Malaysia legislation

Section 3A

of *AKTA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA 1966

Seksyen 3A

Penduduk dan Pembangunan Keluarga 9

(a)

untuk menasihati

Kerajaan tentang perkara yang berhubungan dengan dasar dan program mengenai penduduk, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia;

(b)

untuk merancang, melaksanakan dan menyelaraskan program dan aktiviti penduduk, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia;

(c)

untuk menyebarkan pengetahuan dan mendidik dan menggalakkan tingkah laku positif tentang penduduk, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia;

(d)

untuk bertanggungjawab bagi latihan orang yang terlibat dalam kerja penduduk, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia;

(e)

untuk mengadakan latihan bagi pelatih dalam bidang penduduk, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia melalui pembangunan kemahiran, pendidikan berterusan, jaringan, kerjasama teknikal dalam kalangan negara dan perkongsian teknologi komunikasi maklumat dan sumber teknikal;

(f)

untuk bertanggungjawab dalam mengenal pasti dan menggalakkan keperluan dan keutamaan penyelidikan, dan menjalankan penyelidikan dan juga kajian terhadap penduduk, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia termasuklah kajian perubatan dan bioperubatan;

(g)

untuk mengadakan perkhidmatan berdasarkan keperluan semasa dan baru muncul disebabkan oleh perubahan yang

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 352

melibatkan penduduk, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia;

(h)

untuk mewujudkan dan menyenggara suatu sistem pemantauan dan penilaian berterusan yang melaluinya adalah mungkin dari semasa ke semasa untuk menilai keberkesanan program dan kemajuan ke arah pencapaian objektif negara; dan

(i)

untuk melakukan apa-apa benda lain yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya secara berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.

Kuasa Lembaga