Malaysia legislation

Section 11

of AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67

Seksyen 11

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dengan nyata, apabila sesuatu borang dalam bahasa Inggeris ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis, terjemahan borang itu dalam bahasa kebangsaan oleh orang atau pihak berkuasa yang ditetapkan dari semasa ke semasa dengan perintah oleh Perdana

Menteri boleh digunakan bagi segala maksud yang baginya borang itu boleh digunakan jika borang itu dalam bahasa Inggeris.