Malaysia legislation

Section 3B

of *AKTA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA 1966

Seksyen 3B

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Lembaga hendaklah termasuk kuasa—

(a)

untuk menubuhkan pejabat cawangan Lembaga di mana-mana Negeri atau Wilayah Persekutuan yang didapati patut oleh Lembaga;

(b)

untuk menubuhkan Majlis dan jawatankuasa yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantu dalam pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini;

(c)

untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang didapatinya patut bagi melaksanakan mana-mana fungsinya atau kuasanya;

(d)

untuk memberikan pendahuluan, pinjaman, dermasiswa dan biasiswa, kepada mana-mana orang, pegawai dan pekhidmat Lembaga bagi maksud keperluan tenaga

Penduduk dan Pembangunan Keluarga 11

manusia bagi organisasi atas terma dan syarat yang ditentukan oleh Lembaga;

(e)

untuk berusaha sesama dan bekerjasama dengan agensi kerajaan, organisasi bukan kerajaan, sektor swasta, agensi antarabangsa yang berkaitan dan mana-mana individu dalam perancangan, pembangunan dan pelaksanaan program, aktiviti dan perkhidmatan; dan

(f)

untuk melakukan benda lain yang didapatinya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dan kuasanya secara berkesan.

Kuasa tambahan Lembaga