Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini―
“Lembaga” ertinya Lembaga Penduduk dan Pembangunan
Keluarga Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 352
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 4(a);
“Timbalan Pengerusi” ertinya Timbalan Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 4(a);
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 7;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Penduduk dan
Pembangunan Keluarga Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 8;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi penduduk dan pembangunan keluarga.