Malaysia legislation

Section 16G

of Akta 210

Seksyen 16G

Mendapatkan surcaj

Amaun apa-apa surcaj yang dikenakan di bawah seksyen 16D(3) dan tidak ditarik balik di bawah seksyen 16F hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Lembaga daripada orang yang terhadapnya surcaj itu dikenakan dan boleh dibawa guaman dan didapatkan dalam mana-mana mahkamah atas guaman Lembaga dan boleh juga, jika diarahkan sedemikian oleh Lembaga, didapatkan melalui potongan—

(a)

daripada gaji orang yang disurcaj; atau

(b)

daripada pencen orang yang disurcaj, dengan ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu.

[ Mas. Akta A967.]

Keanggotaan Lembaga dalam kes khas