Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(2)
Apabila mana-mana perintah sedemikian dibuat dan suatu salinan perintah itu disampaikan kepada Menteri, Menteri hendaklah, dalam mematuhi perintah itu tanpa apa-apa kuasa lanjut atau kuasa lain selain Akta ini, membayar amaun yang dinyatakan dalam perintah itu
(tanpa bunga dari tarikh pembayaran ke dalam Akaun Hasil Disatukan)
kepada orang yang kepadanya diarahkan oleh perintah itu untuk membuat pembayaran sedemikian; dan amaun itu hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan dan kena dibayar daripada Akaun Hasil Disatukan (yang dengan ini diuntukkan setakat yang perlu bagi maksud itu dengan sewajarnya).