Malaysia legislation

Section 16c

of Akta 210

Seksyen 16c

(2)

Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini—

(a)

boleh mewujudkan kesalahan tatatertib;

(c)

hendaklah memberikan orang yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil peluang untuk membuat representasi terhadap pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadapnya sebelum keputusan dicapai oleh jawatankuasa tatatertib itu kecuali dalam hal-hal yang berikut:

(i)

jika seseorang pegawai atau penjawat Lembaga dibuang kerja atau diturunkan pangkat atas alasan kelakuan yang berkenaan dengannya suatu pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadapnya;

(ii)

jika Lembaga, atas syor Menteri yang dipertanggungkan dengan hal ehwal dalam negeri, berpuas hati bahawa demi kepentingan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya adalah tidak suai manfaat untuk menjalankan kehendak perenggan ini; atau

(iii)

jika telah dibuat terhadap seseorang pegawai atau penjawat Lembaga apa-apa perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau deportasi, atau jika telah dikenakan terhadap pegawai atau penjawat Lembaga apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan dengan bon atau selainnya, di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya, pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresen, atau perlindungan wanita dan gadis;

(d)

boleh mengadakan peruntukan bagi penahanan kerja dengan pengurangan emolumen pegawai atau penjawat Lembaga sementara menanti selesainya prosiding jenayah terhadapnya atau prosiding tatatertib terhadapnya dengan tujuan membuang kerja atau menurunkan pangkatnya; dan

(e)

boleh mengadakan peruntukan bagi penggantungan tanpa emolumen seseorang pegawai atau penjawat Lembaga jika pegawai atau penjawat itu telah disabitkan oleh mana-mana mahkamah jenayah atau jika suatu perintah tahanan atau sekatan telah dibuat berkenaan dengan atau dikenakan terhadap pegawai atau penjawat itu.

[ Mas. Akta A967.]

Pengenaan surcaj