Malaysia legislation
Section 1
Seksyen 1
(1)
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dan hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (2), dipakai di seluruh Malaysia.
(2)
Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa di Negeri Sabah dan Sarawak pada tarikh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa
Negeri masing-masing, melalui enakmen Badan Perundangan
Negeri masing-masing dan tarikh yang berlainan boleh ditetapkan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan dalam Akta ini di Negeri-Negeri itu.
Bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi