Malaysia legislation

Section 32

of Akta 210

Seksyen 32

(2)

Dengan tidak menyentuh subseksyen (1), peraturan peraturan di bawah subseksyen itu boleh dibuat bagi—

(a)

menetapkan cara bagaimana suratan,cek dan surat cara daripada apa-apa jenis akan ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Lembaga;

(b)

menetapkan tanggungjawab dan kawalan bagi pegawai dan penjawat Lembaga;

(c)

mengenakan bayaran dalam hal-hal yang ditentukan oleh Lembaga;

(d)

mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara berkaitan dengan syer, saham, bon, debentur atau saham debentur yang dikeluarkan di bawah Akta ini sebagaimana yang pada pendapat Lembaga perlu atau suai manfaat, dan khususnya, bagi mengadakan peraturan mengenai cara mengeluarkan, memindahkan hakmilik, menebus, atau urusan lain mengenai syer, saham, bon, debentur atau saham debentur itu;

(e)

menetapkan cara dan terma-terma dan syarat-syarat yang berdasarkannya pinjaman boleh diberikan oleh Lembaga di bawah seksyen 27; dan

(f)

mengadakan peruntukan secara am bagi menjalankan kuasa dan kewajipannya di bawah peruntukan peruntukan Akta ini.

(3)

Peraturan-peraturan itu boleh—

(a)

menetapkan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar peruntukan mana-mana peraturan adalah menjadi suatu kesalahan; dan

(b)

mengadakan peruntukan bagi mengenakan penalti kerana kesalahan-kesalahan itu, dan penalti-penalti itu tidak boleh lebih daripada satu ribu ringgit.

Perkara-perkara yang dilakukan dengan menjangkakan Akta ini akan diisytiharkan

Section 32 — FISHERIES ACT 1963 | mylaw.my