Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(2)
Mahkamah Majistret, atas maklumat Pengarah Tanah dan
Galian atau orang yang diberi kuasa olehnya bahawa terdapat mana-mana orang yang menduduki secara menyalahi undang-undang mana-mana tanah yang kepadanya seksyen ini terpakai, boleh mengeluarkan saman terhadap orang yang terhadapnya maklumat itu diberi untuk hadir di Mahkamah; dan dengan kehadirannya kerana saman itu atau (dengan ketidakhadirannya) dengan adanya bukti penyampaian saman itu, Mahkamah boleh secara terus mendengar dan menentukan maklumat itu.
(3)
Jika atas pendengaran maklumat itu, mahkamah berpuas hati mengenai kebenaran maklumat itu, mahkamah hendaklah melalui waran menghendaki mana-mana pegawai polis yang dinyatakan dalam waran itu menyingkir dan mengeluarkan dengan serta-merta orang tersebut dahulu daripada tanah itu, dan bagi pihak Pesuruhjaya Tanah
Persekutuan mengambil milikan tanah itu serta semua tanaman yang tumbuh di atasnya dan semua bangunan dan harta tak alih lain di atas dan terlekap pada tanah itu; dan waran itu bolehlah dilaksanakan oleh mana-mana pegawai polis yang kepadanya waran itu disampaikan, sama ada waran itu dialamatkan kepadanya atau tidak.
Pemerbadanan Lembaga Tanah Tentera United Kingdom