Malaysia legislation

Section 1A

of AKTA PASPORT 1966

Seksyen 1A

(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

"bukan warganegara" ertinya seseorang selain daripada seorang warganegara;

"kemasukan" dan "masuk" ertinya kemasukan dan masuk melalui darat, laut atau udara;

"ketua" termasuklah juruterbang sesuatu pesawat udara;

"Ketua Pengarah" ertinya Ketua Pengarah Imigresen, Timbalan Ketua Pengarah Imigresen, mana-mana Pengarah Imigresen dan mana-mana Timbalan Pengarah Imigresen yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155];

"Ketua Pengarah Kastam dan Eksais" ertinya Ketua Pengarah Kastam dan Eksais yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Akta Kastam 1967 [Akta 235];

"pasport" ertinya sesuatu pasport yang sah yang telah dikeluarkan kepada seseorang oleh atau bagi pihak Kerajaan yang dia merupakan rakyat atau warganegara dan termasuklah apa-apa bentuk dokumen pengenalan yang sah yang dikeluarkan bagi maksud perjalanan oleh mana-mana Kerajaan dan diiktiraf sebagai dokumen perjalanan oleh Kerajaan Malaysia;

"pegawai imigresen" dan "pegawai kanan imigresen" masingmasing mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Imigresen 1959/63;

"pegawai kastam" dan "pegawai kanan kastam" masing-masing mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Kastam 1967;

"pegawai polis" dan "pegawai kanan polis" masing-masing erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Polis 1967 [Akta 344];

"pemunya" berhubung dengan sesuatu vesel termasuklah seseorang pencarter;

"vesel" termasuklah sesuatu pesawat udara.