/akn/my/act/act/1966/352

*AKTA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA 1966

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1966
Sections
37
Languages
EN · MS

Quick answer

About this act

*AKTA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA 1966 is Malaysia Act, cited as Act 352 1966, currently marked in force and first recorded in 1966.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk menubuhkan dan memperbadankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang bersampingan dengannya. [1 Jun 1966, P.U. 227/1966] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 2

Dalam Akta ini―

Open as pageSuggest a correction

“Lembaga” ertinya Lembaga Penduduk dan Pembangunan

Keluarga Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 352

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 4(a);

“Timbalan Pengerusi” ertinya Timbalan Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 4(a);

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 7;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Penduduk dan

Pembangunan Keluarga Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 8;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi penduduk dan pembangunan keluarga.

Bahagian II

BAHAGIAN II

Seksyen 3A

Penduduk dan Pembangunan Keluarga 9

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk menasihati

Kerajaan tentang perkara yang berhubungan dengan dasar dan program mengenai penduduk, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia;

Suggest a correction

(b)

untuk merancang, melaksanakan dan menyelaraskan program dan aktiviti penduduk, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia;

Suggest a correction

(c)

untuk menyebarkan pengetahuan dan mendidik dan menggalakkan tingkah laku positif tentang penduduk, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia;

Suggest a correction

(d)

untuk bertanggungjawab bagi latihan orang yang terlibat dalam kerja penduduk, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia;

Suggest a correction

(e)

untuk mengadakan latihan bagi pelatih dalam bidang penduduk, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia melalui pembangunan kemahiran, pendidikan berterusan, jaringan, kerjasama teknikal dalam kalangan negara dan perkongsian teknologi komunikasi maklumat dan sumber teknikal;

Suggest a correction

(f)

untuk bertanggungjawab dalam mengenal pasti dan menggalakkan keperluan dan keutamaan penyelidikan, dan menjalankan penyelidikan dan juga kajian terhadap penduduk, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia termasuklah kajian perubatan dan bioperubatan;

Suggest a correction

(g)

untuk mengadakan perkhidmatan berdasarkan keperluan semasa dan baru muncul disebabkan oleh perubahan yang

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 352

melibatkan penduduk, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia;

Suggest a correction

(h)

untuk mewujudkan dan menyenggara suatu sistem pemantauan dan penilaian berterusan yang melaluinya adalah mungkin dari semasa ke semasa untuk menilai keberkesanan program dan kemajuan ke arah pencapaian objektif negara; dan

Suggest a correction

(i)

untuk melakukan apa-apa benda lain yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya secara berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.

Kuasa Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 3B

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Lembaga hendaklah termasuk kuasa—

(a)

untuk menubuhkan pejabat cawangan Lembaga di mana-mana Negeri atau Wilayah Persekutuan yang didapati patut oleh Lembaga;

Suggest a correction

(b)

untuk menubuhkan Majlis dan jawatankuasa yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantu dalam pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(c)

untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang didapatinya patut bagi melaksanakan mana-mana fungsinya atau kuasanya;

Suggest a correction

(d)

untuk memberikan pendahuluan, pinjaman, dermasiswa dan biasiswa, kepada mana-mana orang, pegawai dan pekhidmat Lembaga bagi maksud keperluan tenaga

Penduduk dan Pembangunan Keluarga 11

manusia bagi organisasi atas terma dan syarat yang ditentukan oleh Lembaga;

Suggest a correction

(e)

untuk berusaha sesama dan bekerjasama dengan agensi kerajaan, organisasi bukan kerajaan, sektor swasta, agensi antarabangsa yang berkaitan dan mana-mana individu dalam perancangan, pembangunan dan pelaksanaan program, aktiviti dan perkhidmatan; dan

Suggest a correction

(f)

untuk melakukan benda lain yang didapatinya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dan kuasanya secara berkesan.

Kuasa tambahan Lembaga

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 3C

Open as pageSuggest a correction

(a)

jika ternyata diperlukan, berfaedah atau memudahkan bagi atau berkaitan dengan penunaian fungsi, penjalanan kuasa dan penjalanan aktiviti Lembaga, memasuki penyertaan ekuiti, perkongsian, usaha sama, pengusahaan atau apa-apa bentuk kerjasama atau perkiraan lain bersama-sama, atau selainnya, dengan―

Suggest a correction

(i)

sesuatu perusahaan, syarikat atau pengusahaan swasta yang ditubuhkan bagi menjalankan perniagaan di Malaysia atau di tempat lain;

(ii)

Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan

Negeri;

Suggest a correction

(iv)

sesuatu suruhanjaya;

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 352

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

menubuhkan atau menggalakkan penubuhan syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777], untuk menjalankan atau melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti yang telah dirancang atau yang sedang dijalankan oleh Lembaga; atau

Suggest a correction

(c)

melalui perintah yang disiarkan dalam

Warta, menubuhkan suatu perbadanan, dengan nama yang didapati patut oleh Lembaga, untuk menjalankan dan mempunyai tanggungjawab terhadap, mengendalikan dan menguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang telah dirancang atau diusahakan oleh Lembaga dalam melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya atau menunaikan kewajipannya.

Suggest a correction

(2)

Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah perenggan (c).

Keanggotaan Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 4

Menteri Kewangan―

Open as pageSuggest a correction

(a)

seorang Pengerusi dan seorang Timbalan Pengerusi yang dilantik oleh Menteri;

Suggest a correction

(c)

Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi pembangunan penduduk dan keluarga atau wakilnya;

Suggest a correction

(d)

tidak lebih daripada sembilan anggota yang setiap seorang daripada mereka hendaklah wakil bagi mana-mana

Kementerian atau agensi kerajaan yang didapati suai manfaat oleh Menteri; dan

Suggest a correction

(e)

tidak lebih daripada sembilan anggota yang dilantik oleh

Menteri daripada kalangan anggota organisasi awam dan

CATATAN—Akta ini telah menggantikan Akta Syarikat 1965 [Akta 125]—lihat subseksyen 620(1)

Akta 777.

Penduduk dan Pembangunan Keluarga 13

bukan kerajaan yang mempunyai kepakaran dalam bidang kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia.

Tempoh jawatan

Suggest a correction

Seksyen 4A

Anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 4(a) dan (e)

Open as pageSuggest a correction

hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun atas apa-apa syarat yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, dan layak untuk dilantik semula.

Seksyen 4B

Anggota silih ganti

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga, seseorang anggota silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai anggota

Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, terhenti menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang berkenaan dengannya dia menjadi anggota silih ganti terhenti menjadi anggota Lembaga.

Jawatankuasa Eksekutif

Suggest a correction

Seksyen 4C

Open as pageSuggest a correction

Pengerusi, Ketua Pengarah dan tiga anggota lain Lembaga yang ditetapkan oleh Menteri selepas berunding dengan Pengerusi hendaklah membentuk Jawatankuasa Eksekutif Lembaga.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 352

Seksyen 4D

Penjalanan sementara fungsi Pengerusi

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika pada mana-mana mesyuarat Lembaga, Pengerusi atau

Timbalan Pengerusi tidak hadir atau jika mesyuarat diadakan semasa mana-mana tempoh kekosongan jawatan Pengerusi dan Timbalan

Pengerusi, anggota yang hadir hendaklah memilih seorang anggota

Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 4(d)

untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

Pembatalan dan peletakan jawatan

Suggest a correction

Seksyen 4E

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang anggota boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis yang ditujukan kepada

Menteri.

Pengosongan jawatan

Suggest a correction

Seksyen 4F

Open as pageSuggest a correction

(b)

jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan―

Suggest a correction

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

Penduduk dan Pembangunan Keluarga 15

(ii)

suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah;

atau

Suggest a correction

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda;

Suggest a correction
Suggest a correction

(d)

jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;

Suggest a correction

(e)

jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi atau, dalam hal

Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri;

Suggest a correction

(f)

jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau

Suggest a correction

(2)

Jika mana-mana orang terhenti menjadi anggota oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, seorang lain hendaklah dilantik untuk menggantikannya mengikut seksyen 4 dan 4A.

Anggota Lembaga tidak menanggung liabiliti

Suggest a correction

Seksyen 4G

Lembaga hendaklah dikosongkan―

Open as pageSuggest a correction

Tiada seorang pun anggota Lembaga boleh menanggung liabiliti sendiri bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh sesuatu perbuatan dalam mentadbirkan hal ehwal

Lembaga, melainkan jika kerugian atau kerosakan itu disebabkan oleh suatu perbuatan salah yang disengajakan olehnya.

Seksyen 6

Pewakilan kuasa

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Lembaga sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan, pada bila-bila masa, mana-mana kuasa yang diwakilkan sedemikian.

Suggest a correction

(3)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1) dan peruntukan lain dalam Akta ini, Lembaga boleh mewakilkan kepada Ketua

Pengarah—

(a)

kuasa untuk memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat Lembaga;

dan

Suggest a correction

(b)

kuasa untuk membenarkan perbelanjaan daripada

Kumpulan Wang atau mana-mana wang lain yang terletak hak pada atau yang di bawah kawalan Lembaga sehingga apa-apa had yang dinyatakan oleh Lembaga.

BAHAGIAN IIA

KETUA PENGARAH, PEGAWAI DAN PEKHIDMAT LEMBAGA

Pelantikan Ketua Pengarah

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Lembaga hendaklah meletakhakkan pada Ketua Pengarah mana-mana kuasa dan hendaklah mengenakan ke atasnya apa-apa kewajipan yang ditentukan oleh Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Ketua Pengarah adalah bertanggungjawab bagi pelaksanaan dasar kerajaan yang berkaitan dengan kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia, dan apa-apa dasar lain yang difikirkan patut oleh Lembaga.

Suggest a correction

(4)

Ketua Pengarah adalah juga bertanggungjawab bagi—

(a)

pentadbiran dan pengurusan sewajarnya hal ehwal

Lembaga;

Suggest a correction

(i)

segala program, skim, projek dan aktiviti;

(ii)

anggaran perbelanjaan bagi pelaksanaan program tahunan; dan

Suggest a correction

(iii)

anggaran pendapatan, untuk kelulusan Lembaga;

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekhidmat Lembaga.

Suggest a correction

(6)

Ketua Pengarah hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Lembaga.

Suggest a correction

(7)

Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pengarah hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Lembaga.

Suggest a correction

(8)

Jika Ketua Pengarah tiada buat sementara di Malaysia atau menjadi tidak berupaya buat sementara kerana sakit atau kerana

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 352

apa-apa sebab lain untuk melaksanakan kewajipannya, atau jika jawatan Ketua Pengarah pada masa itu kosong, Lembaga boleh mengarahkan Timbalan Ketua Pengarah untuk melaksanakan kewajipannya semasa ketiadaan, ketidakupayaan atau kekosongan buat sementara itu.

Suggest a correction

(9)

Bagi maksud subseksyen (8)—

(a)

jika terdapat lebih daripada seorang Timbalan Ketua

Pengarah, Lembaga hendaklah menamakan seorang

Timbalan Ketua Pengarah untuk melaksanakan kewajipan itu; dan

Suggest a correction

(b)

jika jawatan Timbalan Ketua Pengarah kosong, Lembaga boleh mengarahkan mana-mana pegawai lain Lembaga untuk melaksanakan kewajipan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(10)

Ketua Pengarah hendaklah melakukan segala perkara atau benda lain yang perlu atau yang bersampingan dengan atau yang berbangkit daripada penjalanan kuasa, fungsi atau kewajipan di bawah Akta ini.

Pelantikan pegawai dan pekhidmat

Suggest a correction

Seksyen 7A

Penduduk dan Pembangunan Keluarga 17

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan kelulusan Menteri, melantik apa-apa bilangan

Timbalan Ketua Pengarah;

Suggest a correction

(b)

melantik apa-apa bilangan pegawai dan pekhidmat yang perlu bagi menjalankan maksud Akta ini, atas apa-apa terma dan syarat yang didapati wajar oleh Lembaga.

Suggest a correction

(2)

Tiada seorang pun layak diambil bekerja sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga jika dia, secara langsung atau tidak langsung, sendiri atau melalui pekongsinya, mempunyai apa-apa

Penduduk dan Pembangunan Keluarga 19

bahagian atau kepentingan dalam apa-apa kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, bagi atau bagi pihak Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmatnya.

Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

KUMPULAN WANG, AKAUN DAN PERBELANJAAN LEMBAGA

Suggest a correction

Kumpulan Wang

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—

(a)

apa-apa wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini oleh Parlimen;

Suggest a correction

(b)

wang yang dipinjam oleh Lembaga dengan kelulusan

Menteri dan Menteri Kewangan;

Suggest a correction

(c)

wang yang diterima oleh Lembaga sebagai endowmen, pemberian, derma, hadiah atau bekues yang dibuat kepada atau bagi faedah Lembaga;

Suggest a correction

(d)

wang yang diperoleh melalui pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan

Wang;

Suggest a correction

(e)

wang yang diperoleh atau berbangkit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Lembaga;

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 352

Suggest a correction

(f)

wang yang diagihkan sebagai dividen daripada perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(g)

wang yang diperoleh daripada perundingan, penasihat, atau apa-apa perkhidmatan lain yang disediakan oleh Lembaga dan termasuk wang yang diperoleh daripada jualan penerbitan Lembaga; dan

Suggest a correction

(h)

segala wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada

Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Perbelanjaan Lembaga sehingga apa-apa amaun yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada wang Lembaga mengikut anggaran yang diluluskan oleh Menteri di bawah seksyen 9B.

Perbelanjaan hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang

Suggest a correction

Seksyen 8A

Open as pageSuggest a correction

Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh

Lembaga, termasuklah fi dan kos guaman dan apa-apa fi dan kos lain, dan saraan pegawai dan pekhidmat Lembaga, termasuk pemberian pinjaman, elaun persaraan dan rawatan perubatan dan pergigian.

Seksyen 9

Akaun

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akaun Lembaga hendaklah diaudit setiap tahun oleh Ketua

Audit Negara atau mana-mana juruaudit lain yang diluluskan oleh

Menteri Kewangan.

Penduduk dan Pembangunan Keluarga 21

Suggest a correction

(3)

Selepas berakhirnya setiap tahun kewangan dan sebaik sahaja akaun Lembaga telah diaudit, Lembaga hendaklah menyebabkan suatu salinan penyata akaun dihantar kepada Menteri berserta dengan suatu salinan mengenai apa-apa pemerhatian yang dibuat oleh Ketua

Audit Negara atau juruaudit lain mengenai apa-apa penyata atau ke atas akaun Lembaga.

Suggest a correction

(4)

Menteri hendaklah menyebabkan suatu salinan tiap-tiap penyata dan pemerhatian itu dibentangkan di setiap Majlis Parlimen.

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980

Suggest a correction

Seksyen 9A

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980

Open as pageSuggest a correction

[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Lembaga dan mana-mana perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini.

Seksyen 9B

Anggaran tahunan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Lembaga boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada

Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan

Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan itu yang dimasukkan dalamnya.

Laporan tahunan

Suggest a correction

Seksyen 9C

Open as pageSuggest a correction

Lembaga hendaklah tidak lewat daripada 31 Mac setiap tahun menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Menteri suatu laporan yang memperkatakan aktiviti Lembaga sepanjang tahun yang sebelumnya

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 352

dan yang mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan urusan dan dasar Lembaga sebagaimana yang dikehendaki oleh

Menteri dari semasa ke semasa.

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

Seksyen 10

Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan Menteri

Open as pageSuggest a correction

Kewangan, meminjam, pada apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan kaedah pembayaran balik dan selainnya yang diluluskan oleh Menteri dan Menteri

Kewangan, apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Lembaga bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau bagi menunaikan mana-mana kewajipannya.

Seksyen 11

Pelaburan

Open as pageSuggest a correction

Wang Lembaga boleh, setakat yang tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Lembaga di bawah Akta ini, dilaburkan mengikut apa-apa cara yang diluluskan oleh Menteri dan Menteri Kewangan.

Seksyen 12

Pemberian

Open as pageSuggest a correction

Lembaga boleh menasihati Menteri berhubung dengan membuat pemberian dan dengan kelulusan Menteri, membuat pemberian daripada peruntukan Parlimen bagi maksud yang berkaitan dengan fungsi Lembaga.

Kuasa untuk mengambil khidmat ejen, dsb.

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

Lembaga boleh mengambil khidmat dan membayar ejen dan penasihat teknikal, termasuklah peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham, juruukur, penilai dan orang lain, untuk

Penduduk dan Pembangunan Keluarga 23

menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki untuk dijalankan atau dilakukan dalam pelaksanaan fungsinya, penjalanan kuasanya atau penunaian kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan lebih baik.

Bahagian V

BAHAGIAN V

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

Semua anggota, pegawai dan pekhidmat Lembaga hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun

Keseksaan [Akta 574].

Seksyen 15

Arahan am oleh Menteri

Open as pageSuggest a correction

Sah bagi Menteri dari semasa ke semasa untuk mengeluarkan arahan am kepada Lembaga yang selaras dengan Akta ini; dan

Lembaga hendaklah mematuhi arahan itu.

Seksyen 16

Peraturan-peraturan

Open as pageSuggest a correction

(1)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi melaksanakan maksud dan peruntukan Akta ini dengan patut.

Suggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi segala atau mana-mana maksud yang berikut:

(a)

pemasaran produk dan bahan yang dicipta, dibangunkan, direka, diterbit atau dikeluarkan oleh Lembaga;

Suggest a correction

(b)

menetapkan pengenaan dan pengutipan fi atau caj bagi apa-apa perkhidmatan dan perundingan, latihan,

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 352

penyelidikan, harta intelek atau perkara yang diberikan oleh Lembaga;

Suggest a correction

(d)

penubuhan dan pengurusan suatu kumpulan wang latihan bagi latihan pekerja dan pegawai Lembaga yang berpotensi; dan

Suggest a correction

(e)

apa-apa perkara lain yang difikirkan suai manfaat atau perlu bagi maksud Akta ini.

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 17

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]

Open as pageSuggest a correction

hendaklah terpakai bagi mana-mana tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau terhadap mana-mana anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat sedemikian.

Seksyen 18

Kuasa untuk meminda Jadual

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta meminda, menambah atau mengubah Jadual kepada Akta ini.

__________________________

Penduduk dan Pembangunan Keluarga 25

Jadual

Suggest a correction

JADUAL PERTAMA

[Subseksyen 3(2)]

1. (1) Orang yang berikut hendaklah hilang kelayakan daripada dilantik sebagai atau menjadi anggota Lembaga:

(a)

seseorang yang tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya melaksanakan tugas-tugasnya;

(b)

seorang bankrap;

(c)

seseorang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan, atau keburukan akhlak, suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah atau apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1280).

2. Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tiap-tiap tiga bulan pada masa dan di tempat yang ditentukan oleh Pengerusi.

3. (1) Kuorum Lembaga ialah lapan orang.

(2)

Jika atas apa-apa soal yang hendak diputuskan oleh Lembaga terdapat undi yang sama banyak, Pengerusi atau anggota lain yang bertindak sebagai

Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.

(3)

Tertakluk kepada subperenggan (1) dan (2), Lembaga hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.

(4)

Meterai Lembaga hendaklah disahkan oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ketua Pengarah dan mana-mana dokumen yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai tersebut, yang disahkan seperti yang disebut terdahulu, hendaklah sehingga ditunjukkan sebaliknya, disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sahnya.

(5)

Lembaga hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang hendaklah mengandungi apa-apa tanda yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang didapati patut oleh Lembaga.

(6)

Sehingga suatu meterai disediakan oleh Lembaga, suatu cap yang mengandungi logo dan perkataan “ ………… ” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Lembaga.

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 352

(7)

Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan Ketua Pengarah atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga.

(8)

Meterai perbadanan bagi Lembaga hendaklah diberikan pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

4. (Dipotong oleh Akta A1280).

5. Seseorang anggota Lembaga yang mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau pengusahaan yang dengannya Lembaga bercadang untuk membuat apa-apa kontrak atau mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga hendaklah menzahirkan kepada Lembaga fakta dan jenis kepentingannya, dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga, dan melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga yang berhubungan dengan kontrak itu.

6. Anggota Lembaga hendaklah dibayar apa-apa saraan dan elaun yang ditentukan oleh Menteri dengan kelulusan Menteri Kewangan.

_______________

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KEDUA

[Subseksyen 3C(2)]

Kuasa Lembaga untuk membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan

1. Lembaga hendaklah, pada atau sebelum tarikh apa-apa perbadanan ditubuhkan di bawah perenggan 3C(1)(c), membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan itu yang menentukan―

(a)

maksud dan tujuan yang baginya perbadanan itu ditubuhkan;

(b)

hak, kuasa, kewajipan dan fungsi perbadanan itu;

(c)

sistem pengurusan perbadanan itu; dan

(d)

hubungan antara perbadanan itu dengan Lembaga dan hak pengawalan Lembaga ke atas perbadanan itu.

Batasan kuasa untuk menubuhkan perbadanan

2. Tiada apa-apa jua dalam perenggan 1 boleh disifatkan sebagai memberi kuasa kepada Lembaga untuk membuat peraturan-peraturan bagi apa-apa maksud atau tujuan yang lebih luas ruang lingkupnya daripada maksud atau tujuan yang baginya

Penduduk dan Pembangunan Keluarga 27

Lembaga ditubuhkan atau memberi mana-mana perbadanan apa-apa hak, kewajipan, kuasa atau fungsi yang tidak termasuk dalam hak, kewajipan, kuasa atau fungsi Lembaga di bawah Akta ini.

Kuat kuasa peraturan-peraturan

3. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 16, apa-apa peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 hendaklah mengikat perbadanan yang berkenaan dengannya peraturan-peraturan itu dibuat dan hendaklah mempunyai kuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah peraturan-peraturan itu telah diperbuat dalam Akta ini.

Pindaan peraturan-peraturan

4. Lembaga boleh pada bila-bila masa meminda, membatalkan atau menambah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 berkenaan dengan mana-mana perbadanan.

Daftar perbadanan

5. Lembaga hendaklah menyimpan suatu daftar mengikut bentuk yang ditetapkan mengenai semua perbadanan yang ditubuhkan olehnya di bawah perenggan 3C(1)(c) dan daftar itu, bersama-sama dengan salinan segala peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 dan 4, terbuka untuk pemeriksaan awam di tempat atau tempat-tempat dan pada bila-bila masa yang ditetapkan olehnya.

Penggulungan

6. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengarahkan supaya mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulung dan dibubarkan.

(2)

Apabila mana-mana perbadanan dibubarkan di bawah perenggan ini, aset perbadanan itu hendaklah berpindah kepada dan terletak hak pada Lembaga setelah segala liabilitinya ditunaikan.

(3)

Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah perenggan ini hendaklah dijalankan mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga.

Perbadanan hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan

7. Tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan di bawah perenggan 3C(1)(c) hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan apa-apa nama yang diberikan oleh

Lembaga kepadanya dan hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama itu dan, bagi maksud melaksanakan projek, skim atau perusahaan, yang baginya ia ditubuhkan, boleh membuat kontrak, dan boleh memegang dan membuat apa-apa urusan berkenaan dengan apa-apa harta tak alih atau alih dan boleh

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 352

melakukan segala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan suatu pertubuhan perbadanan yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan tertakluk kepada apa-apa sekatan atau batasan yang ditetapkan oleh Lembaga dalam setiap hal.

Meterai perbadanan bagi perbadanan

8. (1) Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang hendaklah mengandungi apa-apa tanda yang diluluskan oleh perbadanan dengan kelulusan Lembaga, dan meterai itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu, sebagaimana yang didapati patut oleh perbadanan, dengan kelulusan

Lembaga.

(2)

Sehingga suatu meterai diadakan oleh perbadanan, suatu cap yang mengandungi nama perbadanan hendaklah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan bagi perbadanan itu.

(3)

Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan orang yang diberi kuasa oleh perbadanan itu, dan hendaklah disahkan oleh orang itu; dan segala surat ikatan, dokumen, dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai tersebut, yang disahkan seperti yang disebut terdahulu, hendaklah, disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya:

Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan oleh perbadanan mengikut cara yang serupa;

dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak perbadanan oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat perbadanan yang diberi kuasa secara amnya atau khas oleh perbadanan bagi maksud itu.

(4)

Meterai perbadanan bagi tiap-tiap perbadanan hendaklah diberikan pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

_______________________________

29

Akta 352

SENARAI PINDAAN

Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari

Akta A327

Akta Kanun Keseksaan (Pindaan 31-03-1976

dan Perluasan) 1976

Akta A363

Akta Perancangan Keluarga 29-10-1976

(Pindaan) 1976

Akta A592

Akta Perancangan Keluarga 29-06-1984

(Pindaan) 1984

Akta A1280

Akta Penduduk dan

08-02-2007

Pembangunan Keluarga

(Pindaan) 2006

_________________

30

Akta 352

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda Berkuat kuasa dari

2

Akta A363 29-10-1976

Akta A1280 08-02-2007

3

Akta A363 29-10-1976

Akta A1280 08-02-2007

3A–3C

Akta A1280 08-02-2007

4

Akta A363 29-10-1976

Akta A1280 08-02-2007

4A–4G

Akta A1280 08-02-2007

5

Akta A592 29-06-1984

Akta A1280 08-02-2007

6

Akta A592 29-06-1984

Akta A1280 08-02-2007

Bahagian IIA

Akta A1280 08-02-2007

7

Akta A363 29-10-1976

Akta A592 29-06-1984

Akta A1280 08-02-2007

7A

Akta A1280 08-02-2007

8

Akta A363 29-10-1976

Akta A1280 08-02-2007

Penduduk dan Pembangunan Keluarga 31

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari

8A

Akta A1280 08-02-2007

9A–9C

Akta A1280 08-02-2007

Bahagian IV

Akta A1280 08-02-2007

10

Akta A1280 08-02-2007

11

Akta A1280 08-02-2007

12

Akta A327 31-03-1976

Akta A1280 08-02-2007

13

Akta A1280 08-02-2007

Bahagian V

Akta A1280 08-02-2007

14–18

Akta A1280 08-02-2007

Jadual

Suggest a correction

Jadual Kedua

Akta A1280 08-02-2007

Keseluruhan

Akta A363 29-10-1976

Akta Akta A592 29-06-1984

_________________

Common questions

What is POPULATION AND FAMILY DEVELOPMENT ACT 1966?
*AKTA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA 1966 is Malaysia Act, cited as Act 352 1966, currently marked in force and first recorded in 1966.
Is POPULATION AND FAMILY DEVELOPMENT ACT 1966 still in force?
Yes — POPULATION AND FAMILY DEVELOPMENT ACT 1966 is currently in force.
When did POPULATION AND FAMILY DEVELOPMENT ACT 1966 take effect?
POPULATION AND FAMILY DEVELOPMENT ACT 1966 was first recorded in 1966.
How many sections does POPULATION AND FAMILY DEVELOPMENT ACT 1966 have?
POPULATION AND FAMILY DEVELOPMENT ACT 1966 contains 33 sections.
Where can I read the official version of POPULATION AND FAMILY DEVELOPMENT ACT 1966?
The official text of POPULATION AND FAMILY DEVELOPMENT ACT 1966 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA 1966 (No. 352)