Malaysia legislation

Section 17

of Akta 210

Seksyen 17

(2)

Kumpulan Wang hendaklah mengandungi—

(a)

apa-apa wang sebagaimana yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud itu oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri;

(b)

apa-apa wang sebagaimana yang diuntukkan dari semasa ke semasa kepada Lembaga daripada wang pinjaman;

(c)

wang yang didapati daripada menjalankan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang;

(d)

wang yang didapati atau yang terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;

(e)

apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;

(f)

wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud menjelaskan mana-mana daripada obligasinya atau menjalankan mana-mana daripada kewajipannya; dan

(g)

segala wang atau harta lain yang boleh dengan apa-apa cara kena dibayar kepada, atau terletak hak pada, Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan kewajipannya.

(3)

Dalam seksyen ini ungkapan "wang pinjaman" ertinya apa-apa wang sebagaimana yang dapat diadakan dari semasa ke semasa bagi Kerajaan Persekutuan atau Negeri sebagai pinjaman.

Pengimbangan akaun hasil