Malaysia legislation
Section 16B
of Akta 210
Seksyen 16B
(2)
Keputusan mana-mana jawatankuasa tatatertib di bawah seksyen 16A(2)(b) bolehlah dirayu kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib yang hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
(a)
Pengerusi Lembaga, yang hendaklah menjadi pengerusi Jawatankuasa Rayuan Tatatertib dan mempunyai undi pemutus; dan
(b)
tiga orang anggota Lembaga, yang bukan anggota jawatankuasa tatatertib yang keputusannya adalah hal perkara rayuan itu, yang hendaklah dilantik oleh pengerusi Jawatankuasa Rayuan Tatatertib dengan kelulusan Lembaga bagi maksud rayuan itu.
(3)
Menteri atau Jawatankuasa Rayuan Tatatertib, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan jawatankuasa tatatertib.
(4)
Apabila Jawatankuasa Rayuan Tatatertib menimbangkan sesuatu rayuan di bawah subseksyen (2), seorang anggota jawatankuasa tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat yang juga anggota Lembaga tidak boleh hadir pada atau dengan apa-apa cara mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding yang berhubungan dengan rayuan itu.
(5)
Keputusan Menteri atau Jawatankuasa Rayuan Tatatertib di bawah subseksyen (3) adalah muktamad dan konklusif.
[ Mas. Akta A967.]
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan tatatertib
(b)
boleh mengadakan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman itu boleh meliputi amaran, denda, pelucuthakan emolumen, penangguhan pergerakan gaji, pengurangan gaji, pernurunan pangkat dan buang kerja;