Seksyen 1
(2)
Akta ini hendaklah terpakai di *Semenanjung Malaysia sahaja.
Mengeluarkan penduduk yang menyalahi undang-undang di tanah yang digunakan bagi maksud angkatan Persekutuan
/akn/my/act/act/1963/413
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA TANAH TENTERA 1963 is Malaysia Act, cited as Act 413 1963, currently marked in force and first recorded in 1963.
Opening note
Akta ini hendaklah terpakai di *Semenanjung Malaysia sahaja.
Mengeluarkan penduduk yang menyalahi undang-undang di tanah yang digunakan bagi maksud angkatan Persekutuan
Mahkamah Majistret, atas maklumat Pengarah Tanah dan
Galian atau orang yang diberi kuasa olehnya bahawa terdapat mana-mana orang yang menduduki secara menyalahi undang-undang mana-mana tanah yang kepadanya seksyen ini terpakai, boleh mengeluarkan saman terhadap orang yang terhadapnya maklumat itu diberi untuk hadir di Mahkamah; dan dengan kehadirannya kerana saman itu atau (dengan ketidakhadirannya) dengan adanya bukti penyampaian saman itu, Mahkamah boleh secara terus mendengar dan menentukan maklumat itu.
Jika atas pendengaran maklumat itu, mahkamah berpuas hati mengenai kebenaran maklumat itu, mahkamah hendaklah melalui waran menghendaki mana-mana pegawai polis yang dinyatakan dalam waran itu menyingkir dan mengeluarkan dengan serta-merta orang tersebut dahulu daripada tanah itu, dan bagi pihak Pesuruhjaya Tanah
Persekutuan mengambil milikan tanah itu serta semua tanaman yang tumbuh di atasnya dan semua bangunan dan harta tak alih lain di atas dan terlekap pada tanah itu; dan waran itu bolehlah dilaksanakan oleh mana-mana pegawai polis yang kepadanya waran itu disampaikan, sama ada waran itu dialamatkan kepadanya atau tidak.
Pemerbadanan Lembaga Tanah Tentera United Kingdom
AKTA 413
Lembaga Tanah Tentera United Kingdom hendaklah mempunyai kuasa untuk mengawal selia prosidingnya sendiri
(termasuk kuorum), dan apa-apa dokumen yang berupa dokumen yang telah dilaksanakan di bawah meterai Lembaga itu hendaklah dianggap telah dilaksanakan dengan sempurnanya melainkan jika yang sebaliknya ditunjukkan.
7
Akta 413
SENARAI PINDAAN
Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari
P.U. (B) 324/1970 Pemberitahuan Di Bawah Seksyen 01-01-1970
3 Ordinan Nama Jawatan 1949
Akta A996 Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 24-07-1997
_______________
8
Akta 413
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
2
P.U. (B) 324/1970 01-01-1970
___________________