Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Wang Tak Dituntut 1965.
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Wang Tak Dituntut 1965 is Malaysia Act, cited as Act 370 1965, currently marked in force and first recorded in 1965.
MALAYSIA
VERSI ATAS TALIAN TEKS
CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI
Akta 370
1 Ogos 2024
Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Unclaimed Moneys Act 1965
[Act 370]. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa
Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.
2
Pertama kali diperbuat
…
…
…
… 1965 (Akta 74 tahun 1965)
Disemak
…
…
…
…
1989 (Akta 370 m.b.p.
10 Ogos 1989)
Kali terakhir dipinda melalui
Akta A1708 yang mula berkuat kuasa pada
…
…
1 Ogos 2024
3
Akta 370
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Wang Tak Dituntut 1965.
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Kumpulan Wang Disatukan” ertinya Kumpulan Wang Disatukan
Persekutuan;
“Akaun Amanah Disatukan” ertinya Akaun Amanah Disatukan
Persekutuan yang disenggarakan menurut perenggan 7(c)
Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61];
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 370
“Akaun Hasil Disatukan” ertinya Akaun Hasil Disatukan
Persekutuan yang disenggarakan menurut perenggan 7(a)
Akta Tatacara Kewangan 1957;
“Menteri”
ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“Pendaftar” ertinya Pendaftar Wang Tak Dituntut yang dilantik di bawah seksyen 4A;
“wang tak dituntut” ertinya semua jumlah wang sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 2A.
Wang tak dituntut
Wang tak dituntut yang disebut dalam Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai semua jumlah wang—
yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada pemunya dan masih belum dibayar bagi suatu tempoh tidak kurang daripada dua tahun selepas wang itu menjadi kena dibayar;
dalam kredit suatu akaun yang sudah tidak dikendalikan mengikut apa-apa jua cara oleh pemunya bagi suatu tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun;
dan
dalam kredit suatu akaun perdagangan yang masih dorman bagi suatu tempoh tidak kurang daripada dua tahun.
(Dipotong oleh Akta A722).
Wang Tak Dituntut 7
Kecualian
Melainkan jika diperuntukkan dengan nyata sebaliknya oleh
Akta ini tiada seorang pun boleh mengikut apa-apa cara bertanggungan kepada mana-mana orang oleh sebab pembayaran apa-apa wang olehnya ke dalam Akaun Amanah Disatukan atau Akaun Hasil
Disatukan atau pelakuan apa-apa perbuatan lain olehnya dengan suci hati menurut Akta ini.
Pendaftar Wang Tak Dituntut, dsb.
Menteri boleh melantik mana-mana pegawai dalam perkhidmatan Kerajaan sebagai Pendaftar Wang Tak Dituntut untuk menjalankan kewajipan dan fungsi yang dinyatakan dalam Akta ini.
Menteri boleh melantik satu orang pegawai atau lebih dalam perkhidmatan Kerajaan sebagai Timbalan Pendaftar Wang Tak
Dituntut dan Penolong Pendaftar Wang Tak Dituntut bagi maksud
Akta ini.
Tertakluk pada arahan am dan kawalan Pendaftar dan pada apa-apa sekatan dan batasan sebagaimana yang ditetapkan di bawah Akta ini atau diberi kuasa atau dikehendaki supaya dilakukan atau ditandatangani oleh
Pendaftar boleh dilakukan atau ditandatangani oleh mana-mana
Timbalan
Pendaftar atau
Penolong Pendaftar dan adalah sah dan berkesan seolah-olah dilakukan atau ditandatangani oleh Pendaftar.
Tiada seorang pun yang berurusan dengan mana-mana
Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar perlu mengambil berat untuk melihat atau mempersoalkan sama ada apa-apa sekatan atau batasan telah ditetapkan, dan tiap-tiap perbuatan atau peninggalan oleh seseorang Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar setakat yang memberi kesan kepada mana-mana orang itu adalah sah dan berkesan seolah-olah dilakukan atau ditinggalkan oleh Pendaftar.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 370
Peruntukan bagi pembayaran ke dalam Akaun Hasil Disatukan dalam hal tertentu mengenai wang tak dituntut dalam mahkamah
Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, rukun undang-undang atau kaedah mahkamah, dalam apa-apa hal jika apa-apa wang telah dibayar atau dibayar ke dalam mana-mana mahkamah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau kaedah mahkamah (yang berkuat kuasa hingga kini, sekarang atau kemudian daripada ini) atau menurut kuasa mana-mana kaedah amalan atau tatacara (yang berkuat kuasa hingga kini, sekarang atau kemudian daripada ini) dan tiada tuntutan permohonan tindakan guaman atau prosiding lain bagi atau berkenaan dengan wang itu telah dibuat atau dibuat atau telah dimulakan atau dimulakan bagi tempoh lima belas tahun selepas pembayaran daripada mahkamah yang terakhir mana-mana bahagian wang itu atau (jika tiada pembayaran daripada mahkamah telah dibuat atau dibuat) selepas pembayaran ke dalam mahkamah itu, Pendaftar atau mana-mana orang yang dilantik oleh Menteri di bawah subseksyen 4A (2) hendaklah dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan selepas tamatnya tempoh lima belas tahun itu membayar wang itu ke dalam Akaun Hasil
Disatukan:
Dengan syarat bahawa dalam apa-apa hal jika dokumen yang difailkan di mahkamah menzahirkan kewujudan pada bila-bila masa seseorang yang sepatutnya berhak untuk membuat atau memulakan suatu tuntutan permohonan tindakan guaman atau prosiding seperti yang disebut terdahulu jika tidak kerana tidak cukup umur atau ketidakupayaan di sisi undang-undang yang lain atau yang sepatutnya menjadi berhak sedemikian apabila berlakunya sesuatu kejadian, tempoh lima belas tahun yang disebut terdahulu tidak boleh dalam apa-apa keadaan disifatkan telah mula berjalan—
sehingga hari yang (mengikut keterangan yang memuaskan yang difailkan di mahkamah) orang itu menjadi cukup umur atau apa-apa ketidakupayaan lain itu terhenti atau apa-apa kejadian berlaku (mengikut mana-mana yang berkenaan); atau
sehingga hari yang (mengikut keterangan yang memuaskan yang difailkan di mahkamah) orang itu meninggal dunia,
Wang Tak Dituntut 9
Opening note
Bagi maksud Bahagian ini, “wang yang dibayar ke dalam mahkamah” ertinya wang atau apa-apa sekuriti yang dibayar ke dalam mahkamah atau dibayar ke dalam mana-mana bank (sama ada atas nama atau pada kredit Pendaftar atau mana-mana orang yang dilantik oleh Menteri di bawah subseksyen 4A (2)) atau yang dibayar ke dalam mana-mana Bank Simpanan Nasional, tertakluk pada perintah atau pelupusan mahkamah, dan dari masa pembayaran itu termasuklah apa-apa sekuriti atau wang yang ke dalamnya apa-apa wang atau sekuriti yang mula-mula disebut itu atau mana-mana bahagian wang atau sekuriti itu ditukarkan atau telah ditukarkan dan segala bunga dan tiap-tiap dividen atau keuntungan lain yang telah terakru atau yang terakru daripada apa-apa wang atau sekuriti sedemikian sehingga masa pembayaran ke dalam Akaun Hasil Disatukan, dan bagi maksud pembayaran ke dalam Akaun Hasil Disatukan itu termasuklah hasil penjualan atau penukaran menjadi wang apa-apa sekuriti sedemikian di bawah seksyen 6.
Kuasa Pendaftar atau orang yang dilantik untuk menjual sekuriti dan kuasa Hakim Mahkamah Tinggi untuk membuat perintah peletakhakan
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang, bagi maksud apa-apa pembayaran wang ke dalam
Akaun Hasil Disatukan di bawah subseksyen 5(1), Pendaftar atau mana-mana orang yang dilantik oleh
Menteri di bawah subseksyen 4A (2) yang disebut terdahulu adalah dengan ini diberikan kuasa selepas habis tempoh lima belas tahun itu untuk menjual atau selainnya menukarkan menjadi wang apa-apa sekuriti yang disebut dalam subseksyen (2) seksyen tersebut dan untuk memudahkan pembayaran itu ke dalam Akaun Hasil Disatukan, seorang Hakim
Mahkamah Tinggi, atas permohonan oleh Pendaftar itu atau mana-mana orang yang dilantik oleh
Menteri di bawah subseksyen 4A (2), boleh membuat suatu perintah yang meletakhakkan
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 370
pada Pendaftar itu atau mana-mana orang yang dilantik oleh Menteri di bawah subseksyen 4A (2) harta atau kepentingan mengenai mana-mana sekuriti itu atau dalam apa-apa wang mengenai mana-mana bank yang disebut dalam subseksyen (2) seksyen itu.
Peruntukan bagi tuntutan, dsb., yang dibuat selepas pembayaran ke dalam Akaun Hasil Disatukan
Jika selepas apa-apa wang dibayar ke dalam Akaun Hasil
Disatukan menurut Bahagian ini seperti yang disebut terdahulu, apa-apa tuntutan, guaman, tindakan, permohonan atau prosiding lain bagi atau berkenaan dengan wang itu dibuat atau dimulakan oleh mana-mana orang tuntutan, guaman, tindakan, permohonan atau prosiding lain itu hendaklah didengar dan ditentukan dalam segala hal seolah-olah wang itu masih berada dalam mahkamah dan mahkamah itu boleh membuat apa-apa perintah sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang bagi pembayaran kepada mana-mana orang wang yang disebut terdahulu atau mana-mana bahagian wang itu.
Peruntukan bagi pembayaran daripada hasil mengikut perintah mahkamah
Apabila mana-mana perintah sedemikian dibuat dan suatu salinan perintah itu disampaikan kepada Menteri, Menteri hendaklah, dalam mematuhi perintah itu tanpa apa-apa kuasa lanjut atau kuasa lain selain Akta ini, membayar amaun yang dinyatakan dalam perintah itu
(tanpa bunga dari tarikh pembayaran ke dalam Akaun Hasil Disatukan)
kepada orang yang kepadanya diarahkan oleh perintah itu untuk membuat pembayaran sedemikian; dan amaun itu hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan dan kena dibayar daripada Akaun Hasil Disatukan (yang dengan ini diuntukkan setakat yang perlu bagi maksud itu dengan sewajarnya).
Wang Tak Dituntut 11
Tafsiran
Dalam Bahagian ini melainkan jika tidak selaras dengan konteks atau hal perkara—
“syarikat”
ertinya suatu syarikat mengikut pengertian
Akta Syarikat 1965 [Akta 125], atau suatu syarikat asing yang baginya
Penggal 2
(Dipotong oleh Akta A1708).
Daftar dan penyerahsimpanan wang tak dituntut
Tiap-tiap syarikat atau firma yang memegang wang tak dituntut hendaklah menyenggarakan suatu rekod bagi semua wang tak dituntut dalam suatu daftar yang hendaklah disimpan di pejabat utama atau tempat perniagaannya di Malaysia mengikut bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar.
Syarikat atau firma itu hendaklah pada setiap tahun, tidak lewat daripada hari terakhir bulan Mac, menyerah simpan dengan Pendaftar di pejabat Pendaftar suatu salinan daftar itu yang hendaklah mengandungi butir-butir semua wang tak dituntut yang masih belum dibayar hingga hari terakhir bulan Disember tahun sebelumnya
_______________________________________________________
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Wang Tak Dituntut 13
bersama-sama dengan semua wang tak dituntut yang dilaporkan dalam daftar itu.
Pendaftar boleh, atas permohonan syarikat atau firma itu, memberikan suatu pelanjutan masa bagi penyerahsimpanan daftar itu bersama-sama dengan wang tak dituntut kepada Pendaftar di bawah subseksyen (2).
Suatu syarikat atau firma yang tidak mematuhi subseksyen (1) dan (2) melakukan suatu kesalahan dan syarikat atau firma itu dan tiap-tiap pegawai syarikat atau firma itu yang ingkar boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dan boleh, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.
Walau apa pun apa-apa rukun undang-undang yang berlawanan, apa-apa hak pemunya berkenaan dengan wang tak dituntut yang wujud pada masa catatan dibuat dalam daftar di bawah subseksyen (1)
tidaklah terjejas atau tersentuh oleh pembuatan catatan itu, tetapi wang itu boleh didapatkan balik daripada syarikat atau firma itu oleh pemunya itu pada bila-bila masa sebelum wang itu diserah simpan dengan Pendaftar di bawah subseksyen (2).
Jika wang tak dituntut telah diserah simpan dengan Pendaftar, pemunya wang tak dituntut itu boleh mendapatkan balik wang itu daripada Pendaftar mengikut peruntukan Bahagian ini.
Kehendak untuk menyiarkan daftar
(1)
Suatu syarikat atau firma yang memegang wang tak dituntut hendaklah pada setiap tahun dalam bulan Mac, sebelum daftar wang tak dituntut dan wang tak dituntut yang dilaporkan dalam daftar itu diserah simpan dengan Pendaftar di bawah subseksyen 10(2), mengemukakan suatu salinan daftar itu, yang hendaklah termasuk suatu rekod wang tak dituntut yang dipegang hingga hari terakhir bulan
Disember tahun sebelumnya, untuk disiarkan melalui medium elektronik atau melalui penghantaran elektronik.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 370
Mana-mana syarikat atau firma yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dan boleh, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.
Pertanyaan mengenai wang tak dituntut
Tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan oleh Pendaftar, mana-mana orang boleh membuat pertanyaan mengenai kewujudan wang tak dituntut yang dipunyai oleh orang itu dengan Pendaftar apabila dibayar fi yang ditetapkan.
Pelupusan wang tak dituntut
Pendaftar hendaklah mengkreditkan ke dalam Akaun
Amanah Disatukan semua wang tak dituntut yang telah diserah simpan dengannya di bawah subseksyen 10(2).
Mana-mana wang tak dituntut yang dikreditkan ke dalam Akaun
Amanah Disatukan (setakat yang wang tak dituntut itu belum dibayar daripada Akaun Amanah Disatukan di bawah Bahagian ini) hendaklah, apabila luput sepuluh tahun dari tarikh wang itu dikreditkan ke dalam
Akaun Amanah Disatukan, dipindahkan kepada Akaun Hasil
Disatukan.
Tiada faedah boleh kena dibayar ke atas semua wang yang dipegang dalam Akaun Amanah Disatukan atau dalam Akaun Hasil
Disatukan di bawah Bahagian ini.
Pendaftar boleh memeriksa daftar, dsb., untuk menentukan sama ada syarikat atau firma mematuhi Bahagian ini
Bagi maksud menentukan sama ada suatu syarikat atau firma mematuhi peruntukan Bahagian ini, Pendaftar atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pendaftar boleh tanpa pembayaran apa-apa fi memeriksa daftar yang dikehendaki disimpan
Wang Tak Dituntut 15
oleh syarikat atau firma itu menurut Bahagian ini dan apa-apa buku, buku minit, daftar, rekod atau dokumen yang disimpan oleh atau bagi pihak syarikat atau firma itu menurut mana-mana undang-undang bertulis atau dalam penjalanan urusan dan jika Pendaftar atau orang yang diberi kuasa itu mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa syarikat atau firma itu tidak mematuhi Bahagian ini, Pendaftar atau orang yang diberi kuasa itu boleh menyita dan menahan apa-apa buku, daftar, rekod atau dokumen sedemikian yang boleh memberikan keterangan mengenai ketidakpatuhan itu.
Akuan kerahsiaan
Tiada seorang pun boleh membuat pemeriksaan di bawah subseksyen (1) melainkan jika dia telah membuat suatu akuan kerahsiaan dalam borang yang hendaklah ditentukan oleh Pendaftar.
Penalti
Seseorang—
yang membuat pemeriksaan di bawah subseksyen (1)
sebelum dia membuat akuan di bawah subseksyen (2);
atau
yang selepas dibuat akuan di bawah subseksyen (2)
membuat, kecuali bagi maksud Bahagian ini, atau dalam perjalanan mana-mana prosiding jenayah, suatu rekod mengenai, atau mendedahkan atau menyampaikan kepada mana-mana orang lain apa-apa maklumat yang telah diperoleh oleh orang itu oleh sebab pemeriksaan itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 370
Penalti
Suatu syarikat atau firma dan mana-mana pegawai suatu syarikat atau firma—
yang apabila dikehendaki oleh Pendaftar atau seseorang yang diberi kuasa sedemikian untuk mengemukakan apa-apa buku
(termasuk buku minit), daftar, rekod atau dokumen sedemikian enggan mengemukakan, mengelak daripada mengemukakan atau menghalang pengemukaan buku, daftar, rekod atau dokumen itu;
yang apabila dikehendaki oleh Pendaftar atau seseorang yang diberi kuasa sedemikian untuk membetulkan apa-apa kesilapan yang didapati dalam mana-mana buku
(termasuk buku minit), daftar, rekod atau dokumen sedemikian enggan atau tidak membetulkan kesilapan itu; atau
yang menghalang atau menggalang Pendaftar atau orang yang diberi kuasa sedemikian semasa menjalankan mana-mana kuasa yang disebut dalam subseksyen (1) seksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
Pendaftar hendaklah membayar pihak menuntut yang sah
Jika mana-mana pihak menuntut membuat apa-apa tuntutan terhadap Pendaftar bagi apa-apa wang tak dituntut yang dikreditkan ke dalam Akaun Amanah Disatukan, Pendaftar apabila berpuas hati bahawa pihak menuntut itu ialah pemunya wang itu hendaklah membenarkan pembayaran wang tak dituntut itu dibuat kepada pihak menuntut itu daripada Akaun Amanah Disatukan atau, jika wang itu telah dipindahkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan, Menteri hendaklah mengarahkan pembayaran amaun yang sama dibuat kepada
Wang Tak Dituntut 17
pihak menuntut itu; dan amaun itu hendaklah pada Kumpulan Wang
Disatukan dan kena dibayar daripada Akaun Hasil Disatukan.
Jika mana-mana wang tak dituntut yang dibayar kepada mana-mana pihak menuntut kemudiannya dituntut oleh mana-mana orang lain orang lain itu tidak berhak kepada pembayaran wang tak dituntut, tetapi orang itu boleh mengambil tindakan terhadap pihak menuntut itu yang kepadanya wang tak dituntut itu telah dibayar.
Orang yang tidak dikehendaki sedemikian di bawah Bahagian ini boleh membayar wang yang tidak dituntut kepada Pendaftar
Mana-mana orang yang mempunyai dalam milikannya apa-apa wang, selain wang tak dituntut, yang belum dituntut oleh pemunya boleh menyerah simpan wang itu dengan Pendaftar seolah-olah wang itu ialah wang tak dituntut yang kena dibayar kepada
Pendaftar di bawah subseksyen 10(2).
Seksyen ini tidak terpakai bagi mana-mana wang yang dibayar ke dalam mahkamah menurut Bahagian I Akta ini.
Peraturan-peraturan
*15. Menteri Kewangan boleh membuat peraturan-peraturan bagi atau berkenaan dengan—
penyerahsimpanan dokumen dan masa dan cara pengemukaan dokumen untuk diserah simpan;
penetapan fi bagi maksud Akta ini;
_______________________________________________________
*CATATAN—Perundangan subsidiari yang dibuat di bawah peruntukan ini: P.U. (A) 15/1976, P.U. (A)
16/1976, P.U. (A) 257/1982, P.U. (A) 127/1985 dan P.U. (A) 120/1988 telah dibatalkan oleh
Akta A1161—lihat seksyen 14(1) Akta A1161.
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 370
pemeriksaan termasuk kaedah pemeriksaan serta hari dan masa apabila pemeriksaan itu boleh dibuat;
secara amnya segala perkara dan benda yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Akta ini untuk ditetapkan atau yang perlu atau sesuai untuk ditetapkan bagi melaksanakan atau menjalankan Akta ini dan mencegah pengelakan dan pelanggaran Akta ini.
Kuasa untuk mengkompaun kesalahan
Pendaftar boleh, dengan keizinan secara bertulis
Pendakwa Raya, mengkompaun mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Bahagian ini dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada
Pendaftar suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu.
Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum pendakwaan bagi kesalahan itu dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Pendaftar, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.
Semua jumlah wang yang diterima oleh Pendaftar di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Wang Tak Dituntut 19
Borang
Pendaftar boleh, dari semasa ke semasa, menentukan borang yang dikehendaki bagi maksud Bahagian ini.
Kuasa untuk mengecualikan
Menteri boleh melalui perintah dalam Warta mengecualikan suatu syarikat atau firma daripada peruntukan Bahagian ini.
*CATATAN—lihat seksyen 12 Akta Wang Tak Dituntut (Pindaan) 2024
[Akta A1708] yang mula berkuat kuasa pada 1 Ogos 2024 yang memperuntukkan peruntukan berikut:
Kecualian dan Peralihan
Apa-apa wang tak dituntut yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada pemunya dan tetap tidak dibayar dalam tempoh tidak kurang daripada satu tahun selepas wang itu menjadi kena dibayar sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.
Apa-apa lanjutan masa yang diberikan di bawah subseksyen 10(3) Akta ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.
20
Akta 370
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta 146
Akta Bank Simpanan Nasional 1974 01-12-1974
Akta A303
Akta Wang Tak Dituntut (Pindaan)
1975 01-06-1975
Akta A325
Akta Wang Tak Dituntut (Pindaan)
1976 01-01-1976
Akta A722
Akta Wang Tak Dituntut (Pindaan)
1989 01-06-1989
Akta A1161
Akta Wang Tak Dituntut (Pindaan)
2002 01-01-2003
Akta A1708
Akta Wang Tak Dituntut (Pindaan)
2024 01-08-2024
21
Akta 370
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 2
Akta A1708 01-08-2024 2A
Akta A1708 01-08-2024 3
Akta A722 01-06-1989 4
Akta A1161 01-01-2003 4A
Akta A1708 01-08-2024 5
Akta 146
Akta A1708 01-12-1974 01-08-2024 6
Akta A1708 01-08-2024 7
Akta A722 01-06-1989
Kepala Bahagian II
Akta A1161 01-01-2003 8
Akta A722
Akta A1161
Akta A1708 01-06-1989 01-01-2003 01-08-2024 9
Akta A303
Akta A1708 01-06-1975 01-08-2024 10
Akta A325
Akta A722
Akta A1161 01-01-1976 01-06-1989 01-01-2003 10A
Akta A1161
Akta A1708 01-01-2003 01-08-2024 10B
Akta A1161 01-01-2003
22
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 11
Akta A325
Akta A722
Akta A1161
Akta A1708 01-01-1976 01-06-1989 01-01-2003 01-08-2024 12
Akta A325
Akta A722
Akta A1161 01-01-1976 01-06-1989 01-01-2003 13
Akta A722
Akta A1161 01-06-1989 01-01-2003 14
Akta A1161 01-01-2003 15
Akta A1161
Akta A1708 01-01-2003 01-08-2024 16
Akta A303
Akta A1161 01-06-1975 01-01-2003 17
Akta A1161 01-01-2003 18
Akta A1161 01-01-2003
mana-mana
Lembaga yang ditubuhkan untuk menguruskan skim persaraan kumpulan wang simpanan pekerja skim persaraan atau mana-mana kumpulan wang lain yang berhubungan dengan faedah persaraan;
semua pertubuhan dan koperasi yang berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pertubuhan atau koperasi; dan
semua perbadanan, pihak berkuasa awam dan kesatuan sekerja;
“firma” ertinya suatu kumpulan orang yang tidak diperbadankan
(sama ada terdiri daripada individu atau perbadanan atau sebahagiannya individu dan sebahagiannya perbadanan) yang disekutukan bersama bagi maksud menjalankan perniagaan;
“pegawai”—
mana-mana pengarah, setiausaha atau pekerja syarikat itu; dan
_______________________________________________________
CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 370
seorang penerima dan pengurus mana-mana bahagian pengusahaan syarikat itu yang dilantik di bawah suatu kuasa yang terkandung dalam apa-apa surat cara, tetapi tidak termasuk mana-mana penerima yang bukan juga seorang pengurus, dan mana-mana penerima dan pengurus yang dilantik oleh suatu mahkamah; dan
berhubung dengan suatu firma termasuklah mana-mana pekongsi, anggota, pengurus atau pekerja firma itu;
(Dipotong oleh Akta A1161);
“pemunya” ertinya orang yang berhak kepada apa-apa wang tak dituntut dan termasuklah wasi, pentadbir atau penerima serah hak orang itu atau, dalam hal suatu syarikat mengikut pengertian
*Akta Syarikat 1965 pelikuidasi syarikat itu, atau wakil atau ejen orang itu atau syarikat itu di Malaysia;
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.