Malaysia legislation

Section 9

of AKTA WANG TAK DITUNTUT 1965

Seksyen 9

(2)

Menteri boleh melantik satu orang pegawai atau lebih dalam perkhidmatan Kerajaan sebagai Timbalan Pendaftar Wang Tak

Dituntut atau Penolong Pendaftar Wang Tak Dituntut bagi maksud

Bahagian ini.

(3)

Tertakluk pada arahan dan kawalan am Pendaftar dan pada apa-apa sekatan dan batasan sebagaimana yang ditetapkan, apa-apa jua yang dilantik atau diberi kuasa atau dikehendaki supaya dilakukan atau ditandatangani oleh Pendaftar boleh dilakukan atau ditandatangani oleh mana-mana Timbalan Pendaftar atau Penolong

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 370

Pendaftar dan adalah sah dan berkesan seolah-olah dilakukan atau ditandatangani oleh Pendaftar.

(4)

Tiada seorang pun yang berurusan dengan mana-mana

Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar boleh mengambil berat untuk melihat atau bertanya sama ada apa-apa sekatan atau had telah ditetapkan, dan tiap-tiap perbuatan atau peninggalan oleh seseorang

Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar setakat yang menyentuh mana-mana orang itu adalah sah dan berkesan seolah-olah dilakukan atau ditinggalkan oleh Pendaftar.

Daftar dan penyerahsimpanan wang tak dituntut

Section 9 — UNCLAIMED MONEYS ACT 1965 | mylaw.my