Malaysia legislation
Section 11
of Akta 210
Seksyen 11
Penyata, laporan, akaun dan maklumat
(2)
Dengan tidak menyentuh keluasan makna peruntukan subseksyen (1), Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, selepas berakhir setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Menteri dan, jika diarahkan sedemikian oleh Menteri, kepada Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa awam lain, suatu laporan berkenaan dengan kegiatan-kegiatan Lembaga dalam masa tahun kewangan yang sebelumnya dan mengikut apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosidng dan dasar
Lembaga sebagaimana yang dinyatakan dari semasa ke semasa oleh Menteri.