Malaysia legislation

Section 7

of AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67

Seksyen 7

(1)

Jika mana-mana undang-undang bertulis yang diperbuat sebelum satu hari bulan September 1967 telah diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan, Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan terjemahan undang-undang itu sebagai sahih.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen 6 boleh dipakai bagi pindaan mana-mana undang-undang bertulis yang diperbuat sebelum satu hari bulan September 1967, sehingga undang-undang bertulis itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan dan terjemahan itu telah ditetapkan sebagai sahih.

Bahasa Mahkamah