Malaysia legislation
Section 3
of Akta 210
Seksyen 3
Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama "Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah" yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh mendakwa dan didakwa atas namanya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak, dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan cara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Lembaga mengikut apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya patut.