Malaysia legislation
Section 16A
of Akta 210
Seksyen 16A
(2)
Bagi maksud seksyen ini—
(a)
maka hendaklah ditubuhkan jawatankuasa tatatertib Lembaga berkenaan dengan Pengurus Besar yang terdiri daripada—
(i)
Ketua Setiausaha Kementerian, yang hendaklah menjadi pengerusi jawatankuasa itu; dan
(ii)
dua orang anggota Lembaga yang hendaklah dilantik oleh Lembaga; dan
(b)
Lembaga boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan jawatankuasa tatatertib yang berlainan bagi kategori berlainan pegawai atau penjawat Lembaga.
(3)
Yang berikut hendaklah terpakai bagi mana-mana jawatankuasa tatatertib yang ditubuhkan menurut subseksyen (2)(b):
(a)
jawatankuasa itu hendaklah terdiri daripada apa-apa bilangan anggota Lembaga, selain Pengerusi Lembaga, atau pegawai Lembaga, atau apa-apa kombinasi anggota dan pegawai itu; dan
(b)
seseorang pegawai yang menjadi anggota sesuatu jawatankuasa tatatertib tidaklah boleh lebih rendah pangkatnya daripada mana-mana pegawai atau penjawat yang ke atasnya jawatankuasa yang dia menjadi anggota mempunyai kuasa tatatertib.
(4)
Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (2)(b) hendaklah menjalankan kuasanya dalam segala perkara yang berhubungan dengan tatatertib pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat yang diletakkan di bawah bidang kuasanya.
(5)
Pada menjalankan fungsi dan kuasa tatatertibnya, sesuatu jawatankuasa tatatertib yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib atau apa-apa kombinasi dua hukuman tatatertib atau lebih sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 16c.
[Mas. Akta A967.]
Rayuan terhadap keputusan jawatankuasa tatatertib