-peruntukan yang terpakai bagi anggota itu.

Saraan dan elaun

3. Maka hendaklah dibayar kepada anggota-anggota Lembaga atau manamana orang lain apa-apa gaji, saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga selepas berunding dengan Menteri.

Mesyuarat

(3)

Dalam semua mesyuarat Lembaga, Pengerusi atau jika dia tidak hadir, Timbalan Pengerusi atau jika kedua-dua orang itu tidak hadir, seorang anggota yang dipilih oleh anggota yang hadir, hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.

(2)

Kuorum Lembaga ialah enam orang.

4. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali sebulan.

(4)

Jika atas apa-apa persoalan yang hendak diputuskan oleh Lembaga terdapat bilangan undi yang sama banyaknya, Pengerusi atau anggota yang mempengerusikan mesyuarat itu adalah berhak memberi undi pemutus selain undi biasanya.

(5)

Tertakluk kepada subperenggan (1), (2), (3) dan (4), Lembaga hendaklah menetapkan tatacaranya sendiri.

Lembaga boleh mempelawa orang lain untuk menghadiri mesyuarat

5. Lembaga boleh meminta sesiapa jua (yang bukan anggota Lembaga) untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau penimbangtelitian Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi sesiapa yang hadir sedemikian tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat atau penimbangtelitian tersebut.

Meterai perbadanan

6. (1) Lembaga hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi sesuatu tanda yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.

(2)

Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga suatu cap yang mengandungi perkataan "Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah" boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Lembaga.

(3)

Meterai perbadanan itu atau cap yang disebut dalam subperenggan (2) hendaklah berada dalam jagaan Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga, dan hendaklah disahkan oleh Pengerusi atau oleh orang yang diberi kuasa itu atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh salah seorang daripada mereka dengan bertulis; dan semua surat ikatan, suratan dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai tersebut, disahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya:

Dengan syarat bahawa apa-apa suratan atau surat cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak akan dikehendaki dimeteraikan dengan meterai itu boleh disempurnakan oleh Lembaga dengan cara demikian itu juga dan mana-mana suratan atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Lembaga oleh mana-mana pegawai atau penjawat Lembaga yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Lembaga bagi maksud itu.

(4)

Meterai Lembaga hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Penzahiran kepentingan

7. Seseorang anggota Lembaga yang, secara langsung atau secara tidak langsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya, apa-apa kepentingan dalam sesuatu syarikat atau usaha yang dengannya Lembaga bercadang hendak membuat apa-apa kontrak atau yang mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga hendaklah menzahirkan kepada Lembaga hal dan jenis kepentingannya itu, dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga dan, melainkan jika dibenarkan dengan khusus oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa penimbangtelitian atau keputusan Lembaga yang berhubungan dengan kontrak itu.

Minit

8. (1) Lembaga hendaklah menyebabkan disenggarakan dan disimpan minit mengenai segala mesyuarat Lembaga dalam bentuk yang sepatutnya.

(2)

Sesuatu minit yang dibuat mengenai mesyuarat Lembaga, jika ditandatangani dengan sewajarnya boleh diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya dan tiap-tiap mesyuarat Lembaga yang minit-minit mengenai prosidingnya telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

Sahnya perbuatan dan prosiding

9. Tiada apa-apa perbuatan yang dilakukan atau tiada apa-apa prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan—

(a)

bahawa ada sesuatu kekosongan di kalangan anggota, atau sesuatu kecacatan dalam keanggotaan, Lembaga;

(b)

bahawa ada sesuatu yang bersalahan pada pihak seseorang anggota Lembaga berhubung dengan penzahiran yang dibuat olehnya mengenai kepentingannya; atau

(c)

bahawa ada sesuatu peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh buruk baiknya sesuatu perkara.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KEDUA

[Seksyen 28(2)]

Kuasa Lembaga untuk membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan

1. Lembaga hendaklah, pada atau sebelum tarikh sesuatu perbadanan ditubuhkan di bawah seksyen 28, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan itu yang menentukan—

(a)

maksud-maksud dan tujuan-tujuan perbadanan itu ditubuhkan;

(b)

hak-hak, kuasa-kuasa, kewajipan-kewajipan dan fungsi-fungsi perbadanan itu;

(c)

sistem pengurusannya; dan

(d)

hubungan antara perbadanan itu dengan Lembaga dan hak-hak pengawalannya ke atas perbadanan itu.

Kecualian

2. Tiada apa-apa jua dalam perenggan 1 boleh disifatkan memberi kuasa kepada Lembaga untuk membuat peraturan-peraturan untuk menubuhkan sesuatu perbadanan bagi apa-apa maksud atau tujuan yang lebih luas bidangnya daripada maksud-maksud atau tujuan-tujuan Lembaga telah ditubuhkan atau memberi kepada sesuatu perbadanan apa-apa hak, kewajipan, kuasa atau fungsi yang tidak termasuk antara hak, kewajipan, kuasa atau fungsi Lembaga di bawah Akta ini.

Peraturan-peraturan tertakluk kepada Akta

3. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan peruntukan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 32, sesuatu perbadanan hendaklah terikat kepada mana-mana peraturan yang dibuat berkenaan dengannya di bawah perenggan 1 dan peraturan-peraturan itu hendaklah berkuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah peraturan-peraturan itu telah diperbuat dalam Akta ini.

Pindaan peraturan-peraturan

4. Lembaga boleh pada bila-bila masa meminda, membatalkan atau membuat tambahan kepada, mana-mana peraturan yang dibuat berkenaan dengan sesuatu perbadanan di bawah perenggan 1 dan seksyen 34 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], hendaklah terpakai bagi mana-mana peraturan yang dipinda atau dibatalkan itu seolah-olah peraturan itu ialah undang-undang bertulis.

Daftar perbadanan

5. Lembaga hendaklah menyimpan suatu daftar dalam bentuk yang ditetapkan mengenai semua perbadanan yang ditubuhkan olehnya di bawah seksyen 28 dan daftar itu bersama dengan salinan segala peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 hendaklah terbuka untuk diperiksa oleh awam di mana-mana tempat atau tempat-tempat dan pada bila-bila masa yang ditetapkan olehnya.

Penggulungan

6. (1) Lembaga boleh dengan perintah yang disiarkan dalam Warta mengarahkan supaya mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulung dan dibubarkan.

(2)

Apabila sesuatu perbadanan dibubarkan di bawah perenggan ini, aset perbadanan itu hendaklah dipindahkan hakmilik dan diletakhakkan pada Lembaga selepas pembayaran segala tanggungan.

(3)

Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah perenggan ini hendaklah dijalankan dengan apa-apa cara yang ditetapkan oleh Lembaga.

Perbadanan hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan

7. Tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan dengan apa-apa nama yang diberikan oleh

Lembaga dan hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh mendakwa dan didakwa atas nama itu, dan bagi maksud melaksanakan projek pembangunan berdaftar yang kerananya ia telah ditubuhkan ia boleh membuat kontrak dan boleh memegang, berniaga atau membuat apa-apa urusan berkenaan dengan harta alih atau harta tak alih dan boleh melakukan segala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan, yang tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini dan dengan tertakluk kepada apa-apa sekatan atau batasan yang ditetapkan oleh Lembaga dalam setiap kes.

Meterai perbadanan bagi perbadanan

8. (1) Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi sesuatu tanda yang diluluskan oleh perbadanan dengan persetujuan Lembaga, dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu oleh perbadanan dengan persetujuan Lembaga, sebagaimana yang difikirkannya patut.

(2)

Sehingga suatu meterai diadakan oleh perbadanan di bawah perenggan ini suatu cap yang mengandungi nama perbadanan melingkungi huruf "LKTT" boleh digunakan sebagai suatu meterai perbadanan.

(3)

Meterai perbadanan itu atau cap yang disebut dalam subperenggan (2) hendaklah berada dalam jagaan seseorang yang diarahkan oleh perbadanan dan hendaklah disahkan oleh orang itu; dan semua surat ikatan, suratan dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai tersebut, disahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sahnya sehingga dibuktikan sebaliknya:

Dengan syarat bahawa apa-apa suratan atau surat cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak akan dikehendaki dimeteraikan dengan meterai boleh disempurnakan dengan cara demikian itu juga oleh perbadanan; dan mana-mana suratan atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak perbadanan oleh mana-mana pegawai atau penjawat perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh perbadanan bagi maksud itu.

(4)

Meterai tiap-tiap perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Akta 104

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang memindaTajuk ringkasBerkuat kuasa dariAkta A255...Akta Lembaga Kemajuan Trengganu Tengah(Pindaan)197414-6-1974Akta 160...Akta Mata Wang Malaysia(Ringgit)197529-8-1975Akta A445...Akta Lembaga Kemajuan Trengganu Tengah(Pindaan)197916-2-1979Akta A520...Akta Lembaga Kemajuan(Pindaan)19811-1-1981Akta 478...Akta Pembatalan Pengecualian Daripada Bayaran Duti-Duti Setem199221-2-1992Akta A967...Akta Lembaga Kemajuan Trengganu Tengah(Pindaan)199627-9-1996

Common questions

What is FISHERIES ACT 1963?
Akta 210 is Malaysia Act, cited as Act 210 1963, currently marked repealed and first recorded in 1963.
Is FISHERIES ACT 1963 still in force?
No — FISHERIES ACT 1963 has been repealed.
When did FISHERIES ACT 1963 take effect?
FISHERIES ACT 1963 was first recorded in 1963.
How many sections does FISHERIES ACT 1963 have?
FISHERIES ACT 1963 contains 41 sections.
Where can I read the official version of FISHERIES ACT 1963?
The official text of FISHERIES ACT 1963 is published at lom.agc.gov.my.
Akta 210 (1963) | mylaw.my