Malaysia legislation
Section 18
of Akta 210
Seksyen 18
Maka adalah menjadi kewajipan Lembaga untuk memelihara Kumpulan Wang dengan menjalankan dan menyempurnakan kuasa-kuasa, fungsi-fungsi dan kewajipan-kewajipannya di bawah Akta ini supaya jumlah hasil Lembaga, tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Menteri di bawah seksyen 8, cukup untuk membayar semua wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun hasilnya, termasuk, dengan tidak menyentuh keluasan makna ungkapan itu, peruntukan berkenaan dengan obligasinya di bawah seksyen 17 dan 19 dan kesusutan dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.