Malaysia legislation
Section 7A
Seksyen 7A
Penduduk dan Pembangunan Keluarga 17
(a)
dengan kelulusan Menteri, melantik apa-apa bilangan
Timbalan Ketua Pengarah;
(b)
melantik apa-apa bilangan pegawai dan pekhidmat yang perlu bagi menjalankan maksud Akta ini, atas apa-apa terma dan syarat yang didapati wajar oleh Lembaga.
(2)
Tiada seorang pun layak diambil bekerja sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga jika dia, secara langsung atau tidak langsung, sendiri atau melalui pekongsinya, mempunyai apa-apa
Penduduk dan Pembangunan Keluarga 19
bahagian atau kepentingan dalam apa-apa kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, bagi atau bagi pihak Lembaga.
(3)
Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmatnya.