Malaysia legislation

Section 12

of AKTA WANG TAK DITUNTUT 1965

Seksyen 12

(2)

Tiada seorang pun boleh membuat pemeriksaan di bawah subseksyen (1) melainkan jika dia telah membuat suatu akuan kerahsiaan dalam borang yang hendaklah ditentukan oleh Pendaftar.

Penalti

(3)

Seseorang—

(a)

yang membuat pemeriksaan di bawah subseksyen (1)

sebelum dia membuat akuan di bawah subseksyen (2);

atau

(b)

yang selepas dibuat akuan di bawah subseksyen (2)

membuat, kecuali bagi maksud Bahagian ini, atau dalam perjalanan mana-mana prosiding jenayah, suatu rekod mengenai, atau mendedahkan atau menyampaikan kepada mana-mana orang lain, apa-apa maklumat yang telah diperoleh oleh orang itu oleh sebab pemeriksaan itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.

Penalti

(4)

Suatu syarikat atau firma dan mana-mana pegawai suatu syarikat atau firma—

(a)

yang apabila dikehendaki oleh Pendaftar atau seorang yang diberi kuasa sedemikian untuk mengemukakan apa-apa buku (termasuk buku minit), daftar, rekod atau dokumen sedemikian enggan mengemukakan, mengelak daripada mengemukakan atau menghalang pengemukaan buku, daftar, rekod atau dokumen itu;

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 370

(b)

yang apabila dikehendaki oleh Pendaftar atau seorang yang diberi kuasa sedemikian untuk membetulkan apa-apa kesilapan yang didapati dalam mana-mana buku (termasuk buku minit), daftar, rekod atau dokumen sedemikian enggan atau tidak membetulkan kesilapan itu; atau

(c)

yang menghalang atau menggalang Pendaftar atau orang yang diberi kuasa sedemikian semasa menjalankan mana-mana kuasa yang disebut dalam subseksyen (1) seksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Pendaftar hendaklah membayar pihak menuntut yang sah