Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(2)
Lembaga hendaklah meletakhakkan pada Ketua Pengarah mana-mana kuasa dan hendaklah mengenakan ke atasnya apa-apa kewajipan yang ditentukan oleh Lembaga.
(3)
Ketua Pengarah adalah bertanggungjawab bagi pelaksanaan dasar kerajaan yang berkaitan dengan kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia, dan apa-apa dasar lain yang difikirkan patut oleh Lembaga.
(4)
Ketua Pengarah adalah juga bertanggungjawab bagi—
(a)
pentadbiran dan pengurusan sewajarnya hal ehwal
Lembaga;
(b)
penyediaan—
(i)
segala program, skim, projek dan aktiviti;
(ii)
anggaran perbelanjaan bagi pelaksanaan program tahunan; dan
(iii)
anggaran pendapatan, untuk kelulusan Lembaga;
(c)
pelaksanaan program tahunan Lembaga; dan
(d)
pelaksanaan keputusan dan arahan Lembaga.
(5)
Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekhidmat Lembaga.
(6)
Ketua Pengarah hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Lembaga.
(7)
Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pengarah hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Lembaga.
(8)
Jika Ketua Pengarah tiada buat sementara di Malaysia atau menjadi tidak berupaya buat sementara kerana sakit atau kerana
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 352
apa-apa sebab lain untuk melaksanakan kewajipannya, atau jika jawatan Ketua Pengarah pada masa itu kosong, Lembaga boleh mengarahkan Timbalan Ketua Pengarah untuk melaksanakan kewajipannya semasa ketiadaan, ketidakupayaan atau kekosongan buat sementara itu.
(9)
Bagi maksud subseksyen (8)—
(a)
jika terdapat lebih daripada seorang Timbalan Ketua
Pengarah, Lembaga hendaklah menamakan seorang
Timbalan Ketua Pengarah untuk melaksanakan kewajipan itu; dan
(b)
jika jawatan Timbalan Ketua Pengarah kosong, Lembaga boleh mengarahkan mana-mana pegawai lain Lembaga untuk melaksanakan kewajipan itu.
(10)
Ketua Pengarah hendaklah melakukan segala perkara atau benda lain yang perlu atau yang bersampingan dengan atau yang berbangkit daripada penjalanan kuasa, fungsi atau kewajipan di bawah Akta ini.
Pelantikan pegawai dan pekhidmat