/akn/my/act/act/1963/32

AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1963
Sections
13
Languages
EN · MS

Quick answer

About this act

AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67 is Malaysia Act, cited as Act 32 1963, currently marked in force and first recorded in 1963.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta bagi menyatukan undang-undang berhubung dengan penggunaan bahasa kebangsaan. [Semenanjung Malaysia—Seksyen 9 hingga 11— 11 April 1963, Akta 10 tahun 1963; Yang lain-lain—1 September 1967, Akta 7 tahun 1967] Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dan hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (2), dipakai di seluruh Malaysia.

Suggest a correction

(2)

Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa di Negeri Sabah dan Sarawak pada tarikh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa

Negeri masing-masing, melalui enakmen Badan Perundangan

Negeri masing-masing dan tarikh yang berlainan boleh ditetapkan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan dalam Akta ini di Negeri-Negeri itu.

Bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi

Suggest a correction

Seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini dan tertakluk kepada perlindungan-perlindungan yang terkandung dalam Perkara 152(1) Perlembagaan berhubung dengan mana-mana bahasa lain dan bahasa mana-mana kaum lain di Malaysia bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi.

Seksyen 3

Penggunaan terjemahan

Open as pageSuggest a correction

Kerajaan Persekutuan atau hak Kerajaan mana-mana Negeri untuk 032b.fm Page 5 Monday, March 27, 2006 4:55 PM

6

Undang-Undang Malaysia

AKTA 32

menggunakan apa-apa terjemahan dokumen atau perutusan rasmi dalam mana-mana bahasa lain bagi apa-apa maksud yang difikirkan perlu demi kepentingan awam.

Seksyen 4

Penggunaan berterusan bahasa Inggeris boleh dibenarkan

Open as pageSuggest a correction

Yang di-Pertuan Agong boleh membenarkan penggunaan berterusan bahasa Inggeris bagi apa-apa maksud rasmi sebagaimana yang difikirkan patut.

Penggunaan bahasa Inggeris boleh dibenarkan dalam

Seksyen 5

Parlimen dan Dewan Undangan

Open as pageSuggest a correction

Rakyat dan Yang di-Pertua Dewan Undangan mana-mana Negeri, atau seseorang lain yang sedang menjalankan fungsi mana-mana jawatan itu, boleh membenarkan seseorang anggota mana-mana satu Majlis Parlimen atau seseorang anggota Dewan Undangan menggunakan bahasa Inggeris apabila memberikan ucapan kepada, ataupun apabila mengambil bahagian dalam kerja, Majlis

Parlimen atau Dewan Undangan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Seksyen 6

Teks sahih undang-undang

Open as pageSuggest a correction

(a)

bagi segala Rang Undang-Undang yang akan dikemukakan atau pindaan kepadanya yang akan dicadangkan dalam Parlimen atau mana-mana Dewan

Undangan Negeri;

Suggest a correction

(b)

bagi segala Akta Parlimen dan segala perundangan subsidiari yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan;

Suggest a correction

(c)

bagi segala Enakmen dan perundangan subsidiari yang dikeluarkan oleh mana-mana Kerajaan Negeri; dan

Suggest a correction

(d)

bagi segala Ordinan yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong, hendaklah dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa Inggeris, dan teks dalam bahasa kebangsaan itu adalah sahih melainkan jika 032b.fm Page 6 Monday, March 27, 2006 4:55 PM

Bahasa Kebangsaan 7

Yang di-Pertuan Agong menetapkan sebaliknya sama ada secara am atau bagi mana-mana undang-undang atau jenis undang-undang yang tertentu.

Undang-undang bertulis yang diperbuat sebelum 1

September 1967

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(1)

Jika mana-mana undang-undang bertulis yang diperbuat sebelum satu hari bulan September 1967 telah diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan, Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan terjemahan undang-undang itu sebagai sahih.

Suggest a correction

(2)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen 6 boleh dipakai bagi pindaan mana-mana undang-undang bertulis yang diperbuat sebelum satu hari bulan September 1967, sehingga undang-undang bertulis itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan dan terjemahan itu telah ditetapkan sebagai sahih.

Bahasa Mahkamah

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

Segala prosiding (selain pemberian keterangan oleh seseorang saksi) dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah

Rayuan, Mahkamah Tinggi atau mana-mana Mahkamah Rendah hendaklah dalam bahasa kebangsaan:

Dengan syarat bahawa Mahkamah boleh, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas permintaan mana-mana pihak dalam mana-mana prosiding dan selepas menimbangkan kepentingan keadilan dalam prosiding itu, memerintahkan supaya prosiding itu (selain pemberian keterangan oleh seseorang saksi)

dijalankan sebahagiannya dalam bahasa kebangsaan dan sebahagiannya dalam bahasa Inggeris.

Seksyen 9

Tulisan bagi bahasa kebangsaan

Open as pageSuggest a correction

Tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi: dengan syarat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu, yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi, bagi bahasa kebangsaan.

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dengan nyata, apabila sesuatu borang dalam bahasa Inggeris ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis, terjemahan borang itu dalam bahasa kebangsaan oleh orang atau pihak berkuasa yang ditetapkan dari semasa ke semasa dengan perintah oleh Perdana

Menteri boleh digunakan bagi segala maksud yang baginya borang itu boleh digunakan jika borang itu dalam bahasa Inggeris.

Seksyen 032b

Suggest a correction

fm Page 8 Monday, March 27, 2006 4:55 PM

9

Akta 32

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A554

Akta Bahasa Kebangsaan (Pindaan dan Peluasan) 1983 13-05-1983

Akta A765

Akta Bahasa Kebangsaan (Pindaan)

1990 30-03-1990

Akta A885

Akta Perlembagaan (Pindaan) 1994 24-06-1994

Akta A901

Akta Bahasa Kebangsaan (Pindaan)

1994 09-09-1994 032b.fm Page 9 Monday, March 27, 2006 4:55 PM

10

Akta 32

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari 1

Akta A554 13-05-1983 5

Akta A554 13-05-1983 8

Akta A765 30-03-1990

Akta A885 24-06-1994

Akta A901 09-09-1994 032b.fm Page 10 Monday, March 27, 2006 4:55 PM

Common questions

What is NATIONAL LANGUAGE ACTS 1963/67?
AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67 is Malaysia Act, cited as Act 32 1963, currently marked in force and first recorded in 1963.
Is NATIONAL LANGUAGE ACTS 1963/67 still in force?
Yes — NATIONAL LANGUAGE ACTS 1963/67 is currently in force.
When did NATIONAL LANGUAGE ACTS 1963/67 take effect?
NATIONAL LANGUAGE ACTS 1963/67 was first recorded in 1963.
How many sections does NATIONAL LANGUAGE ACTS 1963/67 have?
NATIONAL LANGUAGE ACTS 1963/67 contains 13 sections.
Where can I read the official version of NATIONAL LANGUAGE ACTS 1963/67?
The official text of NATIONAL LANGUAGE ACTS 1963/67 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67 (No. 32) | mylaw.my