Malaysia legislation
Section 20
of Akta 210
Seksyen 20
Perbelanjaan hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang
(a)
membayar segala perbelanjaan yang dilakukan di bawah seksyen 25;
(b)
memberikan pinjaman di bawah seksyen 27;
(c)
membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Lembaga, termasuk bayaran ukur, guaman dan bayaran serta kos lain, dan saraan bagi pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat yang dilantik dan diambil bekerja oleh Lembaga, termasuk elaun persaraan, pencen atau ganjaran;
(d)
membayar apa-apa perbelanjaan atau kos lain yang dilakukan atau disetujui terima dengan sepatutnya oleh Lembaga dalam melaksanakan kewajipannya atau menjalankan fungsinya di bawah seksyen 4;
(e)
membeli atau menyewa loji, kelengkapan, jentera, barang-barang dan apa-apa bahan lain dan memperoleh tanah dan mendirikan bangunan-bangunan dan menjalankan apa-apa kerja dan usaha lain dalam melaksanakan kewajipannya atau menjalankan fungsinya di bawah seksyen 4;
(f)
membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah Akta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya; dan
(g)
pada amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.
Perbelanjaan dan penyediaan Anggaran