/akn/my/act/act/1966/150
AKTA PASPORT 1966
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
- Type
- Act
- Status
- In force
- Enacted
- 1966
- Sections
- 25
- Languages
- EN · MS
Quick answer
About this act
AKTA PASPORT 1966 is Malaysia Act, cited as Act 150 1966, currently marked in force and first recorded in 1966.
Opening note
Preamble
- Suatu Akta yang berhubungan dengan pemilikan dan pengemukaan dokumen perjalanan oleh orang yang memasuki atau meninggalkan, atau berjalan di dalam, Malaysia dan bagi memperuntukkan perkara yang berkaitan dengannya. [1 April 1966, P.U. 133/1966] Tajuk ringkas
Seksyen 1A
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
"bukan warganegara" ertinya seseorang selain daripada seorang warganegara;
"kemasukan" dan "masuk" ertinya kemasukan dan masuk melalui darat, laut atau udara;
"ketua" termasuklah juruterbang sesuatu pesawat udara;
"Ketua Pengarah" ertinya Ketua Pengarah Imigresen, Timbalan Ketua Pengarah Imigresen, mana-mana Pengarah Imigresen dan mana-mana Timbalan Pengarah Imigresen yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155];
"Ketua Pengarah Kastam dan Eksais" ertinya Ketua Pengarah Kastam dan Eksais yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Akta Kastam 1967 [Akta 235];
"pasport" ertinya sesuatu pasport yang sah yang telah dikeluarkan kepada seseorang oleh atau bagi pihak Kerajaan yang dia merupakan rakyat atau warganegara dan termasuklah apa-apa bentuk dokumen pengenalan yang sah yang dikeluarkan bagi maksud perjalanan oleh mana-mana Kerajaan dan diiktiraf sebagai dokumen perjalanan oleh Kerajaan Malaysia;
"pegawai imigresen" dan "pegawai kanan imigresen" masingmasing mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Imigresen 1959/63;
"pegawai kastam" dan "pegawai kanan kastam" masing-masing mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Kastam 1967;
"pegawai polis" dan "pegawai kanan polis" masing-masing erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Polis 1967 [Akta 344];
"pemunya" berhubung dengan sesuatu vesel termasuklah seseorang pencarter;
"vesel" termasuklah sesuatu pesawat udara.
Seksyen 2
Pengemukaan pasport apabila memasuki atau berlepas dari Malaysia
(2)
Tiap-tiap orang yang meninggalkan Malaysia untuk pergi ke suatu tempat di luar Malaysia hendaklah mengemukakan suatu pasport kepada pegawai imigresen, jika dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai itu.
(3)
Seseorang pegawai imigresen boleh, berhubungan dengan mana-mana pasport yang dikemukakan di bawah seksyen ini, mengemukakan apa-apa soalan yang difikirkannya perlu kepada mana-mana orang yang mengemukakan pasport itu; dan orang itu hendaklah menjawab soalan itu dengan benar.
Pasport
(4)
Seseorang pegawai imigresen boleh membuat apa-apa pengendorsan yang difikirkannya patut pada mana-mana pasport yang dikemukakan di bawah seksyen ini.
Memasuki atau berlepas dari Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak
Seksyen 3
Seksyen 2 hendaklah terpakai bagi seseorang yang memasuki atau meninggalkan Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak dari atau ke mana-mana bahagian Malaysia, sebagaimana ia terpakai bagi seseorang yang memasuki atau meninggalkan Malaysia dari atau ke mana-mana tempat di luar Malaysia, seolah-olah—
(a)
sebutan dalamnya mengenai Malaysia ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
(b)
sebutan mengenai suatu pasport ditafsirkan sebagai termasuk sesuatu dokumen perjalanan dalam negeri yang dikeluarkan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Pengecualian
Seksyen 4
Menteri boleh melalui perintah mengecualikan mana-mana orang atau golongan orang daripada seksyen 2 atau 3 atau keduaduanya; dan mana-mana pengecualian sedemikian boleh tertakluk kepada apa-apa syarat yang diarahkan olehnya dan boleh menjadi untuk selama-lamanya atau untuk suatu tempoh yang terhad.
Seksyen 5
Mengeluarkan orang yang memasuki Malaysia dengan menyalahi undang-undang
(2)
Suatu perintah yang dibuat oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen (1) boleh memperuntukkan mengenai penahanan dalam jagaan orang yang baginya perintah itu terpakai, selama apa-apa tempoh yang perlu bagi maksud membuat perkiraan untuk mengeluarkannya; dan orang itu boleh menurut perintah itu ditahan sama ada di dalam penjara atau di mana-mana tempat lain yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah bagi maksud itu.
(3)
Mana-mana orang yang baginya suatu perintah di bawah subseksyen (1) terpakai boleh dipandu menyeberangi sempadan atau dibawa menaiki sesuatu vesel yang sesuai oleh seseorang pegawai imigresen, pegawai polis atau pegawai kastam, dan boleh ditahan dengan sah di dalam vesel itu selama tempoh vesel itu berada di dalam Malaysia atau di perairan wilayahnya.
Perbelanjaan mengeluarkan
Seksyen 6
(2)
Sesuatu kehendak yang disebut di bawah subseksyen (1) tidak mempunyai kuat kuasa melainkan jika ia dibuat dalam masa dua belas bulan dari tarikh orang yang disebut terdahulu itu memasuki Malaysia.
(3)
Ketua sesuatu vesel yang tidak mematuhi subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Pemunya dan ketua vesel bertanggungan bagi perbelanjaan
Seksyen 7
Ketua dan pemunya dan ejen mana-mana vesel yang dengannya mana-mana orang memasuki Malaysia berlawanan dengan Akta ini bertanggungan secara bersesama dan berasingan bagi segala perbelanjaan yang dilakukan oleh Kerajaan dalam menahan dan menyara orang itu sementara menanti pengusiran; dan perbelanjaan itu boleh didapatkan sebagai hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan oleh ketua, pemunya dan ejen itu.
Pasport
Seksyen 8
Ketua vesel boleh menghalang kemasukan ke dalam Malaysia yang menyalahi undang-undang
Ketua sesuatu vesel boleh menggunakan segala cara yang munasabah dan wajar (termasuk kekerasan jika perlu) untuk menghalang mana-mana orang daripada memasuki Malaysia berlawanan dengan Akta ini.
Seksyen 9
Beban membuktikan
Jika apa-apa persoalan timbul dalam apa-apa prosiding di bawah Akta ini, atau mengenai apa-apa jua yang dilakukan atau dicadangkan hendak dilakukan di bawah Akta ini, tentang sama ada seseorang—
(b)
tergolong dalam mana-mana golongan tertentu orang yang dikecualikan daripada mana-mana peruntukan Akta ini, beban membuktikan bahawa orang itu bukan seorang bukan warganegara atau bahawa dia tergolong dalam golongan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah terletak atas orang itu.
Kuasa untuk menangkap dan menyiasat
Seksyen 10
(2)
Pada menjalankan kuasa menangkapnya di bawah subseksyen (1), seorang pegawai imigresen atau seseorang pegawai kastam terikat untuk mematuhi seksyen 28 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].
(3)
Jika mana-mana orang telah ditangkap di bawah subseksyen (1), dia hendaklah sesudah itu diperlakukan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Kanun Tatacara Jenayah.
(4)
Seseorang pegawai kanan imigresen, pegawai kanan polis atau pegawai kanan kastam boleh, berhubung dengan apa-apa penyiasatan berkenaan dengan sesuatu kesalahan boleh tangkap yang dilakukan di bawah Akta ini, menjalankan kuasa khas berhubung dengan penyiasatan polis yang diberikan oleh Kanun Tatacara Jenayah.
Kuasa untuk menggeledah dan menyita
Seksyen 10A
(b)
terdapat di dalam mana-mana premis keterangan yang diperlukan bagi membuktikan, pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret boleh mengeluarkan waran yang memberi kuasa kepada mana-mana pegawai imigresen, pegawai polis atau pegawai kastam yang dinamakan dalamnya untuk, pada bila-bila masa yang munasabah sama ada siang atau malam dan sama ada dengan bantuan atau tanpa bantuan, memasuki premis itu dengan kekerasan jika perlu, dan menggeledah dan menyita, dan mengalihkan dari premis itu, apa-apa barang, peralatan, mesin atau benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah atau dipercayai telah dilakukan dan apa-apa barang, peralatan, mesin atau benda lain yang semunasabahnya dipercayai dapat dijadikan keterangan tentang pelakuan kesalahan itu.
(2)
Seseorang pegawai imigresen, pegawai polis atau pegawai kastam yang bertindak di bawah subseksyen (1) boleh—
(a)
memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam premis itu atau mana-mana pagar, kepungan, pintu pagar atau halangan lain ke premis itu supaya dapat masuk ke dalamnya;
(b)
mengalihkan dengan menggunakan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pengalihan yang dia mempunyai kuasa di bawah subseksyen (1) untuk melakukan; dan
(c)
menahan tiap-tiap orang yang dijumpai dalam premis itu sehingga premis itu selesai diperiksa.
Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran
Seksyen 10B
Jika seseorang pegawai kanan imigresen, seseorang pegawai kanan polis atau seseorang pegawai kanan kastam dalam mana-mana hal keadaan yang disebut dalam seksyen 10A mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan mendapatkan waran geledah di bawah seksyen itu maka penyiasatan itu akan terjejas atau barang, peralatan, mesin atau benda lain yang dicari itu mungkin dialihkan atau keterangan yang dicari mungkin diganggu, dia boleh menjalankan di dalam, di atas dan berkenaan dengan premis itu segala kuasa yang disebut dalam seksyen 10A secara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia telah diberi kuasa berbuat sedemikian melalui waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.
Seksyen 10c
Kuasa untuk menahan dan menggeledah kenderaan
(a)
mana-mana pegawai kanan imigresen, pegawai kanan polis atau pegawai kanan kastam; atau
(b)
mana-mana pegawai imigresen, pegawai polis atau pegawai kastam yang bertindak di bawah arahan seorang pegawai kanan imigresen, pegawai kanan polis atau pegawai kanan kastam, mengikut mana-mana yang berkenaan, mempunyai syak yang munasabah bahawa mana-mana kenderaan sedang membawa apa-apa barang, peralatan, mesin atau benda lain yang berkenaan dengannya berlaku atau telah berlaku apa-apa pelanggaran Akta ini, dia boleh—
(aa) menahan dan memeriksa kenderaan itu; dan
(bb) jika atas pemeriksaan dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa kenderaan itu sedang atau telah digunakan secara yang berlawanan dengan Akta ini, menyita kenderaan itu dan apa-apa barang, peralatan, mesin atau benda lain yang dijumpai di dalamnya.
(2)
Orang yang mengawal atau menjaga kenderaan itu hendaklah, jika dikehendaki berbuat sedemikian oleh pegawai itu—
(b)
membuka semua bahagian kenderaan itu untuk diperiksa dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan atau memudahkan pemeriksaan itu dijalankan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh pegawai itu.
(3)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.
Penyitaan barang, dsb.
Seksyen 10D
(2)
Jika apa-apa penyitaan dibuat di bawah subseksyen (1), pegawai yang menyita itu hendaklah dengan serta-merta memberikan notis secara bertulis tentang penyitaan itu dan alasannya kepada pemunya barang, peralatan, mesin atau benda lain yang disita sedemikian dengan menyerahkan suatu salinan notis itu kepadanya sendiri atau melalui pos ke tempat perniagaan atau kediamannya:
Dengan syarat bahawa notis tidak dikehendaki diberikan jika penyitaan atau penahanan itu dibuat di hadapan atau dengan pengetahuan pemunya itu.
(3)
Bagi maksud seksyen ini, "pemunya" termasuklah seorang ejen atau wakil pemunya itu.
Pelucuthakan barang, dsb. yang disita
Seksyen 10E
(2)
Jika apa-apa barang, peralatan, mesin atau benda lain telah disita di bawah Akta ini, seseorang pegawai kanan imigresen, pegawai kanan polis atau pegawai kanan kastam boleh, mengikut budi bicaranya, melepaskan untuk sementara barang, peralatan, mesin atau benda lain itu kepada pemunya barang, peralatan, mesin atau benda lain itu apabila diberikan jaminan yang memuaskan hatinya bahawa barang, peralatan, mesin atau benda lain itu akan diserahkan kepadanya apabila diminta atau dikemukakan di hadapan mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa apabila diminta.
(3)
Suatu perintah bagi melucuthakkan atau bagi melepaskan apa-apa barang, peralatan, mesin atau benda lain yang boleh dilucuthakkan di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan mengenainya telah diadakan dan suatu perintah bagi melucuthakkan barang, peralatan, mesin atau benda lain itu hendaklah dibuat jika dibuktikan dengan memuaskan hati Mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa barang, peralatan, mesin atau benda lain itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu, walaupun tiada seorangpun boleh disabitkan atas kesalahan itu.
(4)
Jika tiada pendakwaan mengenai apa-apa barang, peralatan, mesin atau benda lain yang disita di bawah Akta ini, barang, peralatan, mesin atau benda lain itu hendaklah diambil atau disifatkan terlucut hak apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyitaan itu melainkan jika sebelum tarikh itu suatu tuntutan dibuat ke atasnya mengikut cara yang berikut:
(a)
mana-mana orang yang mendakwa bahawa dia merupakan pemunya barang, peralatan, mesin atau benda lain itu dan bahawa barang, peralatan, mesin atau benda lain itu tidak patut dilucuthakkan boleh dengan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis memberi pegawai kanan imigresen, pegawai kanan polis atau pegawai kanan kastam yang dalam milikannya barang, peralatan, mesin atau benda lain itu berada, notis bertulis menyatakan bahawa dia menuntut barang, peralatan, mesin atau benda lain itu;
(b)
apabila notis itu diterima, pegawai kanan imigresen, pegawai kanan polis atau pegawai kanan kastam, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada Ketua Pengarah atau Ketua Pengarah Kastam dan Eksais, mengikut kehendak keadaan, yang boleh mengarahkan supaya barang, peralatan, mesin atau benda lain itu dilepaskan atau boleh mengarahkan pegawai itu supaya merujukkan perkara itu kepada Majistret atau Hakim Mahkamah Sesyen untuk diputuskan;
(c)
Majistret atau Hakim yang kepadanya perkara itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan saman menghendaki orang yang mendakwa bahawa dia yang merupakan pemunya barang, peralatan, mesin atau benda lain itu dan orang yang daripadanya barang, peralatan, mesin atau benda lain itu disita supaya hadir di hadapannya dan atas kehadirannya atau keingkarannya untuk hadir, Majistret atau Hakim hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu dan, apabila terbukti bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa barang, peralatan, mesin atau benda lain itu merupakan hal perkara atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya barang, peralatan, mesin atau benda lain itu dilucuthakkan dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan supaya ia dilepaskan.
Tiada kos, ganti rugi, dsb. atas penyitaan
Seksyen 10F
Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa barang, peralatan, mesin atau benda lain yang disita atau ditahan dalam menjalankan atau berupa menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain selain suatu perintah bagi pemulangan barang, peralatan, mesin atau benda lain itu atau pembayaran nilainya melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah atau sebab barangkali.
Seksyen 10g
Kuasa untuk mendakwa
(2)
Tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan tanpa keizinan bertulis Pendakwa Raya.
Peraturan-peraturan
Seksyen 11
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan secara am bagi maksud Akta ini.
Seksyen 12
Kesalahan
(a)
memalsukan, mengubah atau mengusik pasport atau dokumen perjalanan dalam negerinya, atau mana-mana visa atau pengendorsan dalamnya, atau tanpa kuasa yang sah menggunakan atau cuba menggunakan, atau ada dalam milikannya, mana-mana pasport atau dokumen perjalanan dalam negeri yang telah dipalsukan, diubah atau diusik sedemikian;
(b)
menyamar atau secara salah mengemukakan dirinya sebagai atau bukan sebagai seorang yang kepadanya suatu pasport atau dokumen perjalanan dalam negeri telah dikeluarkan dengan sewajarnya;
(c)
dengan niat hendak mendapatkan bagi dirinya suatu pasport, dokumen perjalanan dalam negeri, atau suatu pengendorsan atau visa dalam pasportnya, dengan secara disedarinya membuat apa-apa pernyataan palsu atau mengemukakan apa-apa dokumen yang diketahuinya sebagai palsu tentang apa-apa butir;
(d)
tanpa kuasa yang sah, ada dalam milikannya mana-mana pasport atau dokumen perjalanan dalam negeri yang telah diperoleh hasil pembuatan apa-apa pernyataan material yang palsu atau mengelirukan, atau hasil pengemukaan keterangan palsu;
(e)
membenarkan mana-mana orang memiliki mana-mana pasport atau dokumen perjalanan dalam negeri yang dikeluarkan bagi penggunaannya sahaja, dengan niat atau menyedari bahawa pasport atau dokumen perjalanan dalam negeri itu boleh digunakan oleh mana-mana orang lain;
(f)
tanpa kuasa yang sah, ada dalam milikannya mana-mana pasport atau dokumen perjalanan dalam negeri yang dikeluarkan bagi penggunaan seseorang selain dirinya sendiri;
(g)
dengan sengaja membantu mana-mana orang memasuki Malaysia berlawanan dengan Akta ini;
(i)
menggalang atau menghalang mana-mana pegawai imigresen, pegawai polis atau pegawai kastam dalam menunaikan kewajipannya di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, jika tiada penalti lain diperuntukkan oleh Akta ini, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Kesalahan yang berhubungan dengan pemerolehan pasport, dsb. bagi orang lain
Seksyen 12A
Mana-mana orang yang dengan niat hendak mendapatkan bagi mana-mana orang lain suatu pasport, dokumen perjalanan dalam negeri, atau suatu pengendorsan atau visa dalam pasport, dengan disedari membuat apa-apa pernyataan palsu atau mengemukakan apa-apa dokumen yang diketahuinya palsu tentang apa-apa butir adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi lima tahun.
Membuat pasport palsu, dsb.
Seksyen 12B
Mana-mana orang yang membuat apa-apa dokumen palsu—
(a)
yang diniatkan untuk digunakan oleh dirinya atau oleh mana-mana orang lain; atau
(b)
yang digunakan oleh dirinya atau oleh mana-mana orang lain, sebagai suatu pasport bagi maksud Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima belas ribu ringgit tetapi tidak melebihi seratus ribu ringgit dan dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun tetapi tidak melebihi sepuluh tahun dan disebat tidak melebihi enam sebatan rotan.
Hadiah
Seksyen 12c
Ketua Pengarah boleh mengarahkan supaya apa-apa hadiah sebagaimana yang difikirkannya patut dibayar kepada mana-mana orang bagi apa-apa perkhidmatan yang diberikan berkaitan dengan pengesanan dan pendakwaan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini.
Seksyen 12D
Arahan Menteri
Menteri boleh dari semasa ke semasa memberikan Ketua Pengarah arahan yang bersifat umum atau khusus yang konsisten dengan Akta ini tentang penjalanan kuasa dan budi bicara yang diberikan kepada Ketua Pengarah oleh, dan kewajipan yang dikehendaki dilaksanakan oleh Ketua Pengarah di bawah, Akta ini berhubung dengan segala perkara yang didapatinya menyentuh dasar Malaysia, dan Ketua Pengarah hendaklah melaksanakan segala arahan sedemikian.
Seksyen 13
Kecualian
Peruntukan Akta ini adalah tambahan kepada dan tidak mengurangkan peruntukan mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa berhubungan dengan imigresen.
Akta 150
SENARAI PINDAAN
Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari
Akta A69 Akta Pasport (Pindaan) 1971 17-09-1971
Akta 160 Akta Mata Wang Malaysia 29-08-1975 (Ringgit) 1975
P.U. (A) 159/1984 Perintah Wilayah Persekutuan 16-04-1984 Labuan (Pengubahsuaian Akta Pasport) 1984
Akta A948 Akta Pasport (Pindaan) 1996 01-01-1997
Akta 150
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
SeksyenKuasa memindaBerkuat kuasa dari1AAkta A94801-01-19972Akta A94801-01-19976Akta A94801-01-19979Akta A94801-01-199710Akta A94801-01-199710A-10GAkta A94801-01-199712Akta A6917-09-1971Akta A94801-01-199712A-12DAkta A94801-01-1997
○
○
○
○
Common questions
- What is PASSPORTS ACT 1966?
- AKTA PASPORT 1966 is Malaysia Act, cited as Act 150 1966, currently marked in force and first recorded in 1966.
- Is PASSPORTS ACT 1966 still in force?
- Yes — PASSPORTS ACT 1966 is currently in force.
- When did PASSPORTS ACT 1966 take effect?
- PASSPORTS ACT 1966 was first recorded in 1966.
- How many sections does PASSPORTS ACT 1966 have?
- PASSPORTS ACT 1966 contains 25 sections.
- Where can I read the official version of PASSPORTS ACT 1966?
- The official text of PASSPORTS ACT 1966 is published at lom.agc.gov.my.