Malaysia legislation
Section 22
of Akta 210
Seksyen 22
(2)
Akaun Lembaga hendaklah diaudit tiap-tiap tahun oleh Ketua Audit Negara atau juruaudit lain yang dilantik oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.
(3)
Selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, dan selepas sahaja akaun-akaun Lembaga diaudit, Lembaga hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan penyata akaun itu dihantar kepada Menteri atau, apabila diarahkan demikian oleh Menteri, kepada Kerajaan Negeri atau mana-mana orang lain, bersama dengan suatu salinan apa-apa pandangan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara atau juruaudit lain yang dilantik di bawah subseksyen (2) mengenai mana-mana penyata atau mengenai akaun-akaun Lembaga.
(4)
Menteri hendaklah menyebabkan dibentangkan suatu salinan tiap-tiap penyata dan pandangan itu di hadapan Dewan Rakyat.