Malaysia legislation
Section 13
of Akta 210
Seksyen 13
(2)
Pengurus Besar hendaklah bertanggungjawab bagi menjalankan segala program, skim atau projek, bagi melaksanakan keputusan-keputusan Lembaga dan arahan-arahan Pengerusi.
(3)
Pengurus Besar adalah bertanggungjawab kepada Pengerusi.
(4)
Tertakluk kepada arahan Pengerusi, Pengurus Besar hendaklah mempunyai kawalan pentadbiran ke atas pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat Lembaga.
(5)
Pengurus Besar hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain atau tambahan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga atau Menteri dari semasa ke semasa, atau sebagaimana yang diarahkan oleh Pengerusi dari semasa ke semasa.
(6)
Jika Pengurus Besar tidak ada dalam Malaysia buat sementara atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang cukup untuk melaksanakan kewajipannya, Lembaga boleh mengarahkan mana-mana anggota atau pegawai atau penjawat Lembaga supaya melaksanakan kewajipan Pengurus Besar itu dalam masa dia tidak ada buat sementara atau tidak berupaya kerana apa-apa sebab lain itu.
(7)
Tertakluk kepada apa-apa syarat, had atau sekatan yang difikirkannya patut, Lembaga boleh mengarahkan supaya manamana atau segala kuasa, kewajipan atau fungsi yang terletak hak atau yang dikenakan pada Pengurus Besar menurut Akta ini dijalankan atau dilaksanakan oleh mana-mana pegawai atau penjawat Lembaga dan selepas itu Pengurus Besar itu tidak boleh lagi menjalankan atau melaksanakan kuasa, kewajipan atau fungsi itu.
Penyusunan Lembaga kepada Bahagian-Bahagian