Malaysia legislation
Section 4
of Akta 210
Seksyen 4
Fungsi Lembaga
(a)
memajukan, menggalakkan, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Kawasan Terengganu Tengah;
(b)
memajukan, menggalakkan, membantu dan mengusahakan pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan komersial dalam Kawasan Terengganu Tengah; dan
(c)
mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan kegiatankegiatan yang disebut terdahulu dalam Kawasan Terengganu Tengah.
(2)
Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau semunasabahnya perlu atau yang bersampingan dengan penjalanan fungsi-fungsinya, dan khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan kuasa yang disebut terdahulu—
(a)
menjalankan segala kegiatan khususnya dalam perusahaan komersial dan perindustrian, yang penjalanannya difikirkan dikehendaki, berfaedah atau mudah untuk atau berkenaan dengan penjalanan fungsi-fungsi yang tersebut itu, termasuk membuat, memasang, memproses, membungkus, memeringkatkan dan memasarkan keluarankeluaran, penyelidikan dan latihan;
(b)
memulakan kajian permulaan tentang kawasan-kawasan pembangunan dan pembangunan semula yang mungkin dan membuat rancangan-rancangan permulaan yang menerangkan secara kasar kegiatan-kegiatan pembangunan atau pembangunan semula dan tinjauan permulaan untuk menentukan sama ada projek pembangunan atau projek pembangunan semula mungkin boleh dijalankan dan dilaksanakan;
(c)
bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat, mana-mana perbadanan, manamana badan atau mana-mana orang atau bertindak sebagai ejen atau ejen pengurus baginya atau dengan cara lain bertindak bersama dengannya atau bagi pihaknya;
(d)
memajukan dan menyelaraskan penjalanan kegiatankegiatan itu oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat, perbadanan, atau badan atau orang lain;
(e)
menubuhkan atau memperbesar, atau memajukan penubuhan atau pembesaran syarikat, perbadanan atau badan lain untuk menjalankan mana-mana kegiatan itu sama ada kesemua atau sebahagiannya di bawah kawalan Lembaga atau secara bebas;
(f)
memberikan bantuan kepada mana-mana pihak berkuasa awam, syarikat, perbadanan atau mana-mana badan atau orang lain yang, pada pendapat Lembaga mempunyai kemudahan-kemudahan untuk menjalankan mana-mana kegiatan itu, termasuk bantuan kewangan dengan mengambil syer atau modal pinjamannya atau dengan memberikan pinjaman atau dengan cara lain;
(g)
membeli, menanggung beli atau dengan cara lain memperoleh apa-apa saham dan syer dalam mana-mana syarikat awam atau persendirian, dan melupuskannya atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;
(h)
menghendaki jabatan-jabatan, dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang menjalankan atau bercadang hendak menjalankan pembangunan dalam Kawasan Terengganu Tengah supaya mengemukakan laporan yang mengandungi butir-butir dan maklumat yang dinyatakan oleh Lembaga berkenaan dengan kegiatan-kegiatannya atau kegiatan-kegiatan yang dicadangkan olehnya;
(i)
melantik ejen atau menubuhkan badan-badan lain yang difikirkan patut olehnya bagi maksud menjalankan fungsi-fungsinya;
(j)
mengenakan bayaran atau apa-apa caj lain sebagaimana yang difikirkan patut olehnya bagi melaksanakan manamana kuasa atau fungsinya;
(k)
menerima apa-apa komisen atau bayaran sebagaimana yang dipersetujui sebagai balasan bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang telah diberikan olehnya;
(l)
mengadakan peraturan mengenai pembangunan dalam Kawasan Terengganu Tengah; dan
(m)
melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan patut bagi menjalankan fungsi-fungsi dan kuasa-kuasanya dengan berkesan.