Malaysia legislation

Section 10E

of AKTA PASPORT 1966

Seksyen 10E

(2)

Jika apa-apa barang, peralatan, mesin atau benda lain telah disita di bawah Akta ini, seseorang pegawai kanan imigresen, pegawai kanan polis atau pegawai kanan kastam boleh, mengikut budi bicaranya, melepaskan untuk sementara barang, peralatan, mesin atau benda lain itu kepada pemunya barang, peralatan, mesin atau benda lain itu apabila diberikan jaminan yang memuaskan hatinya bahawa barang, peralatan, mesin atau benda lain itu akan diserahkan kepadanya apabila diminta atau dikemukakan di hadapan mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa apabila diminta.

(3)

Suatu perintah bagi melucuthakkan atau bagi melepaskan apa-apa barang, peralatan, mesin atau benda lain yang boleh dilucuthakkan di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan mengenainya telah diadakan dan suatu perintah bagi melucuthakkan barang, peralatan, mesin atau benda lain itu hendaklah dibuat jika dibuktikan dengan memuaskan hati Mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa barang, peralatan, mesin atau benda lain itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu, walaupun tiada seorangpun boleh disabitkan atas kesalahan itu.

(4)

Jika tiada pendakwaan mengenai apa-apa barang, peralatan, mesin atau benda lain yang disita di bawah Akta ini, barang, peralatan, mesin atau benda lain itu hendaklah diambil atau disifatkan terlucut hak apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyitaan itu melainkan jika sebelum tarikh itu suatu tuntutan dibuat ke atasnya mengikut cara yang berikut:

(a)

mana-mana orang yang mendakwa bahawa dia merupakan pemunya barang, peralatan, mesin atau benda lain itu dan bahawa barang, peralatan, mesin atau benda lain itu tidak patut dilucuthakkan boleh dengan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis memberi pegawai kanan imigresen, pegawai kanan polis atau pegawai kanan kastam yang dalam milikannya barang, peralatan, mesin atau benda lain itu berada, notis bertulis menyatakan bahawa dia menuntut barang, peralatan, mesin atau benda lain itu;

(b)

apabila notis itu diterima, pegawai kanan imigresen, pegawai kanan polis atau pegawai kanan kastam, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada Ketua Pengarah atau Ketua Pengarah Kastam dan Eksais, mengikut kehendak keadaan, yang boleh mengarahkan supaya barang, peralatan, mesin atau benda lain itu dilepaskan atau boleh mengarahkan pegawai itu supaya merujukkan perkara itu kepada Majistret atau Hakim Mahkamah Sesyen untuk diputuskan;

(c)

Majistret atau Hakim yang kepadanya perkara itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan saman menghendaki orang yang mendakwa bahawa dia yang merupakan pemunya barang, peralatan, mesin atau benda lain itu dan orang yang daripadanya barang, peralatan, mesin atau benda lain itu disita supaya hadir di hadapannya dan atas kehadirannya atau keingkarannya untuk hadir, Majistret atau Hakim hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu dan, apabila terbukti bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa barang, peralatan, mesin atau benda lain itu merupakan hal perkara atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya barang, peralatan, mesin atau benda lain itu dilucuthakkan dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan supaya ia dilepaskan.

Tiada kos, ganti rugi, dsb. atas penyitaan