Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(2)
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
(a)
apa-apa wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini oleh Parlimen;
(b)
wang yang dipinjam oleh Lembaga dengan kelulusan
Menteri dan Menteri Kewangan;
(c)
wang yang diterima oleh Lembaga sebagai endowmen, pemberian, derma, hadiah atau bekues yang dibuat kepada atau bagi faedah Lembaga;
(d)
wang yang diperoleh melalui pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan
Wang;
(e)
wang yang diperoleh atau berbangkit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Lembaga;
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 352
(f)
wang yang diagihkan sebagai dividen daripada perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini;
(g)
wang yang diperoleh daripada perundingan, penasihat, atau apa-apa perkhidmatan lain yang disediakan oleh Lembaga dan termasuk wang yang diperoleh daripada jualan penerbitan Lembaga; dan
(h)
segala wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada
Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya.
(3)
Perbelanjaan Lembaga sehingga apa-apa amaun yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada wang Lembaga mengikut anggaran yang diluluskan oleh Menteri di bawah seksyen 9B.
Perbelanjaan hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang