Malaysia legislation

Section 12

of AKTA PASPORT 1966

Seksyen 12

Kesalahan

(a)

memalsukan, mengubah atau mengusik pasport atau dokumen perjalanan dalam negerinya, atau mana-mana visa atau pengendorsan dalamnya, atau tanpa kuasa yang sah menggunakan atau cuba menggunakan, atau ada dalam milikannya, mana-mana pasport atau dokumen perjalanan dalam negeri yang telah dipalsukan, diubah atau diusik sedemikian;

(b)

menyamar atau secara salah mengemukakan dirinya sebagai atau bukan sebagai seorang yang kepadanya suatu pasport atau dokumen perjalanan dalam negeri telah dikeluarkan dengan sewajarnya;

(c)

dengan niat hendak mendapatkan bagi dirinya suatu pasport, dokumen perjalanan dalam negeri, atau suatu pengendorsan atau visa dalam pasportnya, dengan secara disedarinya membuat apa-apa pernyataan palsu atau mengemukakan apa-apa dokumen yang diketahuinya sebagai palsu tentang apa-apa butir;

(d)

tanpa kuasa yang sah, ada dalam milikannya mana-mana pasport atau dokumen perjalanan dalam negeri yang telah diperoleh hasil pembuatan apa-apa pernyataan material yang palsu atau mengelirukan, atau hasil pengemukaan keterangan palsu;

(e)

membenarkan mana-mana orang memiliki mana-mana pasport atau dokumen perjalanan dalam negeri yang dikeluarkan bagi penggunaannya sahaja, dengan niat atau menyedari bahawa pasport atau dokumen perjalanan dalam negeri itu boleh digunakan oleh mana-mana orang lain;

(f)

tanpa kuasa yang sah, ada dalam milikannya mana-mana pasport atau dokumen perjalanan dalam negeri yang dikeluarkan bagi penggunaan seseorang selain dirinya sendiri;

(g)

dengan sengaja membantu mana-mana orang memasuki Malaysia berlawanan dengan Akta ini;

(h)

dengan sengaja membantu mana-mana orang melanggar Akta ini; atau

(i)

menggalang atau menghalang mana-mana pegawai imigresen, pegawai polis atau pegawai kastam dalam menunaikan kewajipannya di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, jika tiada penalti lain diperuntukkan oleh Akta ini, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Kesalahan yang berhubungan dengan pemerolehan pasport, dsb. bagi orang lain